Fikir habis-habis sebelum keluarkan komen sensitif mengenai kaum, agama dan kedudukan raja pada laman media sosial kerana anda sedang diperhati.
Menamakan diri mereka sebagai Semut - 'Sensible and Ethical Malaysians United Troopers' (tentera siber yang beretika), kumpulan sukarelawan ini memantau laman media sosial bagi mengesan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.
"Sukarelawan ini akan menyalurkan maklumat termasuk 'screenshot'.
Kemudian kita akan teliti maklumat itu dan buat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat," kata penyelaras Semut Huan Cheng Guan kepada Bernama.
Katanya kebanyakan sukarelawan adalah pengamal media sosial yang menentang mereka yang menjadikan laman sosial termasuk Facebook sebagai saluran menghina atau menyentuh sensitiviti orang lain.
"Apa yang sukarelawan ini mahu ialah masyarakat menjadikan media sosial sebagai saluran interaksi yang positif untuk membina persahabatan dan rangkaian kerja, bukan mengutuk, menghina atau mengeluarkan kenyataan tidak sensitif sehingga menyakiti hati orang lain," katanya.
Huan berkata ramai pengamal media sosial tidak faham mereka harus bertanggungjawab terhadap komen yang mereka keluarkan pada laman sosial sendiri atau milik orang lain.
"Benar anda boleh paparkan apa sahaja pada laman FB (Facebook), akan tetapi anda juga harus faham anda bertanggungjawab pada komen itu. Cara terbaik untuk mengelak daripada berdepan masalah ialah berhati-hati dengan kenyataan yang anda tulis," katanya.
Setakat ini Semut membuat dua laporan polis terhadap dua pengguna Facebook yang dikatakan mengeluarkan komen sensitif mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Nabi Muhammad.
"Walaupun kami tidak dapat kenal pasti identiti mereka, kami berharap dengan laporan polis dan penyaluran maklumat itu, pihak berkuasa dapat menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.
Huan juga menjelaskan Semut tidak bertujuan menyaingi kuasa pihak seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau polis kerana peranan Semut hanya untuk menyalurkan maklumat.
Ditanya sama ada sukarelawan itu dibayar oleh pihak tertentu, Huan berkata: "Kami sukarelawan dan tidak dibayar oleh sesiapa. Kami lakukan ini kerana kami tidak mahu ada yang terus menggunakan laman sosial sebagai platform untuk menghina orang lain, agama mereka dan juga raja kita."
Beliau turut menyangkal kaitan kumpulan itu dengan parti politik tertentu sekalipun beliau sendiri pernah menjadi naib presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) yang berpangkalan di Pulau Pinang, selepas keluar daripada Gerakan pada 2009.
Huan yang merupakan Naib Presiden Gerakan ketika keluar parti itu, berkata: "Saya bertanding menentang Barisan Nasional dan pakatan pada pilihan raya umum. Saya bertanding menentang kedua-duanya bagi kerusi Parlimen Batu Kawan dan Dewan Undangan Negeri Machang Bubok, jadi bagaimana saya boleh dikaitkan dengan mereka?"
Bernama
Sat Jul 20 2013
![Sukarelawan 'Semut' bakal pantau gerak-geri pengamal media sosial Sukarelawan 'Semut' bakal pantau gerak-geri pengamal media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/41374296158_295x200.jpg)
Gambar Arkib
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![Sukarelawan 'Semut' bakal pantau gerak-geri pengamal media sosial Sukarelawan 'Semut' bakal pantau gerak-geri pengamal media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/41374296158_295x200.jpg)
Sukarelawan 'Semut' bakal pantau gerak-geri pengamal media sosial
'Sensible and Ethical Malaysians United Troopers' akan memantau laman media sosial bagi mengesan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.