Agensi kerajaan dan swasta digalakkan untuk menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meningkatkan kerjasama demi memastikan urus tadbir yang telus dan baik.
Selain itu, syarikat penyedia latihan juga perlu mengikuti langkah tersebut untuk mengelakkan mana-mana pihak mengemukakan tuntutan palsu bagi mendapatkan dana Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).
Pengarah SPRM Selangor, Datuk Simi Abdul Ghani berkata demikian pada Jumaat dalam sidang media kerjasama SPRM dan PSMB yang membawa kepada kejayaan usaha siasatan proaktif dalam kes-kes tuntutan palsu.
“Syarikat yang tidak berdaftar dengan PSMB atau orang perseorangan menggunakan nama syarikat berdaftar ini kononnya menyediakan latihan khusus kepada syarikat berkenaan tapi sebenarnya tidak wujud. Itulah yang dikatakan sindiket,” jelas Simi, tentang modus operandi yang sering digunakan ketika hendak melakukan penipuan.
Tambah Simi, pihak SPRM sedang bekerjasama rapat dengan PSMB untuk memantau kes-kes seumpamanya yang berlaku di beberapa tempat yang lain namun beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya.
Sementara itu, Pengarah Perundingan dan Pemeriksaan SPRM Datuk Mohamed Yusoff Akope memberitahu, organisasi yang telah menandatangani CIP membolehkan sesuatu maklumat diperoleh seterusnya disalurkan kepada bahagian siasatan SPRM.
“Dalam pelaksanaan CIP ini kita ada lima prinsip utama untuk organisasi melakukan penambahbaikan bagi meningkatkan tadbir urus dan mencegah rasuah dalam organisasi.
“Salah satunya berkaitan dengan perkara ini ialah syarikat akan bekerjasama membanteras segala bentuk amalan rasuah dan menyokong segala inisiatif yang dilaksanakan oleh SPRM,” ujar beliau.
Sidang media itu adalah lanjutan daripada kejayaan pendakwaan empat orang pengarah syarikat penyedia latihan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis dalam kes membuat tuntutan palsu bagi mendapatkan dana PSMB.
Sejak menandatangani CIP setahun lalu, PSMB telah mengambil beberapa pendekatan bagi mengukuhkan urus tadbir termasuk menjalin kerjasama dengan SPRM dalam perkongsian maklumat mengenai perlakuan penyelewengan dan rasuah.
Hamzah Hamid
Fri Sep 18 2015

SIMI: Pihak SPRM sedang bekerjasama rapat dengan PSMB untuk memantau kes-kes seumpamanya yang berlaku di beberapa tempat yang lain. - Gambar Fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KRW FC perlu RM2 juta untuk beraksi pada saingan A1 Liga Malaysia
Dana tersebut termasuk untuk membawa masuk pemain bertaraf bintang dalam pasukan itu selain perbelanjaan pengurusan dan kelab.

Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.

SPKK kumpul dana RM10,000 untuk Palestin
Kempen ini adalah simbol solidariti rakyat Malaysia terhadap Palestin dan mencerminkan nilai ihsan serta belas kasihan.

Ireland peruntuk dana lindungi kejutan ekonomi daripada Trump - PM
Pihak berkuasa Ireland memperuntukkan dana yang besar untuk melindungi negara daripada potensi kejutan ekonomi yang mungkin timbul.

Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.

China sumbang dana kepada UNRWA, tingkat bantuan ke Gaza
Katanya, China sentiasa memberikan sokongan kepada UNRWA sementara menyeru masyarakat antarabangsa menyokong agensi itu melaksanakan misinya.

Belia perlu kreatif manfaatkan sumber untuk menggerakkan persatuan - Adam Adli
Isu dana persatuan yang tidak mencukupi sering dibangkitkan setiap kali sesi pertemuan dengan pertubuhan belia.

TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.

Malaysia tidak sokong kegiatan, pembiayaan kumpulan pengganas
KDN memahami kebimbangan disuarakan AS berhubung dakwaan wujudnya aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan pengganas di negara ini.

Telegram meraih dana AS$330 juta melalui jualan bon
CEO Telegram menyatakan permintaan bon Telegram adalah tinggi, dan ia telah dilanggan lebih tinggi berbanding sasaran.