Seramai 11 individu dan sebuah syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan pengubahan wang haram dan menerima deposit tanpa lesen.
Mereka ialah pengarah Genneva Malaysia, Datuk Tan Liang Keat, 45; Datuk Philip Lim Jit Meng, 60; Ahmad Khairuddin Ilias, 59; pengurus besarnya, Lim Kah Heng, 46; serta tiga penasihat perniagaan, Datuk Ng Poh Weng, 67; Datuk Marcus Yee Yuen Seng, 65; Datuk Chiew Soo Ling, 53; Ng Wan Yee, 38; dan Ng Yee Yaw, 36; Ng Wan Yean, 33; dan Tony Yao Kee Boon, 56.
Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mat Ghani dalam penghakimannya berkata, pengambilan wang yang dimasukkan ke dalam akaun milik Genneva bukan deposit seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.
"Dalam kes pengambilan deposit lain tidak terdapat balasan yang nyata, namun, dalam kes ini, terdapat balasan apabila pembayaran dibuat iaitu emas.
"OKS (Genneva) sudah sedaya upaya mematuhi peraturan di bawah BAFIA dan prinsip syariah," katanya.
Liang Keat, Kah Heng, Poh Weng, Jit Meng, Ahmad Khairuddin dan Syarikat Genneva mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terbabit dalam pengubahan wang haram dengan cara memiliki, menerima, memindah dan memperoleh sejumlah wang hasil daripada aktiviti haram melalui cek daripada akaun CIMB Islamic Bank Berhad ke dalam akaun CIMB Bank Berhad milik mereka.
Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Subseksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Akta 372) yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10 juta atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya.
Enam yang lain pula mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang hasil daripada aktiviti haram daripada pelbagai syarikat termasuk Genneva Malaysia.
Mereka didakwa mengikut Subseksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang boleh dihukum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pihak pendakwaan memanggil 89 saksi manakala pihak pembelaan memanggil 13 saksi semasa perbicaraan kes itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Alvin Ong dan Nik Haslini Hashim, manakala peguam Gooi Soon Seng mewakili kesemua tertuduh.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2017
![Syarikat pelaburan jongkong emas Genneva, 11 individu bebas Syarikat pelaburan jongkong emas Genneva, 11 individu bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/81489679000_LanLiangKeat.jpg)
Pengarah Genneva Malaysia, Datuk Tan Liang Keat antara 11 individu yang dilepas dan dibebaskan Mahkamah Sesyen di sini hari ini. -Gambar fail
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![Ahli ekonomi Australia kembali selepas dipenjara hampir 2 tahun di Myanmar Ahli ekonomi Australia kembali selepas dipenjara hampir 2 tahun di Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668780529_SeanTurnell.jpg)
Ahli ekonomi Australia kembali selepas dipenjara hampir 2 tahun di Myanmar
Sean Turnell, yang pernah berkhidmat sebagai penasihat kepada Aung San Suu Kyi, kembali ke negaranya pada Jumaat selepas hampir 21 bulan menjalani hukuman penjara.
![Empat sekeluarga maut: Pemandu treler dibebas dengan jaminan polis hari ini Empat sekeluarga maut: Pemandu treler dibebas dengan jaminan polis hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61657769860_Kemalanganmautempa.jpg)
Empat sekeluarga maut: Pemandu treler dibebas dengan jaminan polis hari ini
Pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan maut membabitkan empat sekeluarga Rabu lepas, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
![Siasatan lengkap, pemandu lori dibebaskan dengan jaminan polis Siasatan lengkap, pemandu lori dibebaskan dengan jaminan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51624207510_JalanIpohLumut.jpg)
Siasatan lengkap, pemandu lori dibebaskan dengan jaminan polis
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kemalangan ngeri yang menyebabkan seorang pemandu wanita maut di Jalan Chemor-Jelapang.
![Pembantu warden madrasah tahfiz bebas dengan jaminan Pembantu warden madrasah tahfiz bebas dengan jaminan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/81492955291_Reman.jpg)
Pembantu warden madrasah tahfiz bebas dengan jaminan
Seorang pembantu warden sebuah madrasah tahfiz yang ditahan reman sejak 23 April lepas bagi membantu siasatan kes pukul pelajar berusia 11 tahun, dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah hari ini.
![Syarikat pelaburan jongkong emas Genneva, 11 individu bebas Syarikat pelaburan jongkong emas Genneva, 11 individu bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/81489679000_LanLiangKeat.jpg)
Syarikat pelaburan jongkong emas Genneva, 11 individu bebas
Seramai 11 individu dan sebuah syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen.
![Aktivis Fahmi Reza dibebaskan selepas ditahan pada Sabtu Aktivis Fahmi Reza dibebaskan selepas ditahan pada Sabtu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/41465062356_FahmiReza.jpg)
Aktivis Fahmi Reza dibebaskan selepas ditahan pada Sabtu
Aktivis Fahmi Reza yang ditahan polis ketika menyertai acara KL Alternative Bookfest (KLAB) di Publika Kuala Lumpur, pada Sabtu, telah dibebaskan.