SHAH ALAM: Usul menjunjung kasih kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada hari kedua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kecoh berhubung surat baginda kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Danial Al Rashid Haron Aminar Rashid berkata, dua ADUN pembangkang dari Ijok dan Paya Jaras semasa menjunjung titah Sultan Selangor tidak menyentuh langsung mengenai surat yang baharu dikeluarkan Sultan Selangor kepada Abdul Hadi pada Khamis.
"Dalam surat ini menyentuh kenyataan Abdul Hadi bukan saja mengelirukan dan boleh membawa kegelisahan yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan kepada perpaduan umat Islam khususnya dalam kalangan orang Melayu," katanya semasa usul menjunjung titah Sultan Selangor semasa sidang DUN Selangor pada Khamis.
Danial Al Rashid memberitahu, perkara itu dianggap serius dan perlu diambil berat oleh semua ADUN sama ada kerajaan atau pembangkang.
Perkara dibangkitkan Danial Al Rashid itu kemudian disambut ADUN Seri Serdang, Abbas Salimmi Che Adzmi yang mencelah dan meminta ADUN Paya Jaras, Datuk Dr Halim Tamuri memberi penjelasan berhubung surat Sultan Selangor kepada Abdul Hadi.
"Kalau kita lihat daripada surat yang tular pada hari ini daripada istana dialamatkan kepada Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor yang juga ADUN Paya Jaras.
"Kita sering menyebut tentang kita menjunjung titah dan sayang kepada tuanku, tetapi pada hari ini apabila tuanku menitahkan sesuatu, tetapi ada pihak tertentu cuba menidakkan atau meremehkan titah baginda.
"Setuju atau pun tidak, (ADUN) Batu Tiga, kepada yang menerima surat ini memberi penjelasan segera tentang isu yang sedang tular pada hari ini," ujar beliau.
Danial Al Rashid kemudiannya memberi ruang kepada Halim untuk menjawab dan menjelaskan isu surat terbabit.
Bagaimanapun, Halim hanya berterima kasih dan menyerahkan perkara itu kepada Sultan Selangor dan Abdul Hadi.
Situasi itu seterusnya menimbulkan kekecohan apabila beberapa ADUN kerajaan dan pembangkang bangkit dengan menyuarakan pandangan masing-masing.
ADUN Taman Medan, Dr Afif Bahardin memberitahu, surat Sultan Selangor itu dihantar kepada Abdul Hadi dan ia tiada kena mengena dengan sidang DUN Selangor.
"Surat itu sudah dijawab kepada tuanku. Kenapa hendak tanya lagi?. Perbahasan kita tentang titah tuanku dalam DUN Selangor," ujar beliau.
Kekecohan kira-kira lima minit itu akhirnya ditenangkan Timbalan Speaker DUN Selangor, Mohd Kamri Kamarudin.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' pada 20 Februari lalu.
Kenyataan Abdul Hadi itu dipercayai ditujukan kepada alim ulama, para peguam, hakim, Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 29 2024

Sidang DUN Selangor kecoh selepas beberapa ADUN kerajaan dan pembangkang membangkitkan surat Sultan Selangor kepada Abdul Hadi. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Surat Sultan Selangor kepada Abdul Hadi gamatkan sidang DUN
Usul menjunjung kasih kepada Sultan Selangor pada sidang DUN Selangor kecoh berhubung surat baginda kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Sultan Selangor mahu sidang DUN berlangsung tertib
Sultan Selangor mahu suasana perdebatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu berlangsung dengan tertib dan mengikut peraturan.

Kerajaan Selangor dicadang angkat semula projek terusan, atasi masalah banjir
Projek berkenaan adalah pembinaan satu terusan besar sepanjang 17 kilometer yang menghubungkan dua tasik di Daerah Petaling dan Kuala Langat.

Isu pengangkutan awam kawasan luar bandar di Selangor perlu diselesaikan
ADUN BN Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad berkata, kerajaan Selangor hanya memfokus soal pengangkutan awam di bandar dan mengabaikan pengguna kawasan luar bandar.