Polis menahan suspek utama kes tikam seorang guru wanita Sekolah Rendah Al-Amin dalam kejadian di Taman Setapak Jaya di sini, Isnin lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata suspek lelaki berusia 22 tahun, yang juga anak kepada mangsa Khariah Hashim, 49, ditahan di sekitar Pandan Indah di sini, pada 1 pagi tadi.
"Suspek ditahan oleh anggota Unit Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya sebelum dibawa ke Balai Polis Pandan Indah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, suspek akan direman hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.
Dalam kejadian pada 8.45 malam itu, Khariah dilaporkan mengalami kecederaan parah di perut, dahi dan kedua-dua tangan dipercayai ditikam dengan sebilah pisau oleh anaknya yang dikatakan mengalami masalah mental.
Ketika kejadian, Khariah sedang menunaikan solat Isyak dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur di sini.
Bernama
Thu Feb 11 2016
Menurut Zainuddin, suspek lelaki berusia 22 tahun, yang juga anak kepada mangsa Khariah Hashim, 49, ditahan di sekitar Pandan Indah di sini, pada 1 pagi tadi. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Suspek kes tikam guru wanita di Setapak Jaya ditahan polis
Polis menahan suspek utama kes tikam seorang guru wanita Sekolah Rendah Al-Amin dalam kejadian di Taman Setapak Jaya di sini, Isnin lepas.
Guru sekolah agama parah ditikam anak lelaki - Polis
Seorang guru sekolah agama cedera parah ditikam oleh anak lelakinya yang dipercayai mengalami masalah mental di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Rejang, Setapak di sini, malam tadi.