Perintah reman terhadap suspek berusia 43 tahun itu dikeluarkan Majistret, Nur Syifa Mohd Hamzah di Kompleks Mahkamah Alor Setar, hari ini.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan penahanan suspek di sebuah masjid dekat Bukit Pinang, di sini, setelah dia dipercayai berjalan kaki sejauh kira-kira 17 kilometer sebaik membunuh tiga ahli keluarganya pada 19 Ogos lalu.
Sebelum berjalan, dia dipercayai mengelar leher isterinya yang berusia 34 tahun dan dua anaknya masing-masing perempuan berusia 10 tahun dan lelaki berumur dua tahun menggunakan sebilah parang berukuran kira-kira 45 sentimeter (cm).
Bersandarkan siasatan awal, suspek disyaki bertindak kejam kerana menghadapi tekanan emosi kerana mereka lima beranak hidup daif dan gelandangan.
Suspek bagaimanapun tidak mengapa-apakan seorang lagi anak lelakinya berusia lima tahun yang turut dibawa berjalan ke masjid tersebut.
Saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan mop.