Fenomena 'Supermoon' atau bulan penuh Perigee yang dapat dilihat pada Isnin ini dijangka menyebabkan air pasang setinggi 3.2 meter di pesisir pantai Johor Bahru selang dua hari kemudian.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata semua pihak termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah bersiap sedia menghadapi keadaan itu.
"Air pasang sekitar 3.2m ini dijangkakan berlaku pada 16 dan 17 November, namun paras air tidak setinggi pada 16 hingga 20 Oktober lalu yang mencecah 3.8m," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Ayub berkata maklumat mengenai keadaan itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, dan penduduk diminta tidak mendengar sebarang khabar angin yang disebarkan di laman sosial.
Fenomena 'Supermoon' berlaku apabila bulan berada di kedudukan paling hampir dengan bumi, membuatkan saiz bulan seolah-olah lebih besar daripada biasa.
Ia pernah berlaku pada 6 Mei 2012 diikuti pada 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan seterusnya pada 28 September 2015.
--BERNAMA
Bernama
Sun Nov 13 2016

Air pasang sekitar 3.2m ini dijangkakan berlaku pada 16 dan 17 November di pesisir pantai Johor Bahru. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Ombak besar, air pasang: Semakin ramai mangsa berpindah ke PPS
Di daerah Kemaman, seramai 285 mangsa daripada 73 keluarga berlindung di dua pusat pemindahan sementara.

PPS Sungai Bedaun dibuka selepas hujan bertembung air pasang
Sebanyak 14 keluarga yang mendiami 12 buah rumah telah diarahkan berpindah, apabila air telah memasuki ruangan di dalam rumah.

Pencari siput ditemui lemas selepas 12 jam hilang
Mayat mangsa ditemui oleh penduduk kampung sekitar jam 1.49 pagi pada Isnin, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Pulang dari bercuti, fenomena air pasang sumbang peningkatan mangsa banjir di PPS
Walaupun hujan sudah berkurangan dan cuaca semakin baik, jumlah mangsa banjir di negeri Kedah terus meningkat.

Polis Marin rampas RM1.37 juta rokok seludup di Kota Tinggi
PPM Wilayah Dua merampas sejumlah 5,535 karton rokok putih dan kretek seludup bernilai lebih RM1.37 juta selepas menyerbu sebuah pondok di Pantai Bio Desaru, Kota Tinggi pada 7 Mei lepas.

Empat kanak-kanak mati lemas ketika memancing
Empat kanak-kanak maut dalam sebuah kejadian air pasang yang berlaku di sebuah pantai di Quebec pada Sabtu.

Banjir dan air pasang, penduduk Batu Pahat diminta berjaga-jaga
Penduduk di daerah ini diminta berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan susulan banjir yang masih belum reda dan fenomena air pasang yang dijangka berlaku sehingga Ahad ini.

Air pasang luar biasa di Tanjung Aru, 11 rumah terjejas, 2 roboh dilanda ombak
Susulan itu, polis mengarahkan kesemua penduduk yang terkesan agar mengosongkan kediaman dan berpindah ke tempat selamat.

Banjir: Mangsa di Bagan Datuk berdepan fenomena air pasang besar pula
Selepas menghadapi banjir termenung atau banjir genang, mangsa di Daerah Bagan Datuk kini berdepan pula dengan fenomena air pasang besar.

Banjir Langkawi: 1 PPS dibuka malam ini tempatkan 37 mangsa
Seramai 37 mangsa banjir di langkawi ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Syifa, di Padang Mat Sirat di sini, malam ini.