SHAH ALAM: Sebuah syarikat jualan langsung produk kesihatan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah.
Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap syarikat Volten Asiaemall Sdn Bhd yang diwakili pengarah, Ismail Che Ani selaku Orang Kena Saman (OKS), selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
OKS membayar denda tersebut.
Syarikat itu didakwa telah menjalankan perniagaan jualan langsung dengan cara menjual produk kesihatan melalui laman sesawang www.asiaemall.com dengan menggunakan rangkaian pemasaran bagi maksud untuk mendapatkan faedah ekonomi tanpa lesen yang sah di sebuah premis di Seksyen 15 di sini pada 3.03 petang, 19 Januari lepas.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(2)(a) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM1 juta dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya RM2 juta, jika sabit kesalahan.
Ketika rayuan, OKS yang diwakili peguam Jefri Jaafar memohon mahkamah mengenakan denda yang paling munasabah dengan alasan syarikat itu kini telah mempunyai lesen yang sah.
"Selepas pandemik COVID-19, kewangan syarikat tersebut agak terjejas, jika denda yang tinggi dikenakan ke atas syarikat ini, ia akan menjadi beban kepada syarikat. Syarikat ini juga memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan kes dijalankan," rayunya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Zawawi memohon mahkamah mengenakan hukuman denda yang tinggi supaya syarikat tersebut tidak mengulangi kesilapan serupa.
"Penalti yang pernah dikenakan terhadap pesalah di bawah Akta Jualan Langsung 1993 tidak menampakkan keberkesanannya dalam usaha mendidik serta mengubah tingkah laku. Jumlahnya yang kecil membolehkan mereka membayarnya secara tunai dan kes diselesaikan di luar mahkamah.
"Namun setelah pembayaran dibuat, kesalahan sama diulang keesokan harinya, kerana pulangan yang diperolehi daripada penipuan tersebut adalah berlipat kali ganda jumlahnya. Oleh itu, peruntukan baru rang undang-undang ini telah menaikkan jumlah penalti dan penjara maksimum bagi semua kesalahan yang terdapat dalam akta ini sebagai tindakan pencegahan atau deterrent," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2022

Syarikat Volten Asiaemall Sdn Bhd didakwa telah menjalankan perniagaan jualan langsung dengan cara menjual produk kesihatan melalui laman sesawang www.asiaemall.com tanpa lesen yang sah di sebuah premis di Seksyen 15. - Gambar fail

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Meta disaman penerbit, penulis buku di Perancis disebabkan AI
Dalam kes yang masih dibicarakan, Meta mengaku gunakan karya penulis bersaiz sekurang-kurangnya 81.7TB yang dicetak rompak menerusi Torrent.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

Kes saman Anwar terhadap Ahmad Amzad selesai secara baik
Saman itu berhubung dakwaan kenyataan berbaur fitnah bahawa Anwar berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.

New York saman pengedar vape jual e-rokok kepada kanak-kanak
New York pada Khamis menyaman beberapa pengedar rokok elektronik terbesar di negara itu, menuduh syarikat itu melanggar undang-undang negeri yang melarang penjualan vape kepada kanak-kanak.

Seseorang yang menyelamatkan negaranya tidak melanggar undang-undang - Trump
Trump menerima kritikan selepas menggunakan petikan yang diubah suai dan dikaitkan dengan maharaja Perancis yang menobatkan dirinya sendiri, Napoleon.

Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.

Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok
Keluarga empat kanak-kanak itu telah memfailkan saman terhadap TikTok dan syarikat induknya, ByteDance, di Amerika Syarikat.

Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby
All Blacks menuduh gergasi petrokimia itu enggan membayar ansuran bagi perjanjian enam tahun dan cuba 'berhenti tiga tahun lebih awal'.

Pengarah syarikat keselamatan didakwa pecah amanah wang lebih RM170,000
Seorang pengarah syarikat keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan pecah amanah wang syarikat lebih RM170,000, tiga tahun lepas.

Tiada pemandu kedua, JPJ saman 14 bas ekspres dan persiaran
JPJ Pulau Pinang memaklumkan kesalahan lain dikesan dalam operasi itu ialah tidak mengemas kini buku log dan kesalahan teknikal.