SEMALAM, perhatian seluruh negara tertumpu kepada istiadat pemasyhuran Sultan Pahang keenam, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang berlangsung dalam satu majlis penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan.
Istiadat yang penuh gilang-gemilang itu kaya dengan adat resam, tradisi dan simbolisme turun-temurun Kesultanan Melayu.
Namun, apa yang menarik adalah untuk kita melihat corat-coret yang turut mencuri perhatian rakyat jelata.
Antaranya, kelibat Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mu'adzam Sultan Ahmad Shah.
Ketampanan adinda Sultan Abdullah itu turut mencuri perhatian netizen di media sosial.
BACA: Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah gelaran rasmi Sultan Pahang
Namun, di sebalik cakap-cakap di media sosial, mungkin ramai yang tidak sedar akan seorang lagi sosok prominen dalam kalangan kerabat diraja Pahang.
BACA: Siti Nurhaliza bertuah saksi pemasyhuran Sultan Pahang ke-6
Wajar dikatakan individu ini lebih penting kerana beliau mungkin akan dilantik sebagai Tengku Mahkota Pahang.
Siapa Tengku Hassanal?
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah adalah anakanda kedua dan putera sulung Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Beliau sedang melanjutkan pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom selama setahun.
Tengku Hassanal diputerakan pada 17 Sept 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.
Putera diraja ini memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2002 hingga 2007 sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah St Thomas pada 2008 hingga 2012 dan University of Nottingham selepas itu.
Mei tahun lalu, beliau tamat pengajian dari Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland dengan ijazah dalam bidang Hubungan Antarabangsa.
Mengikut susur galur keluarga, Tengku Hassanal merupakan cucunda kepada bekas Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar di sebelah bondanya, Tunku Azizah.
Ini menjadikannya anakanda saudara kepada Sultan Johor kini, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan sepupu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"Waris ganti akan saya tentukan dalam masa terdekat, saya kena berbincang dengan pihak keluarga saya dan Insya-Allah saya percaya semua pun dah boleh ramal kalau ikut tradisinya," titah Sultan Abdullah kepada media selepas istiadat pemasyhuran baginda semalam.
Mengikut tradisi Istana Pahang, selaku putera sulung, Tengku Hassanal akan dilantik sebagai Tengku Mahkota Pahang menggantikan ayahandanya.
Bagaimanapun, sekiranya Sultan Abdullah diangkat menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16, baginda mungkin melantik majlis khas untuk menjalankan tugas-tugas Pemangku Raja Pahang, susulan ketiadaan Tengku Hassanal yang melanjutkan pengajian di luar negara pada ketika ini.
Astro Awani
Wed Jan 16 2019
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dilaporkan tidak hadir di istiadat pemasyhuran ayahandanya, Sultan Abdullah semalam. - BERNAMA
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi Whastapp.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Oktober 2024
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Ekonomi penjagaan berpotensi hasil pendapatan baharu untuk negeri - Saarani
Kerajaan Perak melihat potensi ekonomi penjagaan sebagai satu daripada pendapatan baharu yang berdaya maju untuk negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya sebanyak beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
ATM lakukan siasatan penuh insiden di Wisma Transit
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan siasatan penuh berkenaan insiden kekecohan yang berlaku di Wisma Transit, Kuala Lumpur membabitkan warga Palestin baru-baru ini.
JKNK akan dapatkan bantuan negeri lain jika berlaku banjir luar jangka
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan mendapatkan bantuan khidmat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dari negeri lain sekiranya mengalami banjir luar jangka tahun ini.
PR1MA: Projek sakit dijangka siap menjelang hujung tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi jaminan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ atau bermasalah di seluruh negara akan disiapkan menjelang hujung tahun ini.
John Legend sifatkan Siti Nurhaliza, Yura Yunita penyanyi hebat, teruja ditemani di konsert
John Legend teruja dengan kehadiran Siti dan Yura, dan akan menyampaikan lagu-lagu hitnya seperti All of Me, Ordinary People, dan Tonight.
Tiada darurat: Annuar Musa junjung kasih titah Agong
Annuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut menghargai keyakinan baginda terhadap keupayaan kerajaan menangani COVID-19.
Agong, Permaisuri 'tawan' Puncak Candi Borobudur
Lawatan Seri Paduka berdua ke candi Buddha terbesar dunia itu adalah satu refleksi kecintaan terhadap kepelbagaian budaya, nilai estetika dan sejarah.
SUK Pahang umum pengurniaan gelaran, panggilan hormat kerabat
Pengurniaan dan gelaran hormat itu diputuskan pada Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang ke-112 yang bersidang pada 15 Ogos lepas.
#AgongKita: Institusi Yang di-Pertuan Agong bukan sekadar simbol
Sultan Abdullah bertitah banyak pihak menyatakan rakyat di negara ini dilihat semakin berpecah belah, namun Seri Paduka berpandangan ia tidak serapuh seperti yang dikatakan.
Sultan Pahang sah YDP Agong baharu
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in, telah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-16.
Kenali putera-putera raja Pahang yang tampan
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah tidak hadir istiadat pemasyhuran ayahandanya, Sultan Abdullah semalam.
Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah gelaran rasmi Sultan Pahang
Sultan Pahang keenam Sultan Abdullah akan memakai gelaran rasmi sebagai Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah.