Ketua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican menerima Anugerah Khas Tokoh Kemanusiaan dan Kebajikan serta Tokoh NGO Antarabangsa atas sumbangan berterusan 20 tahun membantu fakir miskin di Kemboja.
Pengiktirafan tersebut diberikan penduduk Kampung Pak Phou Steam, Daerah Kampung Cham dan NGO Muslim Kemboja dalam majlis yang dihadiri kira-kira 300 penduduk kampung itu bagi menghargai usaha Mustapha yang telah berusaha membangunkan fasiliti dan pendidikan penduduk kampung itu.
Mustapha dalam kenyataannya berkata beliau menghargai penghormatan yang diberikan penduduk kampung itu dan tidak menjangkakan akan diberi pengiktirafan tersebut.
"Saya bermula di sini sejak tahun 1999 apabila saya datang ke Kemboja dan projek utama saya adalah membina perigi untuk penduduk mendapatkan air bersih. Waktu itu kehidupan amat sukar, mereka (penduduk) di sini miskin dan yang menjadi keutamaan untuk kesihatan ialah air.
"Kemudiannya saya membina masjid, sekolah, surau dan melakukan pelbagai aktiviti lagi. Saya amat terharu atas penghormatan ini dan (penghargaan) ini bukan buat saya, tetapi buat rakyat Malaysia yang prihatin," katanya.
Mustapha turut merakamkan terima kasih kepada rakyat Malaysia khususnya penderma atas sumbangan yang diberikan bagi membolehkan beliau melaksanakan kerja kebajikan tersebut.
Sementara itu, Ketua Kampung, Yusof Saleh ketika berucap pada majlis itu berkata Mustapha banyak membantu dan mencurahkan idea bagi pembangunan kampung itu dari segi pendidikan, ekonomi dan pentadbiran tanpa mengira agama dan bangsa.
"Mustapha merupakan NGO dari luar (negara luar) yang bergerak secara solo dari Malaysia yang bekerjasama dengan NGO tempatan dan penduduk sehingga berjaya membina lima buah masjid, tiga sekolah tahfiz, berpuluh-puluh surau dan ratusan telaga.
"Bantuan kebajikan juga diberikan kepada anak anak yatim, fakir miskin, mualaf dan orang tua yang daif," katanya.
Mustapha sebelum ini menerima medal Mohasereivoith yang merupakan anugerah tertinggi yang disampaikan kerajaan Kemboja menerusi Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen kepada orang luar Januari tahun lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 01 2019
Mustapha (kanan) bergambar bersama wakil penduduk kampung selepas menerima Anugerah Khas Tokoh Kemanusiaan dan Kebajikan di Kampung Pak Phou Kemboja, 1 Jan, 2019. --fotoBERNAMA
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek