KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan sukatan baharu mata pelajaran tingkatan enam dapat dilaksanakan mulai Semester 1 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2026.
Dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini, KPM memaklumkan sedang menyemak semula sukatan mata pelajaran tingkatan enam supaya seiring dengan perkembangan semasa bagi memenuhi keperluan negara.
Di samping itu, sukatan disemak supaya selaras dengan sukatan A-Level yang dikelolakan Cambridge Assessment International Education (CAIE), United Kingdom kerana Sijil STPM diiktiraf setaraf dari segi standard dengan A-Level kelolaan CAIE itu sejak 1982.
Menurut kementerian itu semakan sukatan mata pelajaran berkenaan dijangka selesai pada 2025.
"Buat masa ini, beberapa siri bengkel penyemakan sukatan pelajaran peperiksaan STPM serta sesi libat urus sedang giat dilaksanakan," menurut KPM bagi menjawab soalan Zakri Hassan (PN-Kangar) mengenai bilakah kerajaan akan mengubah sukatan pelajaran tingkatan enam kerana ia sudah lama tidak disemak dan kurang relevan dengan keperluan masa kini.
KPM memaklumkan fokus penyemakan merangkumi kerelevanan sukatan pelajaran peperiksaan dari aspek matlamat, objektif, tajuk yang perlu diajar/belajar, waktu pengajaran bagi setiap tajuk, hasil pembelajaran yang sepatutnya dicapai calon dan skim pentaksiran pada setiap penggal.
KPM turut mengambil kira ulasan dan maklum balas diberikan pihak berkepentingan termasuk guru yang mengajar tingkatan enam, calon yang telah menduduki peperiksaan STPM dan pensyarah universiti dalam sesi libat urus.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023
Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan sukatan baharu mata pelajaran tingkatan enam dapat dilaksanakan mulai Semester 1 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2026. - Gambar hiasan/BERNAMA
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Pasukan petugas khas bentang laporan penambahbaikan RMT pada 1 Mac 2025 - Fadhlina
Pasukan petugas khas Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan membentangkan laporan penuh mengenai penambahbaikan program tersebut pada 1 Mac 2025.
1BestariNet: SPRM sahkan tiada unsur jenayah, tiada pertuduhan
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan yang dijalankan sejak September lalu mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam pelaksanaan tender projek 1BestariNet.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
Banjir: 'Anak-anak kita jauh lebih kental' - Fadhlina puji kehadiran calon SPM lebih 97 peratus
Peratusan kehadiran calon ujian bertutur Bahasa Melayu SPM di tiga negeri yang paling terjejas akibat banjir melepasi 97 peratus.
'Buat keputusan sukar tidak tangguh ujian bertutur SPM' - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek akui, membuat keputusan amat sukar ketika memutuskan untuk meneruskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di semua negeri terjejas banjir
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
KPM ambil maklum cadangan kembalikan nama asal SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM mendengar semua cadangan yang diterima, namun cadangan tersebut perlu melalui proses tertentu.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.