KUANTAN:Polis menafikan dakwaan yang tular dalam media sosial hari ini kononnya Balai Polis Bentong, kira-kira 162 kilometer dari sini, ditutup kepada orang awam selepas seorang suspek yang ditahan disahkan positif COVID-19.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata operasi balai polis berkenaan berjalan seperti biasa, dan pihaknya telah melakukan proses sanitasi dengan kerjasama pihak bomba sebagai langkah berjaga-jaga.
"Proses sanitasi dijalankan sebaik sahaja kita mendapat keputusan ujian saringan suspek lelaki berumur 58 tahun yang ditahan pada Khamis positif COVID-19. Suspek juga telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAH) di Temerloh untuk rawatan.
"Sebagai langkah berwaspada, seramai 40 pegawai serta anggota yang dikenal pasti berada berhampiran suspek kini melaksanakan kuarantin kendiri dan akan menjalani ujian saringan dalam masa terdekat," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Zaiham berkata ketiadaan pegawai dan anggota terlibat bagaimanapun tidak menjejaskan perjalanan operasi dan urusan pentadbiran balai polis tersebut.
Beliau juga berharap orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak tepat yang boleh menimbulkan kebimbangan masyarakat, sebaliknya menyemak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa.
Dakwaan yang tular itu menyebabkan ada penduduk Bentong ingin mendapatkan pengesahan dan lokasi balai polis berhampiran kononnya sebagai alternatif selepas balai polis itu ditutup.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 05 2020
Zaiham berkata ketiadaan pegawai dan anggota terlibat bagaimanapun tidak menjejaskan perjalanan operasi dan urusan pentadbiran balai tersebut.
[TERKINI] Remaja 14 tahun didakwa tikam ibu saudara
Seorang remaja perempuan didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap ibu saudaranya menggunakan pisau pada Jumaat lepas.
[TERKINI] Dua guru tadika mengaku tidak salah abai kanak-kanak hingga mati lemas
Dua orang guru sebuah tadika mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak di bawah jagaan mereka sehingga menyebabkan mangsa mati lemas, dua tahun lepas.
[TERKINI] SPRM tahan lapan individu termasuk enam pemeriksa kenderaan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan lapan individu termasuk enam pegawai pemeriksa kenderaan disyaki terlibat sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan di sekitar ibu negara.
Keputusan representasi gadis tekap sudu panas pada kanak-kanak tangguh lagi
Keputusan representasi gadis yang didakwa menekap sudu panas pada kanak-kanak ditangguh lagi.
Sabah Electricity terima tawaran bangunkan projek solar 15-MWAC
Sabah Electricity memperoleh tawaran pembinaan projek Large-scale Solar Photovoltaic sebanyak 15MW AC daripada Suruhanjaya Tenaga Sabah yang akan membantu meningkatkan margin rizab grid elektrik.
Malaysia, Singapura bantu bina hubungan dengan negara luar
Malaysia dan Singapura akan terus membantu antara satu sama lain membina hubungan hubungan lebih baik dengan negara luar.
Penghantar makanan mengaku simpan video, gambar lucah
Seorang penghantar makanan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan pilihan memiliki video dan gambar lucah di dalam telefon bimbitnya, dua tahun lalu.
Ribut musim sejuk landa AS, lebih 1,900 penerbangan dibatalkan
Cuaca buruk itu menyebabkan gangguan terhadap pengangkutan dan infrastruktur dengan hampir 70 juta orang berada di bawah amaran cuaca musim sejuk.
Sarawak perlu lebih 800,000 pekerja untuk ladang kepala sawit
Sarawak memerlukan lebih 800,000 pekerja di ladang kelapa sawit di seluruh negeri, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah negeri Datuk Seri Stephen Rundi Utom.
53 maut, 62 cedera akibat gempa bumi di Tibet
53 orang maut dan 62 yang lain cedera setakat ini akibat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda kawasan terpencil di Tibet, China.
Suspek positif COVID-19, polis nafi Balai Polis Bentong ditutup
Polis menafikan dakwaan Balai Polis Bentong ditutup kepada orang awam selepas seorang suspek yang ditahan disahkan positif COVID-19.