Datuk Sulaiman Abdullah menyifatkan cubaan pihak pembelaan untuk mencabar pelantikan beliau selaku ketua pendakwaan dalam kes SRC International Sdn Bhd membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana ia dikemukakan di saat-saat akhir.
Sulaiman yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan oleh Jabatan Peguam Negara memberitahu Mahkamah Tinggi pihak pembelaan sepatutnya membangkitkan perkara itu pada hari pertama sebutan kes itu.
"Adalah tidak bertanggungjawab bagi pihak pembelaan untuk mengemukakan permohonan bagi mencabar pelantikan ini di saat-saat akhir. Ia sudah terlambat," katanya apabila kes itu disebut untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Beliau juga berkata pihak pendakwaan sudah pasti akan memfailkan bantahan awal mengenai permohonan itu.
Terdahulu, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah meminta perkara itu didengar bersama dengan permohonan penzahiran dokumen termasuk kenyataan saksi yang sepatutnya diserahkan kepada mereka oleh pihak pendakwaan.
"Ia adalah untuk mempercepatkan kes dan saya bersedia untuk menyerahkan pada Disember. Mungkin perkara ini boleh diselesaikan sebelum Krismas," kata Muhammad Shafee yang dijawab oleh Mohd Nazlan secara berseloroh: "Saya fikir anda beritahu saya bahawa anda akan bercuti?
"Itu sebelum mereka (mahkamah) mengambil pasport saya," katanya yang disambut dengan gelak ketawa dari galeri awam.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 18 Dis untuk mendengar kedua-dua permohonan itu.
Najib, 65, kelihatan tenang di kandang tertuduh ketika pendengaran kes tersebut.
Pada 4 Julai, Anggota Parlimen Pekan itu didakwa atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya, berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Pada 8 Ogos, beliau didakwa atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah wang yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 30 2018
Beliau juga berkata pihak pendakwaan sudah pasti akan memfailkan bantahan awal mengenai permohonan itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.