Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita terhadap tindakan Anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa, yang didakwa mencemarkan kesucian Masjid An Nur Kampung Melayu Subang dekat sini, apabila memberi ceramah berkaitan politik di masjid itu, Rabu lepas.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya secara peribadi oleh baginda sendiri.
"Tuanku sebelum ini telah melahirkan rasa murka dan dukacita berhubung perkara itu menerusi Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.
"...dan hari ini(Selasa) baginda sekali lagi melahirkan rasa teramat murka (berhubung tindakan Sivarasa) kepada saya pada majlis berbuka puasa tadi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Kampung Sementa, Kapar di sini, yang disempurnakan oleh Sultan Sharafuddin.
Haris berkata pihak JAIS telah memanggil nazir masjid berkenaan pada Jumaat lepas untuk memberi penjelasan berhubung kejadian itu dan telah menyembahkan laporan itu kepada baginda, pada Isnin.
Menurutnya, setelah meneliti laporan tersebut Sultan Selangor menyifatkan tindakan nazir serta penganjur seolah-olah tidak menghormati titah baginda yang melarang ruang masjid digunakan untuk aktiviti politik.
"Baginda Sultan turut menitahkan JAIS mengambil tindakan segera terhadap nazir serta pihak penganjur.
"Kita meminta nazir berkenaan memberi surat tunjuk sebab dalam minggu ini juga mengapa beliau membenarkan Sivarasa berucap di dalam masjid dan kita akan lihat tindakan bersesuaian yang boleh diambil sama ada amaran, gantung jawatan atau dipecat," katanya.
Haris berkata beliau difahamkan nazir masjid berkenaan tidak mempunyai pengetahuan berhubung kehadiran Sivarasa pada program penyerahan sumbangan moreh masjid itu, dan pihaknya juga difahamkan tiada sebarang ceramah dijadualkan dalam program tersebut.
Rabu lepas, Sivarasa dilaporkan memasuki masjid itu sebagai mewakili Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sebelum didakwa menyampaikan ceramah berkaitan politik ketika berada di dalam dewan solat.
Beberapa gambar kehadiran wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut tersebar sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pelbagai pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2017
Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita terhadap tindakan Anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa, yang didakwa mencemarkan kesucian Masjid An Nur Kampung Melayu Subang apabila memberi ceramah berkaitan politik di masjid itu, Rabu lepas.
Trump akan perkukuh hubungan dengan sekutu di Timur Tengah, tekan Hamas - Pakar
Ketua Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Abu Hanifah Haris berkata Presiden Terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump dijangka akan memulakan pentadbirannya dengan memperkukuh hubungan dengan sekutunya di Timur Tengah. Jelasnya, disamping itu Trump juga akan terus memberikan tekanan kepada Hamas sebagai sebahagian dasar luar Timur Tengahnya. #DialogTigaPenjuru
Trump bukan punca keamanan untuk umat Islam – IKMAS UKM
Ketua Pusat Pengajian Asia Barat IKMAS UKM, Dr. Abdul Rahim Ahmad berkata kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2024 tidak boleh dilihat sebagai suatu berita baik yang akan membuahkan keamanan di negara-negara Islam. Jelasnya, kejayaan Trump ini perlu menjadi pemangkin negara-negara Islam untuk memperkuat kekuatan sendiri. #DialogTigaPenjuru
Kemenangan Trump perkuat kedudukan Netanyahu, rumitkan konflik dunia – IRIS Institute
Ketua Pegawai Operasi IRIS Institute, Asyraf Farique berkata kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat hanya akan memperkukuhkan kedudukan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam misi genosidnya di Palestin. Jelasnya, Trump sebagai presiden bagi penggal kedua ini juga akan merumitkan konflik dunia termasuk di Laut China Selatan. #DialogTigaPenjuru
Kenderaan pengangkut kereta perisai terbalik di Lebuhraya KL-Karak
Ketika kejadian pada 4.48 petang, kenderaan berkenaan dalam perjalanan ke Gemas, Negeri Sembilan untuk tujuan latihan.
PM Anwar akhiri lawatan kerja di China
Hasimi Muhamad membawakan rangkuman lawatan tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China.
Kemajuan fizikal Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1A capai 78 peratus - Nanta
Status kemajuan fizikal semasa bagi Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1A mencapai 78 peratus dan dijadual siap pada suku pertama 2026.
Op Favish: Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Pihak SPRM telah mengesan beberapa transaksi mencurigakan sewaktu menyemak dokumen-dokumen yang diperolehi, susulan siasatan terhadap syarikat FashionValet dan 30 Maple Sdn.Bhd.
14 warga asing ditahan disyaki terlibat sindiket penipuan pelaburan dalam talian
Polis menyerbu sebuah rumah dipercayai dijadikan pusat panggilan skim penipuan pelaburan dalam talian di Hulu Kelang, Ampang, pada 29 Okt lepas.
PM Anwar harap pentadbiran Trump bawa impak positif kepada geopolitik dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sesuatu yang baik daripada kemenangan Presiden Terpilih Donald Trump, bukan saja dalam hubungan dua hala dan perdagangan tetapi geopolitik dunia.
Malaysia catat eksport produk halal berjumlah RM45.04 bilion setakat Januari-September 2024
Keupayaan Malaysia untuk menguasai pasaran halal masih terbatas kerana pengeluaran sijil halal oleh Jakim di Malaysia masih rendah.
Sultan Selangor murka tindakan Anggota Parlimen Subang
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita terhadap tindakan Anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa, yang didakwa mencemarkan kesucian Masjid An Nur Kampung Melayu Subang.