Lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan wanita warga emas yang mayatnya ditemukan dalam lubang kumbahan najis di Kampung Sungai Burung, di sini Isnin lepas, disambung reman selama tujuh hari lagi.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata tempoh reman lelaki berusia 29 tahun yang ditahan Selasa lepas itu tamat hari ini dan Mahkamah Majistret Balik Pulau membenarkan dia disambung reman sehingga 9 Okt ini.
"Polis memohon untuk menyambung reman lelaki itu bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan dan selepas siap (kertas siasatan), kami akan serahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Mayat Faridah Hashim ditemukan menantu lelakinya pada 2.30 petang, 24 Sept lepas semasa mencari ibu mertuanya di sekeliling kawasan rumah, selepas wanita berusia 63 tahun itu dikatakan hilang sejak 19 Sept lalu dan anggota keluarganya membuat laporan polis berhubung kehilangan itu pada 21 Sept.
Polis dengan bantuan pihak bomba mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluarkan mayat wanita itu yang sudah berulat dan hasil pemeriksaan awal pasukan forensik menemui kesan kelar di bahagian depan lehernya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 02 2018
Mayat Faridah Hashim (gambar kecil) ditemukan menantu lelakinya pada 2.30 petang, 24 Sept lepas semasa mencari ibu mertuanya di sekeliling kawasan rumah. -Gambar fail
Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza - IKIM
Dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjalin kerjasama erat dengan negara-negara anggota OIC.
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
46 cerucuk besi dipasang kawal pergerakan tanah di Puchong
Sebanyak 46 cerucuk besi dipasang setakat ini bagi mengawal pergerakan tanah di Jalan Wawasan, Puchong susulan kejadian tanah runtuh.
Lelaki maut ditetak depan kedai makan
Mangsa merupakan lelaki warga tempatan berumur lingkungan 30 tahun dan beralamat di Taman Bukit Serdang.
Bakar kereta kerana berang cinta ditolak
Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati akibat cintanya ditolak wanita berkenaan.
Tiada laporan berhubung dakwaan individu sebar COVID-19 di Pulau Pinang - Polis
Setakat ini tiada maklumat berkenaan perkara itu diterima daripada mana-mana pihak.
Polis tingkat pemantauan asrama pekerja asing dikuarantin
Polis meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di kawasan asrama pekerja asing bagi memastikan mereka tidak melanggar arahan kuarantin.
Suspek bunuh, buang ibu dalam kumbahan najis disambung reman
Tempoh reman lelaki berusia 29 tahun yang ditahan Selasa lepas itu tamat hari ini dan Mahkamah Majistret Balik Pulau membenarkan dia disambung reman hingga 9 Okt ini.
Wanita putus tangan ditetak suami
Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata.
Awas, samun guna ubat!
Polis sedang mencari seorang lelaki dipercayai terlibat dalam samun menggunakan racun di sebuah tokong cina di sini.
Remaja maut terkena renjatan elektrik
Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam tadi di kediaman mangsa di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau.