KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan lelaki yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kejadian khianat di Ibu Pejabat Pas Pusat, Jalan Raja Laut di sini berada di bawah pengaruh dadah.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata saringan yang dijalankan semasa tangkapan di Jalan Lorong Haji Taib 1, Chow Kit di sini, mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine.
"Apabila ditanya kenapa suspek berbuat demikian, kita pun tidak tahu sama ada dia dalam keadaan sedar atau tidak mengatakan dia tidak suka Pas dan disebabkan keadaannya itu dia bertindak membaling batu itu.
"Kami reman suspek hari ini untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Semalam, polis menahan seorang lelaki berumur 36 tahun yang disyaki terlibat membaling batu ke arah Ibu Pejabat Pas Pusat Sabtu lepas, sehingga mengakibatkan dinding kaca pejabat itu pecah.
Penganggur yang ditahan di Lorong Tiong Nam, Chow Kit pada pukul 10 malam itu mempunyai 16 rekod jenayah termasuk sembilan rekod kesalahan dadah.
Sabtu lepas, Pas membuat laporan polis selepas dinding kaca di Ibu Pejabat Pas Pusat dibaling dengan batu oleh seorang lelaki, beberapa jam sebelum bermula proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
Dalam kes berasingan, polis menahan seorang lelaki warga Taiwan yang disyaki terlibat dalam sindiket dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM572,000 dalam Operasi Khas di Cheras, Kuala Lumpur dan Kajang, Selangor pada 27 Julai lepas.
Siasatan polis mendapati lelaki berusia 31 tahun yang ditahan di sebuah pangsapuri di Cheras itu masuk ke Malaysia sejak tahun 2016 dengan menggunakan pas pelancong dan dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh pada Februari lepas setelah menjalani hukuman atas kesalahan berkaitan dadah.
Mohd Shuhaily berkata susulan penahanan itu polis menyerbu sebuah rumah kedai di Kajang yang dipercayai dijadikan stor menyimpan dadah dan menemui dadah jenis Erimin 5 (5.6 kilogram); methamphetamine (0.33kg); ekstasi (3.2kg); MDMA (0.6 kg) dan ibu heroin (0.7kg) serta sepucuk senjata api jenama Glock dan 30 butir peluru hidup.
Lelaki yang ditahan itu didapati positif dadah jenis methamphetamine itu dan polis menjumpai 10 biji pil dipercayai dadah jenis Erimin 5 pada lelaki yang merupakan orang suruhan kepada seorang lelaki warga tempatan yang masih dicari oleh polis, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain bercakap ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Suspek baling batu di Pejabat Pas Pusat di bawah pengaruh dadah - Polis
Polis mengesahkan lelaki yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kejadian khianat di Ibu Pejabat Pas Pusat, berada di bawah pengaruh dadah.