Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mahu bangunan Hospital Sultanah Aminah (HSA) dikembalikan kepada reka bentuk asal pada masa hadapan.
Baginda bertitah bangunan hospital itu merupakan sebuah bangunan warisan di Johor yang mempunyai banyak sejarahnya di negeri itu tetapi malangnya rupa bentuk bangunan telah banyak diubah suai dan penambahan dilakukan.
"Saya berharap bangunan ini akan dikembalikan kepada reka bentuk asal pada masa akan datang," titah baginda kepada kira-kira 3,000 rakyat yang menghadiri Majlis Himpunan Bangsa Johor di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, di sini pada Khamis.
Justeru, baginda mahu kerajaan membina sebuiah hospital baharu yang lebih baik untuk memberikan perkhidmatan rawatan yang sempurna kepada rakyat.
Baginda turut merakamkan rasa dukacita dengan kebakaran yang meragut enam nyawa di HSA pada 25 Oktober lepas.
Meskipun dukacita dengan tragedi itu, baginda melahirkan rasa bangga kerana mempunyai rakyat yang bersatu dan berhati mulia.
"Banyak pihak telah tampil memberikan bantuan tenaga, makanan dan kemudahan untuk membantu mangsa yang terlibat," titah baginda yang turut memuji kerajaan Singapura yang menawarkan kemudahan hospital dan wad kepada pesakit yang memerlukan.
"Inilah semangat kerjasama dan bantu-membantu yang mesti kita pertahankan, bukan sahaja ketika waktu susah, malah ketika senang juga kita mesti bersatu," titah Sultan Ibrahim.
Dalam kebakaran itu, enam pesakit terkorban apabila kebakaran tercetus di Unit Rawatan Rapi, Tingkat 2, hospital berkenaan.
Seorang pesakit dan tiga kakitangan HSA bagaimanapun berjaya diselamatkan. -- Bernama
Bernama
Fri Nov 04 2016
Kebakaran yang berlaku di HSA pada 25 Okt lalu meragut enam nyawa. - fotoBERNAMA/Fail
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
'Syukur, Akif akhirnya dapat dipindahkan ke HSA' - Ibu mangsa
Ku Amazon berkata, mereka bersyukur apabila hasrat untuk membawa Akif dari Hospital NUH Singapura ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru tercapai.
Tiga cedera dalam kebakaran kilang di Iskandar Puteri
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M.Kumarasan berkata, tiga lelaki terbabit dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut.
Bayi sembilan bulan maut dipercayai didera
Laporan mengenai bayi itu diterima daripada seorang pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah pada jam 6.55 petang, Khamis lalu.
Wanita dihalang bertemu doktor kerana pakai seluar pendek
Menerusi perkongsian wanita berkenaan dalam aplikasi X atas nama Carol Yong, kejadian tersebut berlaku semasa dia mempunyai janji temu bersama doktor dengan segera.
Johor sediakan parkir sementara di HSA atasi kesesakan
Kerajaan Johor mengambil inisiatif menyediakan kawasan parkir sementara di Hospital Sultanah Aminah (HSA), bagi mengatasi kesesakan.
20 liter bahan formalin di HSA tumpah - Exco
Sebanyak 20 liter bahan Formalin tertumpah ketika pembantu perawatan kesihatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sedang menyusun atur bekas berisi bahan itu di stor spesimen.
Pelumba Club Prix Malaysia, Md Izzat Zaidi masih kritikal: 'Bangun la, saya dan anak-anak rindu'
Sejak Sabtu lalu, pelumba CKJ Racing Team iaitu Md Izzat Zaidi MD Salehan masih dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan ketika perlumbaan Cub Prix Malaysia.
Saman kecuaian babit pesakit maut dalam kebakaran di HSA akan dibicarakan
Tiga saman kecuaian yang difailkan oleh ibu bapa kepada tiga pesakit yang maut dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 2016 akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Poliklinik, parkir kenderaan bertingkat di HSA beri keselesaan, kemudahan kepada pengguna
Onn Hafiz Ghazi berkata hospital awam itu antara yang tersibuk dalam negara dengan mengendalikan 2,134 orang pesakit luar dan 460 orang pesakit di wad kecemasan sehari.
Kerajaan lulus RM500 juta segerakan naik taraf Hospital Sultanah Aminah - Anwar
Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM500 juta bagi menyegerakan projek-projek pembinaan fasa pertama di dalam Hospital Sultanah Aminah (HSA), yang dijangka bermula pada tahun ini.