SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar kerajaan negeri menyediakan pelan jangka panjang lebih komprehensif mencakupi aspek sekuriti bekalan makanan khususnya untuk rakyat negeri itu.
Baginda menasihatkan agar keutamaan diberikan kepada keseimbangan pengeluaran produk makanan industri dan pengeluaran hasil tani serta produk oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.
"Beta tidak mahu berlakunya sebarang gangguan terhadap sumber bekalan makanan untuk rakyat di negeri Selangor sedangkan negeri ini antara pengeluar signifikan pelbagai produk pertanian dan hasil ternakan.
"Paling penting, produk makanan yang dihasilkan haruslah berkualiti tinggi dan dipasarkan pada harga berpatutan demi kelangsungan hidup rakyat," titah baginda menerusi hantaran Facebook Selangor Royal Office hari ini.
Susulan itu, Sultan Selangor menyeru Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) agar melaksanakan kajian ke arah penghasilan produk hasil tani dan ternakan yang lebih bermutu dan memastikan bekalannya sentiasa mencukupi.
Baginda turut tertarik dengan pelbagai hasil pertanian menggunakan teknologi terkini dan turut diusahakan secara kecil-kecilan oleh rakyat, namun memiliki potensi pemasaran yang tinggi serta menggesa mereka menggiatkan aktiviti bercucuk tanam malah mengusahakan ternakan supaya dapat menikmati hasilnya untuk manfaat sendiri dan keluarga.
Terdahulu, Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang semalam.
Turut berkenan berangkat Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022
![Sultan Selangor titah kerajaan negeri sedia pelan hasil tani lebih komprehensif Sultan Selangor titah kerajaan negeri sedia pelan hasil tani lebih komprehensif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660112903_SelangorRoyalOffic.jpg)
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke MAHA 2022 pada Selasa. Turut berangkat Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. - Foto Facebook Selangor Royal Office
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
![Sultan Selangor, Tengku Permaisuri lawat Yayasan Tun Jugah Sultan Selangor, Tengku Permaisuri lawat Yayasan Tun Jugah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719649387_TBSultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri lawat Yayasan Tun Jugah
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan melawat Tekstil, Muzium dan Galeri Yayasan Tun Jugah di Kuching hari ini.
![Sultan Selangor perkenan terima menghadap Hamidin selepas 7 Julai Sultan Selangor perkenan terima menghadap Hamidin selepas 7 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719632399_HamidinMohdAmin.jpg)
Sultan Selangor perkenan terima menghadap Hamidin selepas 7 Julai
Sultan Selangor perkenan terima menghadap Hamidin selepas 7 Julai
![MFL kurangkan hukuman Selangor FC: 'Nasi sudah jadi bubur' - Penganalisis MFL kurangkan hukuman Selangor FC: 'Nasi sudah jadi bubur' - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719632758_ZainalAbidinRawop.jpg)
MFL kurangkan hukuman Selangor FC: 'Nasi sudah jadi bubur' - Penganalisis
TINDAKAN Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membuat pusingan u mengurangkan hukuman dengan membatalkan dua tindakan yang dikenakan ke atas Selangor FC dilihat sebagai nasi sudah menjadi bubur.
![MFL perlu konsisten, nyatakan rasional hukuman - Pemerhati MFL perlu konsisten, nyatakan rasional hukuman - Pemerhati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719570981_TBPekanRamli.jpg)
MFL perlu konsisten, nyatakan rasional hukuman - Pemerhati
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) perlu konsisten dengan hukuman serta menyatakan rasional di sebalik setiap keputusan dibuat.
![Selangor FC belum fail rayuan ke MFL, hanya akan buat rayuan terhadap keputusan baharu Selangor FC belum fail rayuan ke MFL, hanya akan buat rayuan terhadap keputusan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719490820_selangorfc.jpg)
Selangor FC belum fail rayuan ke MFL, hanya akan buat rayuan terhadap keputusan baharu
The Red Giants hanya akan membuat rayuan terhadap keputusan yang telah dipertimbangkan semula oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL.
![MFL batal dua hukuman terhadap Selangor FC MFL batal dua hukuman terhadap Selangor FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719486442_MalaysianFootballL.jpg)
MFL batal dua hukuman terhadap Selangor FC
Begitupun, bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL dikekalkan.
![Hamidin mohon menghadap Sultan Selangor Hamidin mohon menghadap Sultan Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719368015_HamidinMohdAmin.jpg)
Hamidin mohon menghadap Sultan Selangor
Hamidin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun akan menjelaskan berhubung kemelut yang melanda bola sepak tanah air pada masa ini.
![Sultan Selangor murka keputusan MFL, kecewa dengan FAM, Presiden FAM Sultan Selangor murka keputusan MFL, kecewa dengan FAM, Presiden FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719388113_TBSultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor murka keputusan MFL, kecewa dengan FAM, Presiden FAM
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan keputusan Malaysian Football League (MFL) yang mengenakan beberapa denda terhadap pasukan Selangor FC.
![JAIS arah tangguh ceramah Ustaz Don JAIS arah tangguh ceramah Ustaz Don](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719313668_UstazDonDaniyal.jpg)
JAIS arah tangguh ceramah Ustaz Don
Semua agensi, masjid, surau, dan musollah di Selangor telah diarah supaya tidak menjemput pendakwah Ustaz Don Daniyal untuk mengajar, memberi apa-apa ceramah berkaitan agama Islam di premis mereka.