PUTRAJAYA: Beberapa syarikat terkemuka dari China telah bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai hab serantau mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini, Anwar berkata perincian mengenai perkara itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
"Selalunya hab serantau mereka adalah di negara-negara lain (negara jiran), tapi ini kali pertama beberapa syarikat memilih untuk menjadikan (Malaysia) sebagai hab serantau mereka," katanya yang kembali ke Malaysia semalam selepas mengadakan lawatan rasmi ke China.
Anwar dalam pada itu berkata beliau telah mengusulkan kepada syarikat-syarikat terkemuka China untuk mengutamakan pengambilan pekerja tempatan yang berkelayakan untuk operasi mereka di negara ini.
Menurutnya, syarikat China yang beroperasi di negara ini kadang-kadang membawa keseluruhan pekerja dari negara mereka (China).
Bagaimanapun, Anwar berkata kerajaan bersedia meluluskan permohonan untuk mengambil pekerja dari China dengan segera namun syarikat terbabit perlu membuktikan usaha mengambil pekerja tempatan yang diperlukan tidak berjaya.
Selain itu, turut diusulkan ialah program latihan kursus dalam syarikat seperti Proton Holdings Bhd dengan tujuan memberi keutamaan kepada pemilihan anak tempatan dalam syarikat, sebelum ruang dibuka kepada profesional dari China.
Sempena lawatan rasmi Perdana Menteri selama empat hari ke China, Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi bernilai RM170 bilion, hasil daripada pemeteraian 19 memorandum persefahaman (MoU) antara perniagaan di China dan Malaysia dalam pelbagai bidang terutamanya teknologi hijau dan ekonomi digital.
China telah menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia sejak 2009. Pada 2022, jumlah perdagangan dua hala bernilai RM487.13 bilion (US$110.62 bilion), meningkat 15.6 peratus daripada 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri. - Foto BERNAMA
Projek pembinaan MRT3 hanya akan bermula pada 2027 - CEO MRT
Pembinaan di tapak projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) hanya dijangka bermula pada 2027 iaitu setelah Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menyelesaikan proses pemerolehan tanah.
Masa makin suntuk untuk capai persetujuan
Masa makin suntuk buat pihak yang berunding di Persidangan Perubahan Iklim (COP29) di Baku untuk mencapai persetujuan khususnya berkaitan dengan pendanaan iklim.
Tapi bagaimana Malaysia dapat memimpin tindakan iklim di pentas dunia dengan kepengerusian ASEAN 2025.
Tapi bagaimana Malaysia dapat memimpin tindakan iklim di pentas dunia dengan kepengerusian ASEAN 2025.
Agenda AWANI: Kad Laporan 2024: Apa Menteri Perpaduan buat?
Ikuti perkongsian YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara mengenai fokus dan prestasi Kementerian Perpaduan Negara sepanjang 2024 serta inisiatif pemerkasaan kawasan rukun tetangga dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Selangor dijangka muktamadkan penggunaan Akta 672 selewatnya awal 2025
Kerajaan Selangor menjangka memuktamadkan keputusan mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) pada akhir tahun ini atau awal 2025.
AWANI Ringkas: Majlis Agama Islam Johor laksana pemulihan akidah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.887 bilion
Kerajaan Negeri Terengganu hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.887 bilion yang diperuntukkan untuk Perbelanjaan Mengurus.
#AWANIRingkas 18 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 November 2024
1️⃣ Majlis Agama Islam Johor laksana pemulihan akidah
2️⃣ Fokus aspek reformasi pembentukan bakat
3️⃣ Malaysia terajui pernyataan bersama ASEAN
#awaniringkas
1️⃣ Majlis Agama Islam Johor laksana pemulihan akidah
2️⃣ Fokus aspek reformasi pembentukan bakat
3️⃣ Malaysia terajui pernyataan bersama ASEAN
#awaniringkas
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir tahniah kepada Siti Nurhaliza
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin.
Agenda AWANI: COP29 | Panel Saintis Jaguh Isu perubahan Iklim
Bagaimana gabungan saintis dunia yang mewakili Borneo, Amazon dan Congo cuba mencari cara dan solusi terbaik dalam menangani isu perubahan iklim selain mencapai matlamat SDGs? Diskusi #AgendaAWANI di #COP29 Baku, Azerbaijan jam 830 mlm ini di @501Awani
MOT sedia teliti keperluan baik pulih jajaran perkhidmatan kereta api di Pantai Timur
Kementerian Pengangkutan (MOT) bersedia untuk meneliti keperluan membaik pulih dan kebolehlaksanaan jajaran perkhidmatan kereta api di pintu masuk utama Pantai Timur di Rantau Panjang-Pekan Golok.
8 maut, 17 cedera dalam serangan pisau di sekolah China
Lapan orang terbunuh dan 17 yang lain cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah sekolah vokasional di Bandar Yixing, Wilayah Jiangsu di timur China pada Sabtu.
China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.
Enam pelajar SM Imtiaz Kuala Berang rangkul dua emas pertandingan inovasi di China
Enam pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang meraih dua pingat emas dalam International Innovative Technology Summit (ITTS) 2024 di Beijing, China baru-baru ini.
Spesifikasi kapal kargo angkasa lepas Haolong oleh China kini diketahui
Haolong akan dilancarkan menggunakan roket sebelum meneruskan perjalanan ke Tiangong.
Malaysia sasar kekalkan pertumbuhan ekonomi bersama China, tumpu SDG
China telah menunjukkan kelebihan ketara dalam kesemua bidang itu.
35 terbunuh, pemandu sengaja pandu kenderaan rempuh orang ramai di China
Suspek menggunakan kenderaan lasak kecilnya untuk merempuh pintu pagar sebuah pusat sukan sebelum melanggar orang ramai yang sedang bersenam.
Indonesia, China setuju perkukuh kerjasama maritim di Laut China Selatan
Indonesia dan China bersetuju untuk memperkukuh kerjasama maritim di Laut China Selatan.
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Greater Bay Area laluan strategik yang berpotensi besar untuk syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan sayap mereka di pasaran antarabangsa.
Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.
Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penyelesaian isu Laut China Selatan dengan China tidak perlu melibatkan pertelagahan.