ISKANDAR PUTERI: Gara-gara ingin mengelak dari ditahan polis, tiga daripada empat suspek pecah rumah bertindak nekad dengan terjun dari jejambat di Jalan Tampoi, berdekatan Plaza Angsana di sini pada Selasa.
Bagaimanapun, tindakan itu hanya sia-sia apabila kesemua suspek berusia antara 22 hingga 30 tahun berjaya ditahan dan turut mengalami kecederaan patah tangan, bahu dan pinggang.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, sebelum kejadian, sepasukan anggota polis yang sedang melakukan tugas rondaan cegah jenayah telah terserempak dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di tepi Jalan Seri Orkid, berhadapan Hutan Bandar, Taman Mutiara Rini pada jam 4.45 pagi.
"Anggota bertugas telah mengarahkan pemandu kenderaan tersebut supaya berhenti, namun tidak diendahkan dan terus memecut laju ke arah jalan besar Skudai.
"Semasa kereta itu diekori oleh pihak polis, ia telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Jalan Tampoi berdekatan Plaza Angsana Johor Bahru.
"Kenderaan itu berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan, kita dapati keempat-empat suspek yang juga penganggur berada dalam kenderaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Jelas Dzulkhairi, semasa proses tangkapan dibuat, tiga suspek bertindak terjun dari jejambat berhampiran lokasi tersebut, namun berjaya ditahan dan tiga suspek terbabit mengalami kecederaan.
Hasil siasatan lanjut, tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau.
"Kita telah merampas dua helmet, sebuah radio, dua pembesar suara, sebuah mesin pemotong, dua telefon bimbit, sebatang pemotong bunga, sepasang sarung tangan, sebatang pemutar skru, sebatang penukul dan sebatang playar boleh laras serta kenderaan dinaiki mereka turut dirampas.
"Kesemua saspek disyaki telah melakukan kes pecah rumah di kawasan Jalan Bakti, Mutiara Rini.
"Tiga suspek yang mengalami kecederaan kini berada di dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Aminah di sini," ujarnya.
Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil.
Artikel asal di Sinar Harian: Terjun 'flyover' elak ditahan
Sinar Harian
Wed Jun 23 2021

Lokasi di mana tiga daripada empat suspek pecah rumah terjun dari jejambat berdekatan Plaza Angsana. -Foto Sinar Harian
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Suspek pecah rumah jatuh dari bumbung ditahan polis Keningau
Tindakan seorang lelaki yang cuba melarikan diri selepas memecah masuk sebuah rumah gagal apabila dia ditahan polis.

Suspek pecah rumah nekad terjun jejambat elak ditahan
Kesemua suspek berusia antara 22 hingga 30 tahun berjaya ditahan dan turut mengalami kecederaan patah tangan, bahu dan pinggang.