Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) cawangan Kelantan dan Terengganu akan mengedarkan 50,000 keping borang permohonan untuk bekas tentera tidak berpencen di kedua-dua negeri itu mulai esok.
Pengarah JHEV Cawangan Kelantan dan Terenganu, Mejar Abu Bakar Siddik Sulaiman berkata pihaknya menganggarkan terdapat kira-kira 12,000 bekas tentera tidak berpencen di Terengganu dan 32,000 orang di Kelantan.
"Namun, jumlah sebenar hanya diketahui apabila mereka ini tampil untuk mendapatkan borang permohonan yang akan melayakkan mereka menerima sumbangan RM1,000 seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini.
"Sehubungan itu, jabatan berharap agar semua bekas tentera tidak berpencen ini supaya mengambil borang yang mula dikeluarkan esok dan tamat pada 30 Nov ini," katanya.
Menerusi pengumuman Perdana Menteri itu, sebanyak RM234.5 juta dijangka diagihkan kepada 234,500 bekas tentera tidak berpencen di seluruh negara mulai tahun depan.
Dari jumlah itu, seramai 224,000 adalah bekas tentera anggota tetap, 10,000 bekas tentera anggota sukarelawan dan 500 tentera yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan dengan ATM mulai 1 Oktober hingga 31 Dis ini.
Abu Bakar Siddik berkata bantuan yang diberi kerajaan itu adalah pertama kali dinikmati golongan bekas tentera tidak berpencen di negara ini.
"Dalam perkhidmatan ATM, seseorang tentera itu layak menikmati pencen setelah berkhidmat, namun ada juga yang berhenti atas sebab-sebab tertentu antaranya mencari pekerjaan di tempat lain atau ada yang bertugas di jabatan kerajaan lain.
"Mereka ini tidak layak menikmati pencen, namun sumbangan yang diberi kerajaan menunjukkan keprihatinan pihak berkuasa terhadap mereka supaya kebajikan tidak terabai," katanya.
Sehubungan itu, bekas tentera tidak berpencen di kedua-dua negeri itu boleh mendapatkan borang di tujuh kem tentera di Kelantan dan empat kem tentera di Terengganu, pejabat cawangan JHEV setiap daerah dan melalui laman web www.jhev.gov.my mulai esok.
Selain sumbangan itu, JHEV yang berfungsi menjaga kebajikan bekas tentera turut mempunyai beberapa bentuk bantuan seperti bantuan sara hidup, persekolahan anak, kemasukan anak ke institut pengajian tinggi, peralatan pesakit seperti kerusi roda dan kaki palsu serta bantuan untuk bencana alam seperti banjir dan ribut.
Bernama
Wed Oct 31 2012
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Pengisian borang permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) percuma - LHDN
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima aduan mengenai adanya pihak tertentu yang mengenakan bayaran bagi khidmat pengisian borang permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Bukan warganegara dikehendaki bayar caj kuarantin di pintu masuk antarabangsa - Nadma
Kerajaan mengeluarkan arahan bagi individu bukan warganegara untuk membuat bayaran caj kuarantin di PMA, termasuk caj pengurusan/pentadbiran sebaik ketibaan.

Rentas negeri: Mohon jika perlu, usah beri alasan remeh - Polis
Arifai berkata pihaknya akan mempertimbangkan permohonan rentas negeri yang membabitkan ahli keluarga yang sakit tenat dan alasan lain yang dianggap munasabah.

PRK Chini: Calon BN, dua calon bebas serah borang
Calon bebas yang juga aktivitis, Mohd Syukri Mohd Ramli, 49, tiba pada jam 8.30 pagi bersama seorang penyokong dan pencadang.

ADUN Johor tak hantar borang isytihar harta boleh kena tindakan disiplin
ADUN Johor diminta memaklumkan kepada Dewan Undangan Negeri secara rasmi (bersurat) sekiranya memerlukan masa untuk menghantar borang pengisytiharan harta atau boleh dikenakan tindakan disiplin.

SPR teliti cadangan tidak had hari penamaan calon
Cadangan itu, bagaimanapun, akan mengambil masa untuk direalisasikan kerana ia melibatkan pindaan peruntukan undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya sedia ada.

Rina Harun akan bertanding di bahagian Sepang dalam pemilihan Bersatu
Menteri Pembangunan Luar Bandar itu bagaimanapun enggan mendedahkan mengenai jawatan yang akan ditandinginya.

Kampung Baru: 90 peratus penduduk yang serah borang setuju dengan tawaran kerajaan
Khalid turut menegaskan, kadar yang ditawarkan kerajaan adalah berpandukan kepada penilaian yang ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

Dalang edar borang beri kad pengenalan kepada PATI disiasat
Beliau berkata dakwaan kononnya pengedaran borang itu adalah atas restu beliau berdasarkan jawatan yang dipegangnya adalah fitnah daripada pihak tertentu, untuk mencemar nama baik parti Warisan.

Pemilihan PKR 2018/21 bermula
Proses pencalonan bagi Pemilihan PKR penggal 2018-2021 bermula hari ini dengan proses penyerahan borang bermula pukul 9 pagi, dan dijadualkan tamat pada 5 petang nanti.