KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd akan mengendalikan penerbangan penumpang pertama menggunakan bahan api penerbangan mampan (SAF) antara Kuala Lumpur dan Singapura pada 5 Jun bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia.
Syarikat itu berkata penerbangan yang dikuasakan SAF -- dari Kuala Lumpur ke Singapura menerusi MH603 dan dari Singapura ke Kuala Lumpur melalui MH606 -- mengulangi komitmen syarikat penerbangan kebangsaan itu terhadap tema 'Sustainable Tomorrow' serta menandakan kemajuan ketara ke arah mencapai penggunaan sumber bahan api yang lebih bersih dan berdaya maju untuk penerbangan biasa menjelang 2025.
"Penerbangan itu akan dikendalikan oleh pesawat Boeing 737-800, menggunakan gabungan kira-kira 38 peratus SAF dan bahan api jet konvensional.
"Berbanding bahan api jet fosil konvensional, pilihan bahan api mampan ini, diperbuat daripada 100 peratus sisa boleh diperbaharui dan sisa bahan mentah (seperti minyak masak), boleh mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sehingga 80 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Malaysia Airlines menjemput tetamu dan penyokong kemampanan untuk melakukan perjalanan dengan penerbangan penting tersebut. Tetamu boleh menempah mulai sekarang hingga 4 Jun untuk menikmati diskaun sehingga 15 peratus apabila mereka melakukan penerbangan ini.
"Untuk menikmati diskaun, gunakan kod promo 'SAF2022' semasa daftar keluar di www.malaysiaairlines.com. Tetamu digalakkan untuk menempah secepat mungkin kerana tiket dijual dengan pantas," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022
Penerbangan itu akan dikendalikan oleh pesawat Boeing 737-800, menggunakan gabungan kira-kira 38 peratus SAF dan bahan api jet konvensional. - Foto fail/REUTERS/Olivia Harris
Percepat siasatan penemuan objek disyaki bom di Pulau Sibuan
Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal turut meminta supaya tindakan pelupusan objek yang disyaki bom itu dipercepatkan.
Penemuan objek disyaki bom: Polis masih jalankan siasatan
Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Sabri Zainol berkata Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia masih dalam tindakan pengesahan.
SPRM Perlis tahan dua kakitangan badan berkanun disyaki seleweng RM600,000
SPRM Perlis menahan dua kakitangan sebuah badan berkanun di negeri itu, termasuk seorang pengurus akaun, selepas disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng wang kira-kira RM600,000.
Lima substrategi NACS berjaya dicapai sejak dilancarkan tahun lepas - SPRM
Sebanyak lima daripada 60 substrategi di bawah Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 telah dicapai.
Badan Peguam Malaysia seru perubahan dalam sistem penjara negara
Mohamad Ezri berkata pendekatan menyeluruh dapat membuka jalan kepada sistem keadilan yang penuh belas kasihan dan berkesan.
Bicara 1MDB: "Saya bukan 'bapa' TIA, itu cetusan idea Sultan Mizan" - Najib
Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bekas pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin kononnya penubuhan syarikat Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dikatakan idea dan 'baby' beliau.
Presiden Yoon akan hadir perbicaraan jika didakwa atau waran tangkap dikeluarkan
Kenyataan itu dibuat oleh seorang daripada peguam Yoon, Yun Gap-keun, ketika presiden yang didakwa itu berdepan percubaan kedua untuk ditahan.
Pekerjaan baharu: Peningkatan kemahiran diperlukan segera -- WEF
Kemajuan teknologi, perubahan demografi, ketegangan geoekonomi dan tekanan ekonomi adalah pemacu utama terhadap perubahan ini yang mengubah semula industri dan profesion di seluruh dunia.
Pantau Agenda Reformasi: ASEAN25 | Tahun Melawat Malaysia 2026 pacu sektor pelancongan
Ikuti ulasan Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Tan Sri Mansor berkaitan potensi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam memacu Tahun Melawat Malaysia 2026 untuk menyumbang kepada pertumbuhan sektor pelancongan negara.
Lelaki maut ditembak ketika makan di restoran
Seorang lelaki maut dipercayai ditembak ketika sedang menjamu selera bersama rakan-rakan di sebuah restoran di Taman Setia Indah, Johor.
Kerajaan sedia beri kerjasama jika usaha pencarian MH370 membuahkan hasil - PM Anwar
Anwar berkata kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari pesawat tersebut, tetapi pada masa sama, memastikan penggunaan dana rakyat dilakukan dengan berhemah.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
INNOMed lonjak Malaysia sebagai hab peranti perubatan - KP Kesihatan
Kerjasama awam-swasta melalui inisiatif INNOMed berpotensi mencipta asas ekosistem inovasi yang kukuh dalam penjagaan kesihatan sekali gus memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.
JPS terus pantau lembangan sungai di Kelantan berisiko banjir
JPS Kelantan akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan berterusan di lembangan sungai utama negeri ini.
KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.
Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.
Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.
Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Tengkujuh: Pasangan suami isteri raih pendapatan lumayan dengan menjual ubi kayu
Pasangan suami isteri tidak menjangka percubaan menjual ubi kayu pada musim tengkujuh di Kelantan ketika ini memberi pendapatan lumayan.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.