Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti cadangan supaya hari penamaan calon untuk mana-mana pilihan raya kelak tidak dihadkan hanya pada satu hari sahaja dan prosesnya dilaksanakan secara dalam talian.
Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun berkata cadangan itu, bagaimanapun, akan mengambil masa untuk direalisasikan kerana ia melibatkan pindaan peruntukan undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya sedia ada.
''Kita nak berbuat demikian tetapi masalahnya ialah kerangka undang-undang sekarang ini penamaan calon hanya satu hari dan satu jam sahaja dari pukul 9 pagi hingga pukul 10 pagi, kemudian pengumuman dijangka pada pukul 11 pagi.
"Jadi sekarang penamaan calon tidak boleh dibuat secara online (dalam talian) lagi kerana di bawah kerangka undang-undang sedia ada calon atau pencadang atau penyokong mesti membawa 'hard copy' borang pencalonan berkenaan.
"Oleh itu, kita sedang meneliti cadangan tersebut dan mengambil masa lama kerana kita kena pinda undang-undang dan peraturan ini," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di pejabatnya, baru-baru ini.
Cadangan memanjangkan hari dan tempoh masa menghantar borang pencalonan dan pencalonan dalam talian di masa depan diutarakan oleh pelbagai pihak berikutan penularan wabak COVID-19, yang sekali gus menyaksikan Malaysia kini bergerak ke arah normal baharu dalam menghadapi impak jangkitan virus itu.
Azhar Azizan berkata dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan sebelum ini, SPR membenarkan calon mendapatkan borang pencalonan lebih awal bagi memudahkan proses dan urusan pada hari penamaan calon.
"Kita menggalakkan calon pergi ke pejabat pilihan raya negeri untuk mengisi borang tersebut dan membayar deposit lebih awal serta semak borang-borang tersebut supaya semuanya betul.
"Jadi pada hari penamaan calon ia hanya formaliti sahaja, calon hanya datang dan serahkan borang kepada pegawai pengurus pilihan raya untuk disemak. Selepas semuanya diterima, calon tersebut layak untuk bertanding dalam pilihan raya yang diadakan itu," katanya.
Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini di Pahang akan menjadi yang pertama diadakan ketika negara menghadapi pandemik COVID-19.
SPR menetapkan tarikh hari penamaan calon pada 20 Jun dan pengundian awal diadakan 30 Jun, manakala hari mengundi pada 4 Julai.
PRK Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 31 2020
AZHAR: Sekarang penamaan calon tidak boleh dibuat secara online lagi kerana di bawah kerangka undang-undang sedia ad,a calon atau pencadang atau penyokong mesti membawa 'hard copy' borang pencalonan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (1 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas 1 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 1 Februari 2025
1️⃣ Amaran ribut petir, hujan lebat
2️⃣ NADMA diminta terus pantau kesiapsiagaan
3️⃣ Tiga warga Israel, 183 Palestin dibebaskan
#awaniringkas
1️⃣ Amaran ribut petir, hujan lebat
2️⃣ NADMA diminta terus pantau kesiapsiagaan
3️⃣ Tiga warga Israel, 183 Palestin dibebaskan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Amaran ribut petir, hujan lebat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Remaja ditemukan lemas di Lata Tebing Tinggi
Setibanya anggota pasukan daripada BBP Selama di lokasi kejadian, didapati mangsa telah dijumpai orang awam.
Polis giat buru tiga suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta supaya tampil menghubungi pihak polis.
Venezuela dijangka benarkan AS hantar pulang rakyatnya yang merupakan pendatang tanpa izin
Pada Jumaat, Presiden Venezuela Nicolas Maduro bertemu dengan utusan khas Presiden AS Donald Trump, Richard Grenell di Caracas.
Wakil Malaysia menang dua anugerah pada pertandingan Mrs World 2024
Dr Shalini Devi merangkul gelaran Best Costume Award dan Mrs World Ambassador Award pada pertandingan itu.
2,800 anggota TDM siap siaga bantu mangsa banjir di Sarawak dan Sabah
Ketika ini, formasi 1 Divisyen di Sarawak dan 5 Divisyen di Sabah telah digerakkan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir.
AWANI 7:45 [1/2/2025] – NADMA tingkat kesiapsiagaan| Rakam keterangan sembilan saksi| Akta perhutanan negara| Periuk api depan rumah
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Kesan banjir di Sabah dan Sarawak luar biasa dibawa ke Kabinet
-Tiga suspek rempuh orang ramai dikenal pasti, masih di Lembah Klang
-Lebih banyak Hutan Simpan Kekal di kawasan bandar
-Siapa Presiden Syria? Rakyat lebih bimbang periuk api
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Kesan banjir di Sabah dan Sarawak luar biasa dibawa ke Kabinet
-Tiga suspek rempuh orang ramai dikenal pasti, masih di Lembah Klang
-Lebih banyak Hutan Simpan Kekal di kawasan bandar
-Siapa Presiden Syria? Rakyat lebih bimbang periuk api
Speaker ada 21 hari isytihar kekosongan kerusi selepas terima notis - Azhar
Tempoh 21 hari itu bermula apabila Speker menerima notis berhubung pengguguran keahlian parti terhadap mana-mana Ahli Parlimen.
Johari Abdul dari kerusi Parlimen ke Speaker
Johari bukan sahaja berpengalaman dalam bidang politik tetapi juga mahir dalam selok-belok pentadbiran kerajaan.
Wan Junaidi nafi isi jawatan Speaker Dewan Rakyat
Wan Junaidi menafikan dirinya akan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun.
Azhar sah kosongkan kerusi Speaker
Setiausaha Dewan Rakyat akan terlebih dahulu memanggil Ahli Parlimen untuk bersidang sebelum proses pemilihan Speaker baharu dibuat.
PRU15: Ketua parti diminta serah SD sokong calon Perdana Menteri - Azhar
Dokumen tersebut perlu diserahkan ke Istana Negara selewat-lewatnya esok (21 November) sebelum pukul 2 petang.
Saya pernah dipanggil 'barua', tapi saya tak ambil secara peribadi - Azhar Harun
Pengalaman tiga dekad sebagai peguam memudahkan beliau menggalas tugas sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Azhar tidak hasrat tanding PRU15
Penyandang Speaker Dewan Rakyat menegaskan, tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik.
Persidangan Dewan Rakyat batal selaras pembubaran parlimen - Azhar Azizan
Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 yang sebelum ini dijadual bersidang selama 32 hari, dibatalkan selaras dengan pembubaran Parlimen.
Speaker Parlimen Turkiye lakukan kunjungan hormat ke Parlimen
Speaker Parlimen Turkiye Prof Dr Mustafa Sentop mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun.
Laporan Parlimen perlu lebih adil, tepat, elak disensasi - Azhar Azizan
Media perlu lebih memahami peraturan dan perjalanan persidangan Parlimen bagi membolehkan laporan dibuat secara lebih menyeluruh sekali gus menyampaikan mesej yang tepat kepada masyarakat.