KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketatkan kawalan terhadap suspek lelaki warga Israel bagi mengelakkan sebarang kejadian di luar kawalan.
Sumber berkata, ia termasuk cubaan membunuh atau mencederakan diri oleh suspek berusia 36 tahun itu.
"Apabila dia ditahan pada Rabu lalu, suspek sudah mengetahui bahawa sebarang perancangan atau misi telah gagal dan dia sendiri mengetahui tentang risiko dihadapinya sekiranya kembali ke negara asal (Israel).
"Maka semasa ditahan kita tidak menolak kemungkinan suspek ini sanggup mengambil apa juga risiko termasuk membunuh diri atau mencederakan dirinya sendiri dengan apa juga keadaan," katanya.
Sumber berkata, PDRM memperketatkan kawalan terhadap suspek termasuk cubaan mana-mana pihak yang ingin mendekatinya.
"Pada masa ini suspek ditempatkan dalam kawalan ketat Polis Kontinjen Kuala Lumpur namun lokasinya tidak dapat didedahkan.
"Berbanding dengan tahanan kes jenayah lain, suspek dikategorikan sebagai berisiko tinggi dan ada pegawai dan anggota yang mengawalnya setiap 24 jam," katanya.
Katanya, kawalan ketat PDRM akan dapat dilihat apabila suspek dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan kebenaran sambung reman atau sebutan kes.
Pada Jumaat, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan penahanan suspek warga Israel itu di sebuah hotel di Jalan Ampang, Rabu lalu.
Polis turut menemui enam pistol termasuk SIG Sauer, Smith dan Wesson serta Glock selain 200 butir peluru.
Turut dijumpai, dua pasport dimiliki lelaki berkenaan iaitu pasport Perancis yang digunakannya untuk masuk ke Malaysia dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Mac lalu serta satu pasport Israel.
Melalui soal siasat, suspek mendakwa datang ke negara ini untuk mencari seorang individu yang juga rakyat negaranya untuk dibunuh kononnya berkaitan isu keluarga, namun polis tidak mempercayai dakwaan itu.
Pada Sabtu, media melaporkan sepasang suami isteri diberkas polis di bazar Ramadan dekat Kuala Selangor pada Jumaat dipercayai membeli senjata api di Thailand sebelum menjualnya kepada suspek.
Dua suspek masing-masing berumur 42 dan 40 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota JSJ Bukit Aman di bazar Ramadan di Kuala Selangor pada jam 7.15 malam.
Polis turut menemukan sepucuk pistol dalam sebuah beg galas dalam kereta Honda Jazz di kediaman mereka yang terletak di Kuala Selangor.
Polis sebelum ini turut menahan seorang lelaki tempatan di Cameron Highlands, Pahang yang dipercayai pemandu kepada lelaki Israel terbabit sejak memasuki negara ini pada 12 Mac lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 31 2024

PDRM memperketatkan kawalan terhadap suspek termasuk cubaan mana-mana pihak yang ingin mendekatinya. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Serangan seksual, Gerard Depardieu dibicarakan Isnin depan
Pelakon legenda Perancis, Gerard Depardieu akan dibicarakan pada Isnin depan atas dakwaan serangan seksual terhadap dua wanita di set penggambaran.
Dua maut dalam serangan dron Rusia di Zaporizhzhia
Serangan Rusia telah mengorbankan dua orang di bandar tenggara Ukraine, Zaporizhzhia manakala tiga lagi di bahagian utara dan timur negara itu pada lewat malam Jumaat.
Iftar Sekampung zahir semangat ukhwah masyarakat setempat
Lebih daripada sekadar berbuka puasa, program ini turut mencerminkan semangat kejiranan dan ukhuwah yang kukuh dalam kalangan masyarakat setempat.
Dua anggota bomba maut akibat kebakaran
Dua anggota bomba ditemui mati di Korea Selatan manakala dua lagi hilang dalam kejadian lebih 20 kebakaran hutan berlaku di seluruh negara pada Sabtu termasuk yang meragut nyawa di tenggara Semenanjung Korea.
Lelaki bersenjata samun kedai emas di Kota Damansara
Seorang lelaki bersenjatakan pistol bertindak berani mati apabila menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya Kota Damansara, petang Sabtu.
Kanak-kanak maut, enam cedera kereta bertembung di Bukit Katil
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Penghulu Jaabar, Bukit Katil pada Jumaat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Suspek lelaki Israel dikawal ketat 24 jam
PDRM memperketatkan kawalan terhadap suspek lelaki warga Israel bagi mengelakkan sebarang kejadian di luar kawalan.

'Laporan media Israel mungkin alasan propaganda alih perhatian' - PDRM
Dakwaan media Israel itu bukanlah fakta yang boleh diterima pakai dalam konteks siasatan secara mudah sehinggalah ia dapat dibuktikan.