Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V amat mengambil berat mengenai pentadbiran kerajaan Kelantan, selain prihatin terhadap kebajikan rakyat termasuk golongan bukan Islam.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata baginda sentiasa memberi pandangan dan cadangan dalam pelbagai isu yang dibawa untuk dibincangkan.
"Kebiasaannya saya sebagai Menteri Besar akan mewakili ahli-ahli majlis mesyuarat untuk menghadap baginda, dan di sana kami berbincang secara terbuka (terhadap sesuatu isu).
Apa-apa kertas yang kita bincang bersama adalah untuk kepentingan rakyat. Inilah antara keistimewaan baginda. Apa-apa perkara (berkaitan kebajikan rakyat) kami akan mendapatkan pandangan serta cadangan daripada baginda sendiri sebelum saya bawa kepada MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan) untuk dibincang dan dipertimbang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam temu bual eksklusif bersama Bernama di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim di sini.
BACA: Sultan Muhammad V lafaz sumpah jawatan Yang Di-Pertuan Agong
Ahmad berkata pelantikan adinda baginda, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) juga membuktikan sikap peka Sultan Muhammad V dalam memastikan hal-hal berkaitan kebajikan rakyat sentiasa diuruskan dengan baik.
Katanya baginda sentiasa memastikan golongan asnaf mendapat bantuan atau pembelaan sewajarnya daripada MAIK.
Sebagai payung negeri, Sultan Muhammad V, menurut Ahmad turut menitik berat dan mempunyai hubungan yang amat baik serta dihormati masyarakat bukan Islam di negeri itu.
Sebagai contoh, masyarakat Siam di Tumpat memohon kepada Menteri Besar untuk turut serta ketika keberangkatan baginda untuk Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong, pada hari ini, katanya.
"Bahkan pelantikan ketua-ketua sami di rumah ibadat mereka (masyarakat Siam) juga mesti meminta kebenaran baginda dan sekali gus menunjukkan bahawa hubungan baik itu sentiasa ada," katanya.
"Sememangnya kami rakyat Kelantan, sangat-sangat bersyukur atas pemilihan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong kerana baginda seorang sultan yang mengambil berat tentang tuntutan agama serta soleh dan dapat menjadi contoh kepada rakyat khususnya orang Islam di negara ini," katanya.
Perkara itu turut disokong, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyifatkan baginda amat peka terhadap aspek pembangunan Kelantan bagi memastikan rakyat jelata tidak ketinggalan mengecapi arus pembangunan setanding negeri lain di negara ini.
"Sebagai contoh, baginda menyokong pembinaan lapangan terbang serta pembangunan bandar perikanan di Tok Bali. Baginda sendiri menitahkan saya menghadap untuk memberi taklimat mengenai hal-hal berkaitan pembangunan di Kelantan," kata Mustapa yang juga anggota Parlimen Jeli.
Beliau berkata sebagai seorang raja yang prihatin, Sultan Muhammad V akan memastikan setiap permasalahan rakyat diselesaikan kerana baginda tidak mahu melihat rakyatnya hidup dalam kesusahan.
Ini membuatkan rakyat sentiasa ingat kepada baginda yang seboleh-bolehnya mahu rakyat hidup dalam keadaan selesa, katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2016
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V (depan, kanan) bersama Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika keberangkatan masuk ke Balairong Seri pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-244 (Khas) di Istana Negara. - Foto BERNAMA
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Sultan Muhammad V prihatin hal ehwal negeri, rakyat
Sultan Muhammad V amat mengambil berat mengenai pentadbiran kerajaan Kelantan, selain prihatin terhadap kebajikan rakyat.
Sultan Muhammad V lafaz sumpah jawatan Yang Di-Pertuan Agong
Sultan Muhammad V hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat.