Luahan seorang suri rumah yang menerjah sidang media pelancaran Skim FundMyHome-DepositKu pada Rabu mendapat perhatian Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Hafiza Abdul Rahman, 34, semasa meluahkan kesedihannya berkata, beliau sudah 15 kali memohon bagi mendapatkan pinjaman perumahan sejak 10 tahun lepas, namun tidak pernah mendapat kelulusan.
Selepas sidang media, ibu kepada empat orang anak itu dilihat sekali lagi bertemu dan meluahkan kesedihannya kepada Zuraida serta beberapa kali memeluk menteri itu sambil mengalirkan air mata.
"Antara alasan yang diberikan oleh pihak bank adalah kami tidak pernah membuat sebarang pinjaman. Rumah yang kami hendak beli bawah harga RM100,000 dan kami boleh membayar deposit hingga RM20,000.
"Apa salah saya dan suami. Kami hanyalah rakyat biasa yang ingin mempunyai rumah sendiri. Tetapi selama ini kami hanya mampu menyewa," katanya ketika ditemui pemberita.
Sehubungan itu, Hafiza merasakan hak mereka sekeluarga yang merupakan golongan B40 dengan pendapatan suaminya hanya RM3,000 sebulan dinafikan.
Beliau juga menyatakan penghargaannya kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memperkenalkan FundMyHome dan skim FundMyHome-DepositKu yang mana beliau akan memohon skim itu dalam masa terdekat.
Terdahulu, Zuraida berkata skim FundMyHome-DepositKu merupakan penyelesaian kepada pembeli yang telah mendaftar di bawah skim FundMyHome yang tidak mampu menyediakan bayaran 20 peratus daripada harga rumah.
"Di bawah skim FundMyHome, pembeli yang berpendapatan rendah dan tidak layak mendapat pinjaman perumahan tradisional daripada bank, hanya perlu membayar 20 peratus dari harga rumah dan tidak perlu membayar apa-apa selama lima tahun.
"Skim FundMyHome-DepositKu pula membolehkan pembeli mendapatkan pinjaman sehingga RM30,000 untuk membayar bayaran 20 peratus itu. Pinjaman berkenaan akan dibayar balik sepenuhnya pada akhir tahun kelima menduduki rumah," katanya.
Jelasnya, sepanjang tempoh lima tahun tanpa bayaran semula itu, pembeli dapat menabung sekaligus mengukuhkan kewangan mereka.
Pada majlis itu, Zuraida turut menyerahkan replika kunci kepada 19 pembeli rumah di bawah skim FundMyHome di Semenyih.
Lebih 350 unit rumah di Pangsapuri Harmoni di sini dibina menerusi skim FundMyHome.
Skim FundMyHome dilancarkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada November tahun lalu bagi membantu pembeli rumah kali pertama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 20 2019
Zuraida (belakang, tengah) dan Pengerusi EdgeProp.my, Datuk Tong Kooi Ong (belakang dua, kiri) bergambar bersama para penerima FundMyHome-Skim Depositku selepas merasmikan dana pemilikan rumah tersebut pada Rabu. - fotoBERNAMA
Pemuda tanam ubi kayu 200 tan bekalan musim banjir
Muhammad Azizan Mat Zin, 31, berkata beliau menjangkakan keseluruhan tanamannya itu akan mengeluarkan hasil lebih 200 tan ubi kayu.
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan boleh tawar pilihan sewa kepada mereka tidak mampu beli rumah - Institut REHDA
Menurut REHDA, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih mampan berikutan tanah adalah sumber yang terhad.
Pempengaruh media sosial jual van klasik kesayangan demi bina rumah impian
Seorang pempengaruh media sosial menjual sebuah van klasik, Volkswagen Kombi dengan harga mencecah RM200,000.
Penantian lapan tahun, impian miliki rumah tertunai
Selepas bertahun-tahun menyewa, akhirnya mereka tekad untuk memohon kemudahan disediakan kerajaan pada tahun 2015.
Sihat Kredit Malaysia Inisiatif kelolaan SEDIMI dan CTOS sasar galak lebih ramai milik rumah
Aplikasi Sihat Kredit Malaysia Inisiatif (SKMI) membolehkan pengguna mendapatkan maklumat lebih tepat mengenai status kewangan mereka.
KPKT lantik 25 pakar, kaji dan bantu kerajaan laksana dasar perumahan terbaik untuk rakyat
Pendekatan baharu perlu dirangka bagi melebarkan akses pemilikan kediaman khususnya kepada generasi muda, selaras dengan hasrat KPKT untuk menggalakkan generasi muda Miliki Rumah di Usia Muda.
Simpan duit dari usia 16 tahun, gadis berjaya beli rumah sendiri
Kini setelah mencapai usia 21 tahun, Becca Thompson berjaya membeli sebuah rumah.
Nilai kemampuan urus tanggungan lain sebelum beli rumah - PropertyGuru
Portal hartanah PropertyGuru Malaysia mengingatkan mereka yang berhasrat membeli kediaman agar berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan muktamad berikutan persekitaran pasaran hartanah yang sar
Beli hartanah pasca tempoh COVID-19 jika mampu - PropertyGuru
Namun diingatkan bahawa usaha pembelian hartanah memerlukan komitmen serta pelaburan jangka panjang.
Isu diaspora tidak boleh beli rumah di Malaysia dibawa ke Kabinet - Tun M
Kerajaan akan berbincang untuk memastikan mereka dapat membeli rumah di tanah air.
Budak 6 tahun beli bangunan RM33 juta
Boram mempunyai lebih 30 juta pengikut di dua saluran YouTube miliknya.