KUALA LUMPUR: Dakwaan laporan media Israel berhubung seorang lelaki warga negara itu yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, Rabu lalu adalah untuk membunuh ketua keluarga kumpulan penjenayah seteru, bukanlah satu-satunya fakta yang boleh diterima pakai dalam konteks siasatan polis.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dakwaan itu bukanlah fakta yang boleh diterima pakai dalam konteks siasatan secara mudah sehinggalah ia dapat dibuktikan.
"Malah, ia mungkin boleh dianggap sebagai alasan propaganda untuk mengalihkan sebab utama suspek berusia 36 tahun itu masuk ke negara ini," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Razarudin berkata, siasatan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menjurus semua sudut dan elemen yang boleh dikaitkan dengan keberadaan suspek di negara ini.
"Kita masih meneliti dan menyiasat motif sebenar suspek masuk ke negara ini serta dia mendapatkan enam pucuk senjata api bersama 200 butir peluru dan faktor-faktor lain yang mungkin berkait dengan isu yang berlaku membabitkan Palestin dan Israel.
"Kita juga sedang meneliti pergerakan suspek sebelum dia diberkas, siapa orang hubungannya termasuk melihat latar belakang dirinya dengan bantuan dan maklumat perisikan kita," katanya.
Razarudin berkata, PDRM pada masa ini sedang memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap bukti dan fakta yang ada selain mendapatkan maklumat tambahan yang diperoleh daripada siasatan yang sedang dijalankan.
"Beri kita ruang, melengkapkan siasatan sebelum saya dapat berkongsikan maklumat terbaru kepada umum esok (Isnin)," katanya.
Tambah beliau, PDRM tetap sentiasa siap-siaga dalam mengawasi keselamatan dan ketenteraman awam termasuk keselamatan orang-orang berkepentingan.
Pada Jumaat, Razarudin dilaporkan berkata, polis merampas enam pistol termasuk SIG Sauer, Smith dan Wesson serta Glock selain 200 butir peluru susulan penahanan suspek warga Israel itu.
Turut dijumpai, dua pasport dimiliki lelaki berkenaan iaitu pasport Perancis yang digunakannya untuk masuk ke Malaysia dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Mac lalu serta satu pasport Israel.
Melalui soal siasat, suspek mendakwa datang ke negara ini untuk mencari seorang individu yang juga rakyat negaranya untuk dibunuh kononnya berkaitan isu keluarga, namun polis tidak mempercayai dakwaan itu.
Pada Sabtu, media melaporkan sepasang suami isteri diberkas polis pada Jumaat dipercayai membeli senjata api di Thailand sebelum menjualnya kepada suspek.
Dua suspek masing-masing berumur 42 dan 40 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota JSJ Bukit Aman di bazar Ramadan di Kuala Selangor pada jam 7.15 malam.
Polis turut menemukan sepucuk pistol dalam sebuah beg galas dalam kereta Honda Jazz di kediaman mereka yang terletak di Kuala Selangor.
Polis sebelum ini turut menahan seorang lelaki tempatan di Cameron Highlands, Pahang yang dipercayai pemandu kepada lelaki Israel terbabit sejak memasuki negara ini pada 12 Mac lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 31 2024

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dakwaan itu bukanlah fakta yang boleh diterima pakai dalam konteks siasatan secara mudah sehinggalah ia dapat dibuktikan.

Dua penuntut sekolah pondok maut kereta dinaiki terbabas
Mohd Rahinuddin Ibrahim, 55, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpang hadapan, Abd Aziz Othman, 73, di Hospital Temerloh.

Polis siasat dakwaan wanita ditampar pemandu kereta
Menurut polis, lelaki itu dikatakan memandu secara melulu, menyebabkan wanita berkenaan terpaksa menekan brek secara mengejut.

Kerajaan Korea Selatan lulus geran kecemasan untuk wilayah terjejas kebakaran hutan
Selain itu, kerajaan peruntuk 50 juta won sebagai dana bantuan bencana bagi membantu mangsa dan penduduk yang dipindahkan di Sancheong.

Sukan Olimpik Khas UAE perkukuh impak serantau dengan pungutan pingat terbanyak
Bermula pada awal 1990-an di bawah Persekutuan Sukan Orang Kurang Upaya UAE, ia berkembang menjadi satu gerakan nasional yang semakin kukuh.

ABIM gesa penglibatan Israel dalam aktiviti sukan antarabangsa dihalang
Antaranya, desakan agar badan-badan sukan antarabangsa menggantung penglibatan pasukan dan atlet Israel dalam sukan antarabangsa.
10 Berita Pilihan - (23 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 24 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
JPJ keluar notis larangan operasi ke atas 11 bas
Hasil operasi, lebih 500 bas diperiksa di depoh terbabit terlibat dan slip pemeriksaan dikeluarkan bagi kenderaan yang mematuhi standard di samping aktiviti penyelenggaraan dilaksanakan dengan baik.
Op Selamat 24 bermula 29Mac, hampir 7,000 warga JSPT terlibat
Beliau berkata 25 lokasi ‘hotspot’ atau kerap berlaku kemalangan serta 46 lokasi ‘blackspot' yang kerap berlaku kemalangan maut di lebuh raya utama di seluruh negara dikenal pasti.
800 lokasi jalan berlubang di Johor dibaiki dalam tempoh dua hari
Kerja membaiki jalan berlubang di 800 lokasi di lima daerah terjejas banjir di Johor, iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Kulai akan diselesaikan dalam tempoh dua hari bermula hari ini.

Suspek lelaki Israel dikawal ketat 24 jam
PDRM memperketatkan kawalan terhadap suspek lelaki warga Israel bagi mengelakkan sebarang kejadian di luar kawalan.

'Laporan media Israel mungkin alasan propaganda alih perhatian' - PDRM
Dakwaan media Israel itu bukanlah fakta yang boleh diterima pakai dalam konteks siasatan secara mudah sehinggalah ia dapat dibuktikan.