Surau yang dijadikan lokasi ritual penganut Buddha di sebuah resort di Tanjung Sutera akan dirobohkan selepas siasatan berhubung perkara itu selesai.
Selain dirobohkan, jawatankuasa fatwa negeri Johor juga akan bermesyuarat bagi memutuskan tindakan setimpal terhadap pengusaha resort berkenaan.
Dalam pada itu, Majlis Daerah Kota Tinggi turut mengeluarkan notis larangan menggunakan surau itu sepanjang tempoh 14 hari yang berkuatkuasa jam 2.00 petang pada Selasa.
Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Datuk Noh Gadut berkata, surau berkenaan kini menjadi barang kes sehingga pihak polis menyelesaikan prosedur siasatan mereka.
“Bila barang kes memang macam tu lah. Barang kes memang dijaga sebab ni boleh berlaku segala-galanya... barang kes dijaga oleh pihak polis dan RELA pun ada semalam. Ada kemungkinan besar akan dirobohkan... kemungkinan besar akan roboh,” katanya kepada pemberita.
Jelas Noh, setelah siasatan polis, pihaknya akan mengambil alih kes mengikut prosedur yang ditetapkan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di Pusat Islam Iskandar.
Terdahulu, Noh mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi.
Polis Johor menerima enam laporan berhubung kes penyalahgunaan surat di Resort Tanjung Sutera, Tanjung Sedili Besar, Kota Tinggi.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pasukan khas yang diketuai timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Ismail Yatim akan menyiasat kesemua laporan berhubung kes itu.
Dalam pada itu, polis Johor meminta orang ramai terutama pengendali blog menghentikan spekulasi berkaitan penyalahgunaan surau terbabit.
Polis turut mengatur pertemuan dengan masyarakat setempat bagi mengelak keadaan tegang berlaku berikutan timbul pelbagai spekulasi berhubung perkara itu.
Astro Awani
Wed Aug 14 2013
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Tiga ahli GISB didakwa eksploitasi manusia, amang seksual
Tiga ahli yang mempunyai kaitan dengan GISB dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atas pertuduhan ekspolitasi dan amang seksual fizikal.
Dua maut kemalangan empat kenderaan di Kota Tinggi
Menurut polis, MPV yang hilang kawalan telah melanggar motosikal sebelum penunggang dan penumpang belakang Xpander tercampak ke bahu jalan.
Mangsa kedua hilang di Pantai Batu Layar ditemukan lemas
Seorang lagi lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Batu Layar di Kota Tinggi semalam, ditemukan lemas pagi tadi.
Pekerja kilang didakwa miliki bahan berkaitan kumpulan Daesh
Seorang pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atas dua pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh.
Gelap mata untung lumayan, warga emas rugi RM412,500
Lelaki warga emas itu melakukan beberapa transaksi berjumlah RM412,500 kepada empat akaun berbeza baru-baru ini bagi menerima pulangan dan keuntungan berkenaan.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Pengawal keselamatan maut nahas tiga kenderaan
Kejadian pada jam 9.30 malam itu melibatkan motosikal jenis Honda dengan kereta Proton Saga FL dan Narza Forte.
Tunku Mahkota Ismail berangkat ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang, Kota Tinggi hari ini.
Banjir: Lima hari tenggelam, bandar Kota Tinggi kembali ‘hidup’
Selepas lima hari tenggelam, pusat bandar Kota Tinggi kembali hidup pada Sabtu dengan operasi perniagaan mula kembali rancak.
Situasi banjir di Kota Tinggi makin pulih, masuk fasa pascabanjir
Sukarelawan dan NGO berminat perlu terlebih dahulu mendaftar dengan pusat kawalan operasi banjir di Dewan Jubli Intan untuk tujuan penyelarasan.