Agihan kekayaan tidak seimbang dan jurang pendapatan yang melebar akan menyuburkan budaya rasuah.

Kebimbangan itu dititahkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dalam usaha negara mencapai status negara maju.

Tambah baginda, data laporan model ekonomi baru menunjukkan, 80 peratus isi rumah di negara ini berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan.



Baginda turut menggariskan dua aspek yang wajib diberikan fokus dalam usaha memerangi rasuah melibatkan langkah punitif bersifat tegas dan tidak selektif serta langkah preventif bagi mengukuhkan integriti.


Baginda bertitah demikian sempena majlis ulang tahun penubuhan Badan Pencegahan Rasuah ke-47.