Suspek pembunuhan kanak-kanak perempuan yang dijumpai mati dikelar di tebing Sungai Klang, Jalan Sultan Hishamuddin di sini semalam dipercayai telah lemas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Ming berkata suspek tersebut dipercayai telah cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam Sungai Klang.
“Orang awam yang ternampak kejadian itu cuba menangkap lelaki itu dengan menyusuri Sungai Klang dan ternampak lelaki tersebut tenggelam timbul sebelum terus hilang dibawa arus sungai tersebut dan kita percaya lelaki tersebut telah lemas,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Gerakan besar-besaran dijalankan bagi mencari suspek namun terpaksa dihentikan disebabkan keadaan cuaca semakin gelap malam tadi.
"Gerakan mengesan suspek masih diteruskan oleh polis yang dibantu oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kuala Lumpur," kata Gan.
Dalam kejadian yang berlaku pada 9 malam hari Khamis, polis telah menerima maklumat daripada orang awam yang ternampak seorang lelaki sedang cuba untuk melemaskan seorang kanak-kanak di tebing Sungai Klang berhampiran dengan Stesen Kereta Api Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur.
Polis yang bergegas ke tempat kejadian kemudian menemui mayat seorang kanak-kanak lengkap berpakaian berusia dalam lingkungan dua tahun dalam keadaan tertiarap.
“Mayat tersebut mengalami cedera parah dibahagian belakang kepalanya akibat dihentak dan kepalanya itu turut terputus daripada badannya,” kata Gan.
Terdapat pecahan seramik bersama-sama kesan darah dan sepasang selipar ditemui di tempat kejadian.
“Siasatan polis kemudiannya berjaya mengesan ibu kanak-kanak tersebut yang berusia 32 tahun dan didapati ibu mangsa tidak mempunyai pekerjaan dan hidup secara gelandangan di bandar raya ini.”
Menurut keterangan ibu mangsa, semasa dia dan anaknya melepak bersama-sama dengan kawan-kawannya di Tingkat 4, Kompleks Kota Raya sekitar jam 3 petang, dia telah pergi ke tandas.
“Dia telah meminta kawannya yang bersama-sama melepak dengannya itu untuk mengawasi anaknya dan setelah lima minit berlalu, ibu mangsa kembali semula keluar tandas dan mendapati anaknya itu sudah tiada,” Gan berkata.
Ibu mangsa dan rakannya kemudian bergegas mencari anaknya itu di sekitar bangunan Kota Raya namun gagal.
“Maklumat awam kemudiannya memberitahu bahawa seorang saksi ternampak seorang lelaki berkulit gelap sedang mendukung seorang kanak-kanak menyusuri Sungai Klang yang kemudiannya merebahkan kanak-kanak berkenaan sambil menghempaskan sesuatu ke kepala kanak-kanak berkenaan.”
Lelaki itu juga dilihat sedang melakukan sesuatu di leher kanak-kanak tersebut.
“Beberapa orang awam bergegas cuba menyelamatkan kanak-kanak tersebut dan menyedari dirinya dikejar oleh orang ramai, suspek bertindak terjun ke Sungai Klang sebelum hilang dibawa arus,” tambah Gan lagi.
Kes tersebut kini disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat kanak-kanak tersebut dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Sementara itu, dalam satu sidang media, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon memberitahu bahawa berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), polis telah berjaya merakam gambar suspek dan fotofit suspek telah dihasilkan.
"Namun, selepas itu kami dapati suspek dipercayai lemas selepas melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai ketika dikejar orang awam," katanya.
Rakaman CCTV itu telah diambil dari sebuah lif di pusat membeli-belah Kotaraya di sini, dimana kanak-kanak tersebut ditinggalkan oleh ibunya bersama rakan sebelum ke tandas.
Aizat Sharif
Fri May 30 2014

Mayat kanak-kanak itu ditemui dengan keadaan cedera parah di bahagian kepala akibat dihentak selain dikelar di leher.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan zakat harta dan fitrah sebanyak RM208 juta sepanjang Ramadan ini.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.

Jangan mudah kongsi, sebar video kanak-kanak mangsa cabul - Nancy
Nancy berkata kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa itu dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan perbuatan menyebar serta berkongsi video berkenaan adalah tidak wajar.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

'Bomoh' muda mengaku salah lakukan amang seksual
Seorang 'bomoh' muda mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan.

Polis tahan bomoh muda cabul kanak-kanak
Polis menahan seorang bomoh lelaki selepas didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan di daerah Kemaman pada 31 Januari lepas.

Peniaga didakwa pandu kereta laju, sebabkan kematian kanak-kanak perempuan
Seorang peniaga didakwa memandu kereta dengan laju sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.

Kanak-kanak empat tahun hanyut ditemukan maut
Mayat kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Putri Jimar dijumpai orang ramai tersangkut pada dahan kayu di sungai itu pada 8 pagi tadi kira-kira 800 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hanyut.

Hukuman penjara lelaki culik 2 budak perempuan ditambah kepada 36 bulan
Mahkamah Tinggi menaikkan hukuman penjara terhadap seorang peniaga goreng pisang kepada 36 bulan yang sebelum ini dipenjara 24 bulan atas kesalahan menculik dua kanak-kanak perempuan.

Budak perempuan maut disyaki didera, ibu dan ayah tiri ditahan
Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat kesan lebam di muka, tangan, kaki dan badan mangsa dipercayai dicederakan dengan tangan atau kaki, tali pinggang, penyangkut baju dan senjata tumpul.

Pemandu lori didakwa tunjuk kemaluan kepada kanak-kanak
Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan amang seksual dengan memegang tangan, paha dan menunjukkan kemaluan kepada kanak-kanak perempuan.

Kes larikan dua budak: Penjual pisang goreng tiba di mahkamah
Suspek berusia 32 tahun itu yang memakai baju lokap warna biru tiba menaiki trak polis pada jam 8.20 pagi.