Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia untuk membawa industri penerbangan negara ke tahap lebih tinggi.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata suruhanjaya itu, yang ditubuhkan mengikut Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015, akan diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan.
"Ia akan mengawal selia perkara ekonomi berkaitan industri penerbangan awam dan memulakan operasinya hari ini (1 Mac).
"Suruhanjaya ini akan memainkan peranan penting bagi memelihara kelebihan daya saing Malaysia dalam sektor penerbangan di rantau ini," katanya dalam kenyataan di sini.
Liow berkata sebagai sebuah badan pengawal selia bebas, suruhanjaya itu antara lain bertanggungjawab bagi pelesenan syarikat penerbangan, caj lapangan terbang, peruntukan laluan, penyelesaian pertikaian dan perlindungan pelanggan.
Suruhanjaya itu akan diterajui Jeneral (B) Tan Seri Abdullah Ahmad sebagai pengerusi eksekutifnya.
Anggota lain terdiri daripada Datuk Mah Weng Kai, Datuk Dr Shaik Hussein Mydin, Datuk Seri Long See Wool, Datuk Fauziah Yaacob dan Dr Nungsari Ahmad Radhni.
"Di samping itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan (Datuk Seri Saripuddin Kasim) dan Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU) (Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff) pula menyandang jawatan sebagai anggota tetap suruhanjaya ini.
"Saya yakin, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia akan melakar kejayaan besar dalam meningkatkan standard penerbangan negara, serta dapat menangani cabaran sedia ada untuk membolehkan Malaysia meningkatkan pencapaiannya dalam sektor penerbangan, yang sejajar dengan hasrat kami untuk menjadi hab utama bagi industri berkenaan di rantau ini," katanya.
Bernama
Tue Mar 01 2016
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia akan mengawal selia perkara ekonomi berkaitan industri penerbangan awam. - Gambar fail
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.
MOT sedia teliti keperluan baik pulih jajaran perkhidmatan kereta api di Pantai Timur
Kementerian Pengangkutan (MOT) bersedia untuk meneliti keperluan membaik pulih dan kebolehlaksanaan jajaran perkhidmatan kereta api di pintu masuk utama Pantai Timur di Rantau Panjang-Pekan Golok.
Lebih 500,000 nahas jalan raya direkod di Malaysia sehingga Oktober
Sebanyak 532,125 nahas jalan raya direkodkan sejak Januari hingga Oktober lepas, dengan 5,364 daripadanya melibatkan kemalangan maut.
MAB beli pesawat baharu tingkat keyakinan penumpang
MAB telah melaksanakan proses perolehan pesawat baharu sebagai strategi meningkatkan keyakinan penumpang terhadap syarikat penerbangan berkenaan.
Kementerian Pengangkutan utama penambahbaikan di Labuan
Kementerian Pengangkutan (MoT) komited untuk memajukan kemudahan pelabuhan Labuan agar ia menjadi pelabuhan yang berdaya saing, mengukuhkan peranannya sebagai pintu masuk ekonomi di pulau itu.
LPA di bawah MoT selepas Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak
Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA), yang kini diselia oleh Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) tidak lama lagi akan beroperasi secara langsung di bawah Kementerian Pengangkutan (MoT).
MOT, KKR dalam proses akhir bangunkan sistem HS-WiM
Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang dalam proses akhir membangunkan sistem 'High Speed Weigh-In-Motion' (HS-WiM).
Kemahiran logistik perlu dipertingkat seiring lonjakan pelaburan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan semua pihak agar tidak terlalu selesa dengan kemajuan yang dikecapi dalam industri logistik setakat ini.
Kerajaan rancang perkenal semula penerbangan terus ke Rusia - Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan (MoT) sedang merancang dengan syarikat penerbangan dari Rusia untuk memperkenal semula penerbangan terus dari Malaysia ke Rusia.
Kementerian Pengangkutan akan tubuh Majlis Pelayaran
Kementerian Pengangkutan bersedia menubuhkan Majlis Pelayaran bagi memajukan industri itu di Malaysia dan langkah tersebut dijangka mampu meningkatkan sektor pelancongan negara dengan ketara.