KEGANASAN terus meningkat wilayah Palestin ketika Perang Gaza tiada tanda menunjukkan akan reda selepas ia kini memasuki bulan ketujuh.
Bermula pada Ramadan hingga ketibaan Syawal, Genting Gaza terus dihujani bom.
Penduduk Palestin di wilayah terkepung itu terpaksa menjalani ibadah puasa dalam keadaan sangat daif dan meraikan Aidilfitri dalam keadaan serba kekurangan selain lebih 70 peratus daripada kira-kira 2.3 juta populasi kini di ambang kebuluran.
Malapetaka kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza menyebabkan penduduk Palestin di Baitulmaqdis dan Tebing Barat juga hilang semangat untuk menyambut Aidilfitri.
Konflik tiada kesudahan di Gaza turut merebak di Baitulmaqdis dan Tebing Barat.
Adli al-Agha, 53, mendakwa insiden pergelutan terus tercetus di pintu masuk menuju ke Masjid al-Aqsa setelah sekatan diperketatkan hingga akhir Ramadan.
Situasi sama juga dikongsi Yasser Basha dari Tulkarem di Tebing Barat.
Menurutnya, polis Israel mengetatkan kawalan di pintu masuk masjid setelah hanya lelaki berusia 55 tahun ke atas dan wanita berumur lebih 50 tahun diberikan akses.
“Jika bukan kerana peperangan di Gaza, keadaan di sini pastinya akan jadi lebih mudah,” katanya.
Setelah enam bulan perang genosid di Gaza, kebanyakan penduduk Palestin tiada 'mood' mahu meraikan lebaran dan sentiasa berdoa agar kesengsaraan saudara mereka di enklaf tersebut berakhir.
Sameeha al Qadi, 55, berkata, Baitulmaqdis kini berduka dan tiada lagi keriaan seperti biasa.
“Kami juga merasai penderitaan di Gaza setiap detik,” ujarnya.
Pada tahun ini, tiada hiasan yang biasa memeriahkan sekitar Kota Lama tersebut.
“Tiada apa-apa yang manis untuk perayaan pada tahun ini. Kami tidak mengadakan sebarang sambutan.
“Segalanya berasa pahit untuk ditelan. Ia amat menyakitkan apabila mengenang semula apa yang menimpa keluarga saya,” kata Sabah, 54, yang sebahagian ahli keluarganya terkorban di Gaza.
Pembuat manisan di Kota Lama itu, Adnan Jafar, 60, menyatakan impak Perang Gaza bukan hanya dirasai penduduk Palestin di Baitulmaqdis malah seluruh dunia.
Sementara itu, penduduk Gaza yang hilang tempat tinggal sejak lebih tujuh bulan lalu hanya membuat persiapan ala kadar setelah sebahagian besar kediaman mereka musnah dibedil.
Kebanyakannya masih kelaparan, namun ada yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menghias khemah sementara yang menjadi tempat perlindungan mereka sejak lebih setengah tahun lalu. - Sinar Harian/ Agensi
Sinar Harian
Wed Apr 10 2024

Penduduk Palestin mengadakan solat sunat Aidilfitri di tepi runtuhan Masjid al-Farouk, di Rafah. - Gambar/ Reuters
AWANI Borneo [9/3/2025] – Jumlah Mangsa Meningkat | Perdagangan Karbon | Pitas Mula Berubah Wajah
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Banjir di Sabah dan utara Sarawak semakin memburuk
- Aktiviti perdagangan karbon di Sarawak tidak tertakluk kepada RUU CCUS 2025
- Kestabilan politik bantu daerah Pitas membangun lebih pantas.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Banjir di Sabah dan utara Sarawak semakin memburuk
- Aktiviti perdagangan karbon di Sarawak tidak tertakluk kepada RUU CCUS 2025
- Kestabilan politik bantu daerah Pitas membangun lebih pantas.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews

Ke mana 'hilangnya' 10,000 calon SPM? Perlu ada laluan alternatif
Di sebalik ketidakhadiran lebih 10,000 pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, jelas wujud keperluan mendesak untuk kerajaan menyediakan laluan pendidikan alternatif.

Trump nafi pergeseran Rubio-Musk berhubung pengurangan pekerja persekutuan
Trump menyatakan bahawa Elon Musk dan Marco Rubio menjalankan tugas dengan cemerlang dan tiada pergeseran di antara mereka.
Program Iftar Madani @ Batu Sapi 2025 satukan penduduk
Timbalan Menteri MOTAC, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata selain mengangkat keunikan berbuka puasa secara beramai-ramai kepada pelancong, ia juga satu tanggungjawab sosiaL MOTAC kepada rakyat.
Salleh seru pemimpin, ahli yang tinggalkan UMNO kembali
Bendahari UMNO Sabah. Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak menyeru pemimpin dan ahli umno yang telah meninggalkan parti itu diseru supaya kembali ke parti itu bagi mengukuhkan kembali parti.
Kestabilan politik bantu daerah Pitas membangun
ADUN Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah berkata sepanjang empat tahun ini, Pitas berjaya memperolehi 54 unit bangunan kedai milik anak tempatan, 206 buah geran tanah di bawah program pantas, pembukaan cawangan bank pertama, dan balai bomba pertama.
Aktiviti perdagangan karbon di Sarawak tidak tertakluk kepada RUU CCUS 2025
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, menjelaskan Sarawak telah terlebih dahulu memiliki RUU Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau) 2023 yang diluluskan pada November 2023.
286 mangsa banjir di Lawas dipindahkan di tiga PPS
Banjir di utara Sarawak menyaksikan seramai 286 orang daripada 81 keluarga telah dipindahkan ke pusat penempatan sementara PPS.
Jawatankuasa bencana siap siaga, pastikan keselamatan mangsa
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Beaufort Mohd Nazri Ajun berkata, pihaknya merangka pelbagai langkah intervensi.

Terkejut jumpa beg berisi bayi perempuan
Bayi tersebut tidak berbalut dan masih bertali pusat, dengan keadaan muka bengkak akibat gigitan nyamuk.

Karya kartunis Bendi atas sampul duit raya
Selepas hampir 30 tahun berkarya, kartunis Bendi atau nama sebenarnya Muhammad Najib Mohd Rudin buat pertama kalinya pada tahun ini mengabadikan karya di atas sampul duit raya.

Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.