Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan selama 34 hari sejak dikuatkuasakan pada 18 Mac lepas dan banyak syarikat telah menangguhkan mesyuarat agung tahunan (AGM) dan mesyuarat agung tahunan luar biasa (EGM) mereka susulan gesaan kerajaan untuk membendung penularan COVID-19.
Akta Syarikat 2016 menghendaki syarikat untuk mengadakan AGM dalam tempoh enam bulan dari tarikh berakhirnya tahun kewangan dan tidak lebih daripada 15 bulan selepas AGM yang terakhir, tetapi disebabkan PKP, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia membenarkan syarikat yang tersenarai untuk menangguhkan AGM mereka melebihi tempoh enam bulan yang ditetapkan.
Pengendali bursa saham negara, Bursa Malaysia Bhd, telah menangguhkan AGM daripada 31 Mac kepada 29 April dan menasihati pemegang saham untuk menghadiri mesyuarat ke-43 yang ditangguhkan dari jarak jauh menggunakan kemudahan Penyertaan dan Pengundian Jarak Jauh (RPV).
Menggunakan kemudahan RPV, pemegang saham boleh menggunakan hak mereka untuk mengambil bahagian dalam AGM, termasuk mengemukakan soalan kepada Lembaga Pengarah dan pengurusan syarikat serta mengundi dari rumah mereka.
Begitu juga, AGM Nestle (Malaysia) Bhd akan dijalankan menggunakan live streaming dan undian jarak jauh dalam talian melalui kemudahan RPV pada 30 April, yang boleh didapati di laman web dalam talian TIIH Tricor, https://tiih.online.
"Sejajar dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan mengenai penularan tersebut, tiada agihan pek sarapan dan cenderahati untuk ahli/proksi yang menghadiri dan/atau menyertai AGM secara fizikal atau dari jauh," menurut pengeluar makanan dan minuman itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Eco World Development Group Bhd dan Eco World International Bhd pada Isnin memaklumkan bahawa AGM mereka, yang pada awalnya dijadualkan pada 25 Mac, akan ditangguhkan kepada 19 Mei, dengan kedua-duanya diadakan menggunakan kemudahan RPV.
Westports Holdings Bhd (WHB) menjadualkan semula AGM daripada 22 April kepada 5 Mei dan memastikan tiada keperluan untuk melanjutkan lagi berikutan ia akan menjalankan AGM dalam talian kali ini.
Pengendali pelabuhan itu berkata menjadualkan semula tarikh akan membolehkan pemegang saham syarikat untuk bersedia dan membiasakan diri dengan saluran elektronik untuk menyertai dan mengundi dalam AGM dalam talian. Mesyuarat akan disiarkan secara dalam talian menggunakan webpage di https://web.lumiagm.com/.
WHB berkata selain membolehkannya menyokong nasihat kerajaan mengenai penjarakan sosial dan tidak mempunyai perhimpunan yang besar, AGM dalam talian menghapuskan risiko satu lagi penangguhan berdasarkan keadaan semasa dan tidak akan bergantung kepada keputusan situasi kesihatan nasional semasa.
"Oleh itu, AGM dalam talian turut menyokong usaha syarikat untuk mengekalkan standard tadbir urus korporat kami berikutan ia akan membolehkan Westports menjalankan AGM dalam tempoh enam bulan berakhirnya tahun kewangan tanpa memerlukan sebarang lanjutan masa," katanya.
Sementara itu, Poh Huat Resources Holdings Bhd yang telah menangguhkan AGM ke-22 iaitu dilewatkan dua minggu kepada 29 April ini menggalakkan pemegang sahamnya menghantar undian menerusi borang proksi dengan melantik pengerusi sebagai proksi mereka dan bukannya kehadiran secara fizikal.
Pengeluar perabot di Johor itu turut melanjutkan tempoh akhir untuk meletakkan medium pelantikan proksi sehingga 11 pagi 28 April.
Syarikat yang telah menangguhkan mesyuarat mereka melebihi sekali ialah syarikat media pengiklanan digital Asia Media Group Bhd iaitu penangguhan AGM ke-12 sebanyak dua kali daripada 25 Mac kepada 8 April dan seterusnya kepada 6 Mei, namun agenda mesyuarat tersebut masih dikekalkan.
EGM Malaysia Pacific Corporation Bhd yang bertujuan memutuskan cadangan pengambilalihan tanah bernilai RM115 juta di Johor Bahru yang pada awalnya dijadualkan pada 30 Mac, telah ditangguhkan kali pertama kepada 23 April dan seterusnya 30 April.
Sementara itu, CJ Century Logistics Holdings Bhd menangguhkan AGM ke-23 yang dijadualkan pada 22 April kepada tarikh lain yang bersesuaian, tertakluk kepada peraturan yang ada.
Langkah yang sama turut diambil oleh Paragon Globe Bhd yang pada awalnya menangguhkan EGM mereka daripada 18 Mac kepada 2 April (sepatutnya adalah mesyuarat hibrid bagi memberi pilihan kepada pemegang saham untuk menyertai EGM secara fizikal atau elektronik menerusi jarak jauh).
Pengarahnya kini memutuskan bahawa tarikh mengadakan EGM akan ditentukan pada masa yang sesuai bergantung kepada pengumuman daripada pihak berkuasa.
EGM itu adalah bagi membuat keputusan mengenai pembelian 12.6 hektar tanah di Pulai, Johor Bahru bernilai RM60.96 juta dan langganan 99.06 peratus kepentingan ekuiti di Builtech Acres Sdn Bhd, iaitu pemilik 10.78 hektar tanah di Sepang bernilai RM52.9 juta.
Beberapa syarikat dijangka mengekalkan tarikh AGM namun mempunyai isu-isu lain. Petronas Dagangan Bhd (AGM pada 10 Jun), Petronas Chemicals Group Bhd (AGM pada 16 Jun) and Petronas Gas Bhd (AGM pada 25 Jun) memaklumkan mungkin terdapat sedikit kelewatan bagi penghantaran salinan cetak Laporan Bersepadu 2019 seperti yang dimohon para pemegang saham susulan pelaksanaan PKP.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu berkata semua mesyuarat tahunan syarikat, koperasi, persatuan atau pertubuhan perlu ditangguhkan sehingga tarikh yang akan ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Bagaimanapun, mesyuarat yang dijalankan secara dalam talian seperti persidangan video adalah dibenarkan.
Pengumuman beliau itu tepat pada masanya ketika syarikat terutamanya syarikat senaraian awam, koperasi dan persatuan akan mengadakan AGM mereka pada April, Mei dan Jun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 21 2020

Semua mesyuarat tahunan syarikat, koperasi, persatuan atau pertubuhan perlu ditangguhkan sehingga tarikh yang akan ditetapkan Kementerian Kesihatan, tetapi yang dijalankan secara dalam talian adalah dibenarkan. - Gambar Hiasan

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.

SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.

COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.

PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.

Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.

Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.

Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.

Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.

#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.