Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan kerajaan pusat dan Selangor bekerjasama memuktamadkan proses pengambilalihan syarikat konsesi air atas semangat federalisme demi menjamin kepentingan negeri dan rakyat.
Sehubungan itu, baginda mengingatkan semua pihak supaya mengambil sikap bertanggungjawab dengan tidak mempolitikkan isu air di Selangor.
"Beta berharap isu air yang melibatkan kepentingan rakyat ini dapat diatasi dengan segera.
"Sebelum ini, beta pernah bertitah politik bukan semata-mata memburu kuasa tetapi mencapai urus tadbir cemerlang bagi membangunkan negeri dan memenuhi aspirasi rakyat," titah baginda pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keenam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-13 di Bangunan DUN di sini, hari ini.
Turut berangkat hadir mengiringi baginda Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Pada masa sama, Sultan Sharafuddin berharap usaha kerajaan negeri dan Air Selangor menjamin kelestarian bekalan air akan dilaksanakan secara holistik, efisien dan mampu bayar untuk rakyat.
Baginda turut menitahkan kerajaan Selangor mengambil langkah proaktif menggantikan paip lama yang pecah dan bocor untuk mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) yang menyaksikan kadar NRW susut daripada 32.6 peratus pada akhir 2015 kepada 30.1 peratus pada hujung tahun lepas dengan penggantian paip lama sepanjang 422.5 kilometer (km) membabitkan kos RM373.7 juta.
Dalam perkembangan lain, Sultan Selangor sekali lagi melahirkan rasa dukacita terhadap penyebaran berita palsu yang mendorong gejala fitnah semakin berleluasa.
Titah baginda, sekiranya kegiatan tidak bermoral seperti fitnah ini terus menular, ia boleh membawa kepada perpecahan rakyat sehingga menghancurkan negeri dan negara.
"Apa yang membimbangkan beta, ramai pula yang percaya kepada berita-berita palsu ini lantas menyebarkannya tanpa memeriksa kesahihan sesuatu berita itu.
"Justeru, beta ingin mengingatkan terutama rakyat Selangor yang berbilang bangsa, agama dan keturunan supaya mengekalkan dan mengukuhkan lagi perpaduan yang kita nikmati sekarang," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 26 2018
Sultan Sharafuddin menyampaikan titah ucapan sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ke-6 DUN Selangor Yang Ke-13 Tahun 2018 di Bangunan Dewan Negeri Selangor, hari ini. Turut berangkat Tengku Permaisuri Norashikin. -- fotoBERNAMA
Pelaburan berimpak tinggi di Sogip dijangka beroperasi pada 2026, 2027 - Hajiji
Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang memperoleh pelaburan kira-kira RM29.87 bilion dijangka mula beroperasi pada 2026 dan 2027, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia
Datuk Ngwe Hee Sem berkata Muhammad Uwais dan Nur Sofea jelas tidak dapat menahan perasaan sedih semasa menerima berita mengenai kematian kedua-dua ibu bapa dan adik bongsu mereka dalam nahas berkenaan.
AWANI Borneo [28/12/2024] – Pelaburan RM29.87 bilion | Tunggu dua tahun lagi | Rock In The Jungle
AWANI Borneo Sabtu, 28 Disember 2024 bersama Irfan Faruqi
1. Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) dijangka mula beroperasI 2026.
2. Ewon Benedick mahu fokus laksana mandat selaku Pengerusi PH Sabah.
3. 'Papa Rock' teruja beraksi di kaki Gunung Santubong
1. Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) dijangka mula beroperasI 2026.
2. Ewon Benedick mahu fokus laksana mandat selaku Pengerusi PH Sabah.
3. 'Papa Rock' teruja beraksi di kaki Gunung Santubong
Jumlah kanak-kanak tinggal di kawasan konflik catat rekod tertinggi - UNICEF
Lebih ramai kanak-kanak kini tinggal di kawasan konflik atau terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat pertempuran berbanding sebelum ini.
Pengarah hospital Gaza ditahan Israel, kata pihak berkuasa Hamas
Pihak berkuasa kesihatan yang dikawal Hamas di Semenanjung Gaza menuduh tentera Israel menahan seorang pengarah hospital.
Persiapan sambutan ambang tahun baharu 2025 lancar
Beberapa laluan di sekitar Bandaraya Kuching akan ditutup sempena sambutan ambang tahun baharu 2025 akan ditutup bagi memastikan aliran trafik sentiasa terkawal sepanjang acara sambutan ambang tahun baharu 2025 lancar.
Papa Rock teruja beraksi di kaki Gunung Santubong
Penghibur legenda Datuk Ramli Sarip tersentuh apabila diberi peluang untuk menghiburkan peminat rock dalam edisi sulung Konsert Rock In The Jungle yang berlangsung di Kampung Budaya Sarawak.
Kemudahan perubatan utama terakhir di utara Gaza ditutup susulan serangan Israel - WHO
Kemudahan perubatan utama terakhir di utara Semenanjung Gaza, Hospital Kamal Adwan, telah menghentikan operasinya selepas serangan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF).
Rumah perantaraan beri peluang banduan baiki kehidupan
Satu pejabat parol daerah atau rumah perantaraan diwujudkan di lahad datu bagi menambah kemudahan prospek untuk mengakses perkhidmatan pemulihan dan sokongan diperlukan secara langsung.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi beberapa kawasan di Sabah sehingga 30 Disember 2024.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.