ISKANDAR PUTERI:Ledakan alga melibatkan keluasan kira-kira 20 kilometer dari Sungai Melayu sehingga ke perairan Pendas yang mencetuskan kebimbangan komuniti nelayan pada 11 Nov lalu kini pulih sepenuhnya berikutan faktor air pasang besar dan hujan hampir setiap hari sejak kebelakangan ini.
Pengarah Perikanan Negeri Johor Noraishah Hashim berkata hasil kajian kualiti air yang diambil pada 16 Nov lalu juga kembali normal berbanding bacaan pertama iaitu pada 12 Nov yang menunjukkan terdapat kandungan nitrat dan fostat yang tinggi.
Katanya, hasil kajian juga menunjukkan bahawa alga jenis diatom itu adalah merupakan spesis 'Guinardia', iaitu spesis yang tidak bertoksik kepada hidupan akuatik seperti ikan, ketam dan kerang-kerangan.
"Hasil daripada pemerhatian, kita dapati perairan ini telah pulih kepada keadaan asal... iaitu tiada lagi kelihatan ledakan alga (plankton).
"Perubahan ini dapat dilihat dalam masa dua hingga tiga hari selepas sampel pertama air diambil iaitu pada 12 Nov lalu.
"Saya boleh simpulkan keadaan ini telah pulih sepenuhnya," katanya kepada pemberita di Kampung Sungai Melayu, di sini, hari ini.
Noraishah berkata pihaknya juga tidak lagi menerima aduan daripada nelayan setempat berhubung perkara itu.
Beliau berkata kebarangkalian kejadian ledakan alga berlaku adalah bergantung kepada kandungan nutrien yang terdapat dalam perairan.
"Sekiranya berlaku sekali lagi pengkayaan nutrien di perairan ini, ia akan berlaku lagi. Ini disebabkan alga itu memang ada di perairan ini cuma ia akan berlaku ledakan atau tidak bergantung kepada nutrien-nutrien yang terdapat di perairan," katanya.
Pada 13 Nov lalu, pihaknya telah turun padang melakukan tinjauan berikutan aduan komuniti nelayan serta penduduk di Kampung Sungai Melayu tentang kemunculan tompokan hijau seperti lumut terapung di permukaan air di tepi sungai, yang didakwa menimbulkan bau busuk, hanyir, serta menyebabkan kegatalan jika terkena pada kulit.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 29 2020

Hasil kajian menunjukkan bahawa alga jenis diatom itu adalah merupakan spesis 'Guinardia', iaitu spesis yang tidak bertoksik kepada hidupan akuatik seperti ikan, ketam dan kerang-kerangan. -Bernama

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan zakat harta dan fitrah sebanyak RM208 juta sepanjang Ramadan ini.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.

Sarawak tarik minat Jepun, penuhi agenda AZEC urus tenaga lestari
Perwakilan Jepun pernah menyatakan hasrat menjalin kerjasama dari sudut teknologi dengan memanfaatkan sumber semulajadi yang kaya di Sarawak.

Sarawak bakal komersialkan Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) daripada alga
Jelas Abang Johari Sarawak mempunyai masa depan yang cerah dari segi pengeluaran SAF kerana mempunyai syarat yang sesuai untuk mengeluarkan minyak mentah.

Sungai Melayu pulih sepenuhnya daripada ledakan alga
Ledakan algae melibatkan keluasan kira-kira 20 kilometer dari Sungai Melayu sehingga ke perairan Pendas yang mencetuskan kebimbangan komuniti nelayan pada 11 Nov lalu kini telah pulih sepenuhnya.

Tompokan lendir busuk ancam mata pencarian nelayan Kampung Melayu
Tompokan hijau yang dipercayai terhasil akibat pencemaran itu turut dikesan di sepanjang Sungai Tebrau, muara Sungai Melayu dan kawasan jeti Sungai Melayu.

Jangan takut makan ikan, kerang, HAB hanya di Selat Tebrau Timur - Perikanan Johor
Menurut Pengarah Perikanan negeri Johor Noraishah Hashim, HAB tidak berlaku di keseluruhan perairan Negeri Johor.

Alga 'bersinar': Potensi unik sumber tenaga yang boleh diperbaharui
Ini adalah salah satu potensi kegunaan alga sebagai sumber tenaga yang dikaji oleh Profesor Universiti Malaya (UM) Phang Siew Moi kepada AWANI REVIEW.

Mikroalga mampu selamatkan pencemaran bauksit di Kuantan?
Mikroorganisma mikroalga dilihat sebagai potensi besar untuk mengawal kesan pencemaran bauksit di Kuantan dengan menggunakan proses biopemulihan.