LANGKAWI: Kerajaan menggalakkan syarikat penerbangan tempatan menggunakan bahan api penerbangan mampan (SAF) terhadap pesawat mereka sebagai sebahagian usaha untuk menurunkan kadar pelepasan karbon kepada alam.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, meskipun Malaysia setakat ini masih tidak mewajibkan penggunaan bahan api tersebut namun peralihan ke arah itu berkemungkinan akan berlaku pada masa depan.
"Sebagai ahli Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), Malaysia tertakluk kepada sebarang peraturan yang ditetapkan oleh organisasi itu memandangkan industri penerbangan merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada pelepasan karbon.
"Di Eropah mereka sudah mewajibkan penggunaan SAF dalam kalangan syarikat penerbangan tetapi kita jangkakan peralihan kepadanya akan berlaku pada masa hadapan di negara kita selaras dengan hasrat kita mengurangkan pelepasan karbon," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas turun dari pesawat Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Langkawi yang menggunakan bahan api SAF campuran minyak bio dan minyak jet konvensional yang dibekalkan Petronas di sini pada Isnin.
Tambah Loke, Malaysia turut berpotensi untuk muncul sebagai hab bagi penyelesaian penerbangan mampan melalui penggunaan bahan api tersebut.
"Kami juga menyedari ianya bukan sahaja akan membantu mengurangkan pelepasan karbon yang berkaitan dengan perjalanan udara, tetapi juga membantu meletakkan Malaysia sebagai hab penerbangan mampan.
"Kita boleh mewujudkan situasi menang-menang untuk persekitaran, ekonomi dan komitmen global kita dan pada masa sama berharap berharap Petronas dapat memainkan peranan di Malaysia dalam mempromosikan dan menghasilkan SAF," katanya lagi.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kos penggunaan SAF dijangka dapat direndahkan selepas pengeluaran bahan berkenaan dapat dihasilkan sepenuhnya di dalam negara, berbanding diimport ketika ini.
"Memang timbul isu syarikat penerbangan enggan menggunakan SAF kerana kosnya agak tinggi, maka kerajaan mungkin boleh memberikan insentif kepada pihak yang menggunakan bahan berkenaan pada masa hadapan.
"Saya difahamkan Petronas bakal mengeluarkan SAF sendiri pada tahun ini, ia dijangka mampu mengurangkan harga bahan api itu dan menarik minat syarikat penerbangan tempatan menggunakannya selepas ini," katanya.
Pesawat Boeing 737-800 untuk penerbangan MH603 antara Kuala Lumpur-Singapura dan MH606 Singapura-Kuala Lumpur menjadi penerbangan penumpang pertama milik Malaysia Airlines menggunakan SAF pada tahun lalu.
Berbanding bahan api jet fosil konvensional, SAF diperbuat daripada 100 peratus sisa boleh diperbaharui dan sisa bahan mentah seperti minyak masak terpakai yang boleh mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sehingga 80 peratus.
Adie Sufian Zulkefli
Mon May 22 2023
Loke (tengah) ditemui selepas turun dari pesawat Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Langkawi yang menggunakan bahan api SAF pada Isnin. - Foto Astro AWANI
AWANI Pagi: Keselamatan kebakaran dalam pemasangan panel solar atas bumbung
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 8.30 pagi,
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel
Media tempatan melaporkan, sekitar 20 wanita telah diubah gambar mereka kepada foto bogel.
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand
Menurut polis Thailand, kesemua mangsa adalah berketurunan Vietnam, dengan dua daripadanya membawa pasport AS.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
Syarikat penerbangan tempatan digalak guna SAF - Loke
Kerajaan menggalakkan syarikat penerbangan tempatan menggunakan bahan api penerbangan mampan (SAF) terhadap pesawat mereka.
Malaysia Airlines kendali pesawat penumpang pertama guna bahan api mampan
Penerbangan itu akan dikendalikan oleh pesawat Boeing 737-800, menggunakan gabungan kira-kira 38 peratus SAF dan bahan api jet konvensional.
Malaysia Airlines jadi penerbangan pertama Malaysia guna SAF
Malaysia Airlines menjadi syarikat penerbangan pertama negara yang menggunakan bahan api penerbangan mampan (SAF).