Pandemik COVID-19 bukan sahaja mengancam kesihatan dan nyawa masyarakat, malah turut menjejaskan pelbagai sektor ekonomi termasuk pengusaha bas persiaran atau bas pelancong.
Dahulu mereka merupakan 'petugas barisan hadapan' yang membantu melonjakkan industri pelancongan tempatan dengan membawa pengunjung termasuk dari luar negara, ke tempat-tempat menarik di negara ini, namun sejak Disember lepas, nasib mereka mula berubah.
Wabak COVID-19 menutup serapat-rapatnya periuk nasi industri itu yang mempunyai lebih 10,000 bas persiaran, ditambah pula menghadapi tekanan hebat daripada syarikat kredit untuk membayar pinjaman kenderaan.
Pengarah WSF Travel and Tours Sdn Bhd, Wan Shairi Wan Ahmad mendakwa berikutan tiada moratorium pinjaman diberikan terhadap bas persiaran menyebabkan ramai tidak mampu bertahan, sehingga ada yang hampir muflis.
"Kalau boleh kita minta tolong MOF (Kementerian Kewangan) untuk menstruktur balik (pinjaman bank) syarikat bas pelancongan dengan interest (faedah pinjaman) yang rendah, satu hingga dua peratus.
"Bayangkan syarikat ini dalam tiga atau empat bulan boleh ditutup kerana sebuah bas kita perlu bayar RM12,000-RM13,000," katanya baru-baru ini.
Wan Shairi juga merayu kepada kerajaan supaya menggunakan perkhidmatan bas persiaran untuk menghantar pulang pelajar yang masih terkandas di universiti ke kampung halaman masing-masing.
Beliau mendakwa setakat ini tiada satu pun syarikat bas persiaran digunakan bagi tujuan itu, dan beliau meminta kerajaan membantu sektor berkenaan terutamanya menjelang Aidilfitri ini.
Sementara itu, Pengarah Dataran Travel and Tours, Abdul Aziz Ismail Gani berkata pihaknya menghadapi kesukaran kerana tidak mempunyai pendapatan ekoran permintaan terhadap perkhidmatan bas persiaran itu tiada langsung sejak penularan wabak berkenaan dalam negara.
"Susut nilai bas amat teruk. Kami nak jual pun tak ada orang nak beli bas kami. Kami terpaksa teruskan bayar hutang (kenderaan) sampai habis ikut jadual," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 06 2020
![Syarikat bas persiaran rayu bantuan kerajaan Syarikat bas persiaran rayu bantuan kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/51482851363_BasEkspress.jpg)
Kerajaan diminta supaya menggunakan perkhidmatan bas persiaran untuk menghantar pulang pelajar yang masih terkandas di universiti ke kampung halaman masing-masing. Gambar hiasan/ Bernama
![#AgongKita: PM Anwar, Hsien Loong tiba di Istana Negara #AgongKita: PM Anwar, Hsien Loong tiba di Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721438094_AnwarIbrahim.jpg)
#AgongKita: PM Anwar, Hsien Loong tiba di Istana Negara
Anwar tiba bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Anjung Utama Istana Negara pada 8.45 pagi.
Situasi terkini di Istana Negara sempena Istiadat Pertabalan YDP Agong ke-17 | 20 Julai 2024 | 8.30AM
Ikuti siaran secara langsung bersama Nursyazwani Saiful Sham yang berada di Pintu 1 Istana Negara bagi melaporkan situasi terkini di perkarangan pintu masuk Istana Negara, Kuala Lumpur.
#AgongKita
#AgongKita
AWANI Ringkas: #AgongKita | Kunjungan hormat PM ke atas Raja Bahrain
![#AgongKita Istiadat Pertabalan: Petugas media berkumpul di pintu utama Istana Negara seawal 6 pagi #AgongKita Istiadat Pertabalan: Petugas media berkumpul di pintu utama Istana Negara seawal 6 pagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721437255_PertabalanAgongSu.jpg)
#AgongKita Istiadat Pertabalan: Petugas media berkumpul di pintu utama Istana Negara seawal 6 pagi
Wakil media pelbagai agensi sama ada dari dalam dan luar negara berkumpul dan bersiap sedia untuk membuat liputan.
![#AgongKita: Malaysia saksi pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini #AgongKita: Malaysia saksi pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721435769_PertabalanAgongSu.jpg)
#AgongKita: Malaysia saksi pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini
Istiadat pertabalan ini ialah pemasyhuran kepada seluruh dunia bahawa Sultan Ibrahim telah bersemayam di takhta sebagai Ketua Tertinggi Negara.
