BIRMINGHAM: Walaupun sudah berjaya mencapai sasaran enam emas dua hari sebelum Sukan Komanwel 2022 Birmingham melabuhkan tirainya Isnin ini (8 Ogos), kontinjen Malaysia nampaknya masih belum puas untuk memburu pingat emas seterusnya di sini.
Ketua kontinjen negara (CDM), Datuk Shahrul Zaman Yahya, yang lega atas pencapaian gimnas negara, Ng Joe Ee selepas dua pingat emasnya pada Isnin berjaya membantu Malaysia mencapai sasaran tersebut, optimis wira-wira negara akan terus berjuang untuk mencatat kejayaan membanggakan di sini.
Katanya, kejayaan Joe Ee sememangnya satu kejutan besar buat kontinjen negara selepas prospek utama pingat emas skuad gimrama, Koi Sie Yan terlepas peluang meraih kedudukan podium selepas menduduki tempat keempat acara riben.
"Secara peribadi kalau boleh saya nak Malaysia capai sasaran lebih daripada pencapaian di Gold Coast 2018," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan hari terakhir gimnastik berirama di Arena Birmingham di sini, semalam.
Kontinjen Malaysia membawa pulang tujuh emas, lima perak dan 12 gangsa ketika di Gold Coast 2018.
Justeru, Shahrul Zaman percaya sukan badminton, boling padang serta skuasy berkemampuan untuk menambah koleksi emas negara pada temasya sukan empat tahun sekali itu di sini.
Joe Ee, yang membuat penampilan pertama di Sukan Komanwel, muncul wira negara pada hari kesembilan apabila berjaya meraih emas menerusi disiplin bola dan riben.
Kejayaan atlet muda berusia 16 tahun dari Kuala Lumpur itu juga berjaya melepasi sasaran satu emas diletakkan kepada skuad gimrama pada temasya sukan berpresti kali ini.
Selain enam emas, Malaysia turut berjaya merangkul lima perak dan empat gangsa di sini, setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 06 2022
![Sukan Komanwel: 'Kami tidak akan berhenti di sini' - CDM Sukan Komanwel: 'Kami tidak akan berhenti di sini' - CDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659809037_ShahrulZamanYahya.jpg)
Shahrul Zaman percaya sukan badminton, boling padang serta skuasy berkemampuan untuk menambah koleksi emas negara. - Gambar fail/ BERNAMA
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![Dhabitah optimis mampu beraksi pelbagai acara terjun Dhabitah optimis mampu beraksi pelbagai acara terjun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660143627_dhabitahsabri.jpg)
Dhabitah optimis mampu beraksi pelbagai acara terjun
Atlet terjun wanita negara Nur Dhabitah Sabri optimis mampu menggalas tugas beraksi dalam pelbagai acara bagi sukan terjun di kejohanan akan datang.
![Sukan Komanwel: Suasana meriah sambut kepulangan skuad gimrama negara Sukan Komanwel: Suasana meriah sambut kepulangan skuad gimrama negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660058940_TBSQUADGIMNASTICKOMA.jpg)
Sukan Komanwel: Suasana meriah sambut kepulangan skuad gimrama negara
KLIA bergema dengan tepukan gemuruh peminat sukan apabila menerima ketibaan barisan atlet gimrama kebangsaan yang berjaya mengharumkan nama negara di Sukan Komanwel Birmingham.
![Sukan Komanwel: Tiada kilauan emas acara beregu skuasy wanita Sukan Komanwel: Tiada kilauan emas acara beregu skuasy wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659887652_TBKOMANWELSQUASH.jpg)
Sukan Komanwel: Tiada kilauan emas acara beregu skuasy wanita
Hasrat untuk melihat kilauan pingat emas dijelmakan dalam acara beregu skuasy wanita pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham tidak kesampaian.
![Sukan Komanwel: Aaron-Wooi Yik kandas di separuh akhir Sukan Komanwel: Aaron-Wooi Yik kandas di separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659885157_PemainBereguNegara.jpg)
Sukan Komanwel: Aaron-Wooi Yik kandas di separuh akhir
PASANGAN beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, gagal mengikut jejak rakan senegara ke final Sukan Komanwel Birmingham, sebentar tadi.
![Kedah pertimbang angkat Muhamad Aznil jadi Ikon Kemerdekaan Kedah pertimbang angkat Muhamad Aznil jadi Ikon Kemerdekaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659881985_MuhamadAznilBidin.jpg)
Kedah pertimbang angkat Muhamad Aznil jadi Ikon Kemerdekaan
Kerajaan Kedah akan mempertimbangkan untuk menobatkan atlet angkat berat kelahiran negeri itu, Muhamad Aznil Bidin sebagai Ikon Kemerdekaan Kedah sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.
![Sukan Komanwel: Pearly Tan-M Thinaah melangkah ke final Sukan Komanwel: Pearly Tan-M Thinaah melangkah ke final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659880550_TBBADMINTON.jpg)
Sukan Komanwel: Pearly Tan-M Thinaah melangkah ke final
Pearly Tan-M Thinaah, mara ke final apabila menundukkan wakil India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela, dalam saingan Sukan Komanwel Birmingham, sebentar tadi.
![Sukan Komanwel: Tze Yong bangkit tumbangkan Kidambi untuk ke final Sukan Komanwel: Tze Yong bangkit tumbangkan Kidambi untuk ke final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659874768_TzeYongNg.jpg)
Sukan Komanwel: Tze Yong bangkit tumbangkan Kidambi untuk ke final
Ng Tze Yong, mara ke final Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan jaguh India, Srikanth Kidambi, di Dewan NEC 5 sebentar tadi.
![Sukan Komanwel: Kian Meng-Pei Jing kandas di separuh akhir Sukan Komanwel: Kian Meng-Pei Jing kandas di separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659869789_badminton.jpg)
Sukan Komanwel: Kian Meng-Pei Jing kandas di separuh akhir
Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, tewas kepada pasangan Singapura, Terry Hee-Jesicca Tan, dalam aksi separuh akhir Sukan Komanwel Birmingham.
![Sukan Komanwel: Muhamad Aznil hadiahkan pingat emas untuk isteri, ahli keluarga Sukan Komanwel: Muhamad Aznil hadiahkan pingat emas untuk isteri, ahli keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659868835_MuhamadAznilBidin.jpg)
Sukan Komanwel: Muhamad Aznil hadiahkan pingat emas untuk isteri, ahli keluarga
Atlet angkat berat negara, Muhamad Aznil Bidin menghadiahkan kemenangan berkenaan kepada isteri dan ahli keluarganya di Kedah.
![Sukan Komanwel: Skuad skuasy teruskan aksi cemerlang Sukan Komanwel: Skuad skuasy teruskan aksi cemerlang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659809648_TBNGEAINYOW.jpg)
Sukan Komanwel: Skuad skuasy teruskan aksi cemerlang
Skuad skuasy negara meneruskan aksi cemerlang di Sukan Komanwel 2022 Birmingham apabila pasangan Ng Eain Yow-Ivan Yuen Chee Wern menempah slot ke separuh akhir.