JOHOR BAHRU: Perkampungan Orang Asli di Parlimen Pulai berpotensi dimajukan sebagai lokasi agropelancongan sekali gus dapat membuka ruang penjanaan ekonomi bagi komuniti Orang Asli.
Melihat kepada potensi besar perkampungan itu, calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat berhasrat untuk memajukan penempatan Orang Asli iaitu di Kampung Bakar Batu dan Kampung Sungai Temon, Perling sekiranya diberi mandat menjadi wakil rakyat di situ.
Menurut Suhaizan kedudukan perkampungan komuniti itu berdekatan dengan sungai sesuai dibangunkan sebagai kawasan agropelancongan dan mampu menarik minat pelancong.
"Kita berhasrat bangunkan kawasan ini, saya difahamkan kerajaan akan membina jeti baharu yang memberi kemudahan kepada penduduk Orang Asli di sini, yang dilihat mampu menarik lebih ramai pelancong datang ke sini.
"Apabila ada jeti yang cantik, ada bot yang akan bawa pelancong bersiar-siar, kawasan perkampungan yang menarik, ia akan dapat meningkatkan pendapatan penduduk di sini," katanya selepas ziarah kasih di Kampung Bakar Batu di sini hari ini.
Beliau berkata selain keindahan lokasi, keunikan produk kraf tangan dan kepelbagaian juadah tradisi Orang Asli juga dapat diketengahkan serta dipromosi kepada pelancong asing.
Hari ini, Bernama melaporkan komuniti wanita Orang Asli suku kaum Seletar di Kampung Orang Asli Kampung Bakar Batu yang mahu produk kraf tangan unik seperti anting-anting diperbuat daripada sisik ikan dapat dipasarkan untuk meningkatkan pendapatan mereka.
Sementara itu, Tok Batin Seletar di Kampung Orang Asli Kampung Bakar Batu, Kais Kee berkata cadangan menjadikan perkampungan komuniti itu sebagai produk pelancongan disambut baik penduduk.
Beliau berkata cadangan itu membuka peluang kepada penduduk untuk menjana ekonomi seterusnya dapat meningkatkan pendapatan mereka yang majoritinya nelayan.
Bagaimanapun beliau berkata wakil rakyat serta pihak terlibat perlu terlebih dahulu menyelesaikan masalah perumahan di situ selain usaha pemuliharaan keadaan Sungai Skudai yang menjadi lubuk rezeki masyarakat di situ.
"Sebolehnya wakil rakyat baharu nanti, bantu kami menyediakan rumah yang lebih selesa selain memulihkan kawasan sungai di sini dengan usaha menanam semula pokok bakau di sekitar kawasan ini.
"Akibat banyak hutan bakau terjejas, hasil laut juga terganggu sekali gus menjejaskan hasil tangkapan nelayan," katanya kepada Bernama.
Kampung Orang Asli Bakar Batu yang terletak di muara Sungai Skudai menempatkan kira-kira 200 penduduk, manakala Kampung Sungai Temon di muara Sungai Danga dihuni sekitar 150 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2023
![Suhaizan hasrat majukan kampung Orang Asli di Pulai sebagai destinasi agropelancongan Suhaizan hasrat majukan kampung Orang Asli di Pulai sebagai destinasi agropelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51693842644_SuhaizanKaiat.jpg)
Menurut Suhaizan kedudukan perkampungan komuniti itu berdekatan dengan sungai sesuai dibangunkan sebagai kawasan agropelancongan dan mampu menarik minat pelancong. - Gambar fail/Bernama
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647267418_Reconstructionofth.jpg)
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Tawaran pengambilalihan MAHB dimuktamad suku ketiga 2024 - MOF
Tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini dan ia perlu dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 90 peratus pemegang saham sedia ada MAHB.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi [KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721096314_MohdSaidBaniCM.jpg)
[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi
Dengan sokongan tiga pertubuhan utama, ekosistem ini hadapi cabaran signifikan, namun berpