KUALA LUMPUR: Tawaran sumbangan dua juta dos vaksin COVID-19 Sinovac kepada kerajaan Pulau Pinang merupakan satu penipuan, menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Dalam satu sidang media hari ini, Khairy mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang memohon Kerajaan Persekutuan meluluskan sumbangan vaksin tersebut dari sebuah syarikat swasta untuk kegunaan rakyat negeri itu.
Menurut Khairy, surat tawaran kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikirimkan oleh seorang individu bernama Yong Chee Kong dari Kota Kinabalu, Sabah yang mendakwa sebagai Pengarah Urusan di Syarikat Xintai Development Enterprise Ltd yang berpangkalan di Hong Kong.
Selepas melakukan semakan dengan Syarikat Sinovac Biotech Ltd., Khairy bagaimanapun mendapati bahawa urusan pembelian vaksin antara individu bernama Yong Chee Kong dan syarikat Sinovac tidak pernah berlaku.
“Selepas membuat pengesahan bersama pihak Sinovac di China, saya nak mengumumkan bahawa tiada apa-apa bukti atau dokumen mahupun permohonan telah diterima daripada mana-mana wakil syarikat tersebut berhubung sumbangan yang dimaksudkan.
“This is a scam. This is bogus,” tegas Khairy.
“Saya telah melaksanakan semakan ke atas Syarikat Xintai Development Enterrise Ltd. dan semalam kami mendapati bahawa syarikat ini tidak wujud.”
Malah, surat tawaran bagi menyumbang 2 juta dos vaksin COVID-19 turut pernah dibuat oleh individu yang sama pada 9 Februari lalu.
Namun, dakwa Khairy, semakan oleh kakitangannya ketika itu juga mendapati sumbangan vaksin berkenaan adalah berdasarkan surat palsu.
Sehubungan itu, beliau akan meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 untuk membuat laporan polis bagi mengetahui identiti individu bernama Yong Chee Kong itu.
Dalam masa yang sama, Khairy turut mengingatkan Chow Kon Yeow dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng supaya tidak mempolitikkan vaksin serta melakukan semakan mendalam dan secara teliti sebelum membuat dakwaan berhubung vaksin.
“Saya telah memaklumkan kepada Lim Guan Eng dan Chow Kon Yeow pagi tadi supaya tidak mempolitikkan Program Imunisasi COVID-19 kebangsaan. Ini adalah penipuan,” tegas Khairy.
Menurut Ahli Parlimen Rembau itu, beliau terbuka untuk dibuktikan salah dan menerima sumbangan vaksin sekiranya tawaran tersebut didapati sahih.
Selain itu, Khairy turut menjelaskan bahawa tiada urusan pembelian direkodkan daripada Yayasan Sekhar, sebuah pertubuhan yang dikaitkan dengan seorang ahli peniagaan tempatan ternama yang menuduh kerajaan telah menolak permohonan mereka untuk memberikan 200,000 dos vaksin secara percuma.
Nailah Huda
Wed May 19 2021

Khairy Jamaluddin turut mengingatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng supaya tidak mempolitikkan vaksin. - Foto Astro AWANI
Inisiatif Cegah Pembaziran Makanan Ramadan | Bersama Wan Emir Astar
Ramadan sering dikaitkan dengan peningkatan pembaziran makanan, terutama dari bazar dan hotel. Bagaimana ReMeal, sebuah inisiatif inovatif, berusaha mengurangkan pembaziran dengan memastikan lebihan makanan sampai kepada mereka yang memerlukan? Pengasas bersama ReMeal, Wan Emir Astar, berkongsi pendekatan unik mereka dalam menangani cabaran logistik, isu keselamatan makanan, serta peranan dasar kerajaan dalam menggalakkan sumbangan makanan. Saksikan perbincangan eksklusif ini untuk memahami bagaimana ReMeal membawa perubahan dalam menangani pembaziran makanan di Malaysia.
AWANI Ringkas: Akaun TikTok media tempatan digantung
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia mahu jayakan perjanjian ATIGA, DEFA
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
Keyakinan Perniagaan 2025: Apa Yang SME Perlu Tahu?
Keyakinan perniagaan di Malaysia meningkat sebanyak 3.2% pada suku pertama 2025, namun masih lebih rendah berbanding suku sebelumnya. Bersama Datuk William Ng, Pengerusi SAMENTA, kita membincangkan faktor yang mempengaruhi keyakinan sektor perniagaan, cabaran yang dihadapi oleh SME, serta strategi untuk terus berdaya saing dalam ekonomi yang tidak menentu.
Bursa Malaysia Merosot: Apa Punca & Jangkaan Pergerakan Pasaran?
Bursa Malaysia ditutup lebih rendah pada Khamis apabila pelabur mengambil pendekatan berhati-hati akibat ketidaktentuan luaran yang meningkat. FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.11 mata kepada 1,586.60. Bagaimana prestasi pasaran sepanjang minggu ini, sektor mana yang terkesan, dan apakah jangkaan pergerakan seterusnya? Ikuti analisis bersama Syed Muhammed Kifni dari MIDF Research.
AWANI Pagi: Caj hospital swasta 'melampau', apa solusi?
Susulan Kementerian Kewangan sahkan wujud kes hospital swasta caj tinggi pesakit guna GL, AWANI Pagi hari ini membincangkan bersama Persatuan Pengguna untuk mencari solusi berhubung isu tersebut

Pelajar tingkatan enam maut kereta jatuh gaung
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga berwarnah merah yang dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh dalam gaung berhampiran.

'Terima kasih TMJ, JDT untuk tujuh tahun'
Haziq Nadzli tidak lagi memegang status sebagai pemain pinjaman Harimau Selatan susulan dibenarkan beraksi berdepan JDT, Isnin lalu.
#AWANIRingkas 28 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 Februari 2025
1️⃣ MCMC panggil TikTok, Ketua Pengarang Isnin ini
2️⃣ Perpaduan kunci utama keamanan, kemakmuran
3️⃣ Putera Mahkota Arab Saudi berkenan hadir Sidang Kemuncak - Mohamad
#awaniringkas
1️⃣ MCMC panggil TikTok, Ketua Pengarang Isnin ini
2️⃣ Perpaduan kunci utama keamanan, kemakmuran
3️⃣ Putera Mahkota Arab Saudi berkenan hadir Sidang Kemuncak - Mohamad
#awaniringkas

'Arwah janji nak tamatkan acara rentas desa bersama tapi...'
Putra tidak menyangka janji yang dibuat pada pagi hari kejadian adalah pertemuan terakhir mereka sebelum mangsa dilaporkan meninggal dunia.

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.