Sultan Pahang yang baharu Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan supaya kalimah 'Allahu Akbar' yang bermaksud Allah Maha Besar dilaungkan pada istiadat pemasyhuran baginda sebagai Sultan Pahang keenam di Istana Abu Bakar di sini, esok.
Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah yang berkongsi perkara itu berkata kalimah terbesar umat Islam itu akan dilaungkan sebanyak empat kali sebelum diikuti laungan 'Daulat Tuanku' tiga kali.
Tengku Abdul Rahman berkata laungan 'Allahu Akbar' merupakan sebahagian daripada perkara baharu yang dilakukan pada istiadat pemasyhuran Sultan Pahang, yang kali terakhir berlangsung pada 45 tahun dahulu.
"Sudah tentu 'Daulat Tuanku' adalah adat yang sudah lama dilaksanakan dan kali ini ada sedikit perubahan dilakukan kerana sebelum ini pemasyhuran berlaku kerana kemangkatan (sultan sebelumnya).
"Jadi pemasyhuran ini suatu yang luar biasa dan ada yang kita ‘re-adjusting’... kita bersedia sebaik mungkin dan berharap semuanya selamat serta dirahmati Allah esok," katanya kepada pemberita selepas menghadiri raptai istadat pemasyhuran di sini, hari ini.
BACA: Sultan Abdullah naik takhta Pahang esok
Tengku Abdul Rahman memaklumkan mengenai undangan seramai 1,600 tetamu pada istiadat itu terdiri daripada kerabat, barisan kepimpinan kerajaan negeri dan wakil masyarakat termasuk ketua kampung di negeri ini.
Bagaimanapun, disebabkan ruang balairung yang terhad, hanya 800 tetamu yang dapat menyaksikan istiadat pemasyhuran itu secara langsung, manakala tetamu lain dapat mengikuti istiadat tersebut menerusi skrin besar dari dewan bersantap.
Ditanya sama ada Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah akan berangkat ke istiadat esok, Tengku Abdul Rahman berkata keadaan kesihatan ayahandanya tidak mengizinkan baginda untuk berbuat demikian.
Sultan Abdullah akan dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang ke-enam esok, ekoran penyerahan takhta kepada baginda, berikutan kegeringan yang besar dan berat yang dialami Sultan Ahmad Shah.
Sultan Pahang dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah turut berangkat mencemar duli meluangkan masa hampir setengah jam menyaksikan raptai istiadat pemasyhuran yang diadakan di Balairung Seri itu. -- Bernama
Bernama
Mon Jan 14 2019
Sultan Abdullah menghadiri raptai penuh Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang Keenam di Istana Abu Bakar, hari ini. - BERNAMA
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Tiada darurat: Annuar Musa junjung kasih titah Agong
Annuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut menghargai keyakinan baginda terhadap keupayaan kerajaan menangani COVID-19.
Agong, Permaisuri 'tawan' Puncak Candi Borobudur
Lawatan Seri Paduka berdua ke candi Buddha terbesar dunia itu adalah satu refleksi kecintaan terhadap kepelbagaian budaya, nilai estetika dan sejarah.
SUK Pahang umum pengurniaan gelaran, panggilan hormat kerabat
Pengurniaan dan gelaran hormat itu diputuskan pada Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang ke-112 yang bersidang pada 15 Ogos lepas.
#AgongKita: Institusi Yang di-Pertuan Agong bukan sekadar simbol
Sultan Abdullah bertitah banyak pihak menyatakan rakyat di negara ini dilihat semakin berpecah belah, namun Seri Paduka berpandangan ia tidak serapuh seperti yang dikatakan.
Sultan Pahang sah YDP Agong baharu
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in, telah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-16.
Kenali putera-putera raja Pahang yang tampan
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah tidak hadir istiadat pemasyhuran ayahandanya, Sultan Abdullah semalam.
Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah gelaran rasmi Sultan Pahang
Sultan Pahang keenam Sultan Abdullah akan memakai gelaran rasmi sebagai Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah.