Pihak swasta digalak membuka makmal atau pusat pemprosesan madu kelulut bagi menghasilkan madu berkualiti dan mampu menjana keuntungan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) mempunyai kaedah dan kajian terbaik serta telah mencipta beberapa jenis mesin teknologi terkini untuk membantu mereka yang berminat.
"Mardi akan mainkan peranan kerana bukan semua mesin boleh dibeli secara terus, ada di antaranya dicipta oleh Mardi. Ia berharga antara RM10,000 hingga RM200,000. Saya galakkan ia turut dibangunkan oleh pihak swasta supaya lebih meluas.
"Jika hanya Mardi yang uruskan... kebetulan permintaan tinggi, ia dibimbangi berlaku ketidakcukupan tenaga kerja dan melambatkan urusan pengusaha dalam mendapatkan madu yang telah diproses," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Makmal Pemprosesan Madu Kelulut Kemaman, hari ini.
Makmal yang pertama kali dibangunkan itu menawarkan perkhidmatan pengeringan madu kelulut, pembungkusan dan analisis ringkas penentuan kualliti madu kelulut.
Kos bagi mewujudkan makmal tersebut kira-kira RM172,000 termasuk pembelian pelbagai peralatan dan mampu memproses 50 kilogram madu sehari.
Ahmad Shabery berkata pengusaha madu kelulut perlu memberi penekanan terhadap penjagaan kualiti bagi mengelak pengguna tertipu dan perusahaan dapat bertahan lama.
Katanya sehingga Mac 2017, usahawan kelulut yang berdaftar dengan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu seramai 150 orang manakala berdaftar di bawah Persatuan Lebah Kelulut Terengganu (Pelekat) seramai 80 orang.
"Mardi akan terus membantu usahawan kelulut. Untuk peringkat awal ini Mardi akan mengenakan caj RM5 sahaja untuk sekilogram madu kelulut yang mahu diproses. Diskaun itu selama dua bulan dan selepas itu dikenakan caj RM10 sekilogram. Pengusaha boleh bawa balik dan buat pembungkusan sendiri.
"Jika mahu Mardi buat semua proses, boleh jual secara terus kepada Mardi dan Mardi akan pasarkan mengikut standard ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2017

Pengusaha madu kelulut perlu memberi penekanan terhadap penjagaan kualiti bagi mengelak pengguna tertipu dan perusahaan dapat bertahan lama. - Gambar hiasan

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Majlis Perunding Pertanian Negara ditubuh
Beliau berkata majlis itu akan dipengerusikan oleh seorang tokoh ternama sektor pertanian selain akan turut melibatkan beberapa nama besar lain yang berupaya memberi nilai tambah.

Tembikai dari Ubai tembusi pasaran Dubai
Program itu diharap dapat menarik lebih ramai golongan muda untuk terlibat dalam bidang pertanian bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Swasta digalak buka makmal proses madu kelulut - Ahmad Shabery
Pihak swasta digalak membuka makmal atau pusat pemprosesan madu kelulut bagi menghasilkan madu berkualiti dan mampu menjana keuntungan.

Semua pasar raya perlu patuhi peraturan GPL - Ahmad Shabery
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menemui semua pemilik pasar raya di seluruh negara untuk meminta mereka memastikan pasar raya masing-masing mematuhi peraturan GPL.