![#AgongKita: PM Anwar ikrar taat setia kepada Institusi Diraja #AgongKita: PM Anwar ikrar taat setia kepada Institusi Diraja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721434787_Sesiraptai.jpg)
#AgongKita: PM Anwar ikrar taat setia kepada Institusi Diraja
Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim akan berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat Raja-raja Melayu di Istana Negara hari ini.
![#AgongKita: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong tumpuan Astro AWANI hari ini #AgongKita: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong tumpuan Astro AWANI hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721434154_PertabalanAgongSu.jpg)
#AgongKita: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong tumpuan Astro AWANI hari ini
Singgahsana Istana Negara hari ini menjadi tumpuan rakyat Malaysia bagi Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
![Kita tidak fikir cari pengganti, jurulatih baru, ketika ini - Yusoff Mahadi Kita tidak fikir cari pengganti, jurulatih baru, ketika ini - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721434070_YusoffMahadi.jpg)
Kita tidak fikir cari pengganti, jurulatih baru, ketika ini - Yusoff Mahadi
Sekiranya Pau gagal dalam dua kejohanan terdekat, cadangan pencarian jurulatih 'fresh' yang disarankan Tengku Ismail bakal dipertimbangkan.
Biden tetap mahu terus bertanding, bakal kembali berkempen
Presiden Joe Biden pada Jumaat berikrar akan tetap meneruskan kempen meskipun mendapat tentangan daripada lapan ahli Demokrat dalam kongres untuk menarik diri.
Beliau turut berikrar akan mendedahkan segala ancaman dibawa 'project 2025', sebuah inisiatif kepada rakyat Amerika Syarikat yang diusulkan saingannya dari Republikan, Donald Trump.
Beliau turut berikrar akan mendedahkan segala ancaman dibawa 'project 2025', sebuah inisiatif kepada rakyat Amerika Syarikat yang diusulkan saingannya dari Republikan, Donald Trump.
Gangguan siber: Perniagaan di Thailand terjejas
Perniagaan di Thailand, termasuk syarikat penerbangan dan hospital telah terjejas akibat gangguan siber global.
![Remaja rentung, bas pelancong bawa 28 penumpang terbakar Remaja rentung, bas pelancong bawa 28 penumpang terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705112572_BasTerbakar.jpg)
Remaja rentung, bas pelancong bawa 28 penumpang terbakar
Bas berkenaan terbakar 100 peratus selepas melanggar sebuah motosikal yang terbabas lebih awal di lokasi kejadian
![Dua maut, tujuh parah dalam kemalangan babitkan bas dan kereta Dua maut, tujuh parah dalam kemalangan babitkan bas dan kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688962029_kemalanganbas.jpg)
Dua maut, tujuh parah dalam kemalangan babitkan bas dan kereta
Jumlah yang menaiki bas tersebut adalah 22 individu termasuk dua yang maut iaitu pemandu bas dan penumpang wanita warga Indonesia.
![Bas pelancong diingatkan sentiasa guna pemandu pelancong Bas pelancong diingatkan sentiasa guna pemandu pelancong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673487876_bergotongroyong.jpg)
Bas pelancong diingatkan sentiasa guna pemandu pelancong
Ini penting bagi memastikan pengusaha tidak dikenakan kompaun di bawah Akta Industri Pelancongan berkaitan.
![Lima pelajar sekolah antara sembilan maut nahas dua bas Lima pelajar sekolah antara sembilan maut nahas dua bas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61665105442_TragicRoadaccident.jpg)
Lima pelajar sekolah antara sembilan maut nahas dua bas
Mangsa maut termasuk lima pelajar sekolah, seorang guru dan tiga penumpang bas KSRTC.
![Syarikat bas persiaran rayu bantuan kerajaan Syarikat bas persiaran rayu bantuan kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/51482851363_BasEkspress.jpg)
Syarikat bas persiaran rayu bantuan kerajaan
Pandemik COVID-19 bukan sahaja mengancam kesihatan dan nyawa masyarakat, malah turut menjejaskan ekonomi dan punca rezeki pelbagai sektor ekonomi.
![Bas pelancong di Jerman terbabas, 13 penumpang cedera Bas pelancong di Jerman terbabas, 13 penumpang cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41573308085_bas.jpg)
Bas pelancong di Jerman terbabas, 13 penumpang cedera
Tiga belas pelancong warga Poland cedera selepas bas pelancong dinaiki mereka terlibat dengan kemalangan di Jerman pada Sabtu.