SHAH ALAM:Peserta program realiti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, yang didakwa melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul kehormatan di Mahkamah Petaling Jaya hari ini, berdepan satu lagi pertuduhan merogol seorang wanita di Mahkamah Sesyen di sini.
Syed Shah Iqmal, 25, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun itu di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira 11.35 malam, pada 11 Sept tahun lepas, mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nor Baizura Mohd Saubian tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan kesalahan itu tidak boleh dijamin dan ia akan menimbulkan persepsi kurang senang dalam kalangan orang awam jika tertuduh dibebaskan kerana beliau merupakan seorang figura awam yang dikenali.
"Tertuduh juga mempunyai beberapa kes lain, selain dikhuatiri akan mengganggu mangsa dan saksi serta boleh mengganggu kualiti kelancaran dan keterangan mereka di mahkamah jika dibenarkan ikat jamin," katanya.
Nor Baizura berkata sekiranya mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin, pihaknya mencadangkan jumlah jaminan RM100,000 berserta syarat tambahan pasport antarabangsa tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah selain melaporkan diri di balai polis berdekatan dan dilarang mengganggu mangsa serta saksi sehingga kes selesai.
Peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Shah Iqmal bagaimanapun berkata walaupun kes ini tidak boleh dijamin, mahkamah masih mempunyai budi bicara untuk membenarkan anak guamnya diikat jamin.
"Tertuduh memberi kerjasama yang baik ketika disoal siasat polis malah beliau hadir sebanyak dua kali tanpa bantahan ke Ibu Pejabat Polis Shah Alam sebelum ditahan. Dia juga menjadi pemandu arah rumahnya di Damansara kepada pihak polis untuk siasatan forensik berhubung kes yang dihadapinya,” kata peguam itu.
Syed Amirul berkata sekiranya mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin, pihaknya memohon jumlah jaminan minimum berikutan tertuduh tidak mempunyai pendapatan sejak pandemik COVID-19 di samping perlu menjaga ibu dan abangnya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) selepas terlibat dalam kemalangan.
Menurut Syed Amirul, isu tertuduh mengganggu mangsa juga tidak relevan untuk dibangkitkan pihak pendakwaan kerana dua telefon bimbitnya sudah dirampas oleh pihak polis.
"Jaminan yang diberikan adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah dan bukan bertujuan untuk menghukumnya. Wang jaminan di Mahkamah Petaling Jaya juga masih belum dilangsaikan kerana anak guam saya tidak mempunyai wang yang mencukupi. Diharap mahkamah dapat memberikan jumlah jaminan yang rendah,” katanya.
Hakim Rofiah Mohamad kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga perbicaraan selesai serta menetapkan 25 Jan tahun depan untuk sebutan kes.
Ketika ditemui pemberita selepas prosiding, Syed Amirul berkata anak guamnya akan ditahan sementara di lokap polis di Beranang, Hulu Langat sehingga proses ikat jamin selesai pada Selasa depan.
Terdahulu, tertuduh yang merupakan bekas peserta program realiti agama itu tiba di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 3.01 petang sempat bertanya khabar kepada media yang hadir membuat liputan kes yang dihadapinya.
Syed Shah Iqmal turut dituduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii dan mencabul kehormatan seorang penuntut kolej swasta wanita di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi tadi.
Kedua-dua pertuduhan di dakwa dilakukan di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana, 17 Okt lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 10 2020

Syed Shah Iqmal (tengah) berdepan satu lagi pertuduhan merogol seorang wanita di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. --fotoBERNAMA
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Aktivis politik, 2 lagi ditahan kes minta, terima rasuah daripada pendakwah selebriti
SPRM telah menahan reman tiga individu termasuk seorang aktivis politik kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.

Berdepan ujian getir, Da'i Syed bersyukur dikurnia isteri sebaik Hana Ismail
Pendakwah selebriti, Da'i Syed Iqmal memanjatkan rasa syukur dikurniakan seorang isteri yang taat dan baik.

'Ini ujian buat saya' - Da’i Syed
Da'i Syed menganggap kes pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lepas sebagai satu ujian Allah buatnya.

Azhar Idrus, 12 lagi pendakwah selebriti sah terima tauliah daripada Maidam
Seramai 12 lagi pendakwah selebriti turut menerima tauliah mengajar agama oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

PU Azman didakwa lagi, hadapi empat tuduhan jenayah seksual terhadap tiga remaja
Pendakwah selebriti PU Azman dihadapkan ke dua mahkamah di Klang atas empat pertuduhan jenayah seksual membabitkan tiga remaja lelaki.

Enam kertas siasatan kes amang seksual babit pendakwah selebriti dirujuk kepada TPR
PDRM telah merujuk enam kertas siasatan membabitkan seorang pendakwah selebriti berkaitan kes amang seksual kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya, Rabu lepas.

Saksi utama tidak hadir, bicara kes jenayah seksual Da'i Syed ditangguh
Saksi utama adalah seorang penuntut kolej swasta berusia 24 tahun memberi keterangan.

Kes rogol Da'i Syed: Sebutan semula 5 Julai
Mahkamah Sesyen Shah Alam menetapkan 5 Julai untuk mendengar semula kes pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, yang didakwa atas satu tuduhan rogol.

Menteri agama ajak pendakwah selebriti bersatu sokong guna vaksin COVID-19
Dr Zulkifli ajak semua pihak bersatu hati dan senada dengan keputusan kerajaan yang meletakkan hukum harus dan wajib dalam pengambilan vaksin COVID-19.

Jakim jumpa kumpulan pendakwah selebriti untuk bincang kaedah jaga nama baik
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan pertemuan dengan pendakwah selebriti pada penghujung bulan ini bagi berbincang kaedah menjaga imej golongan agamawan dan Islam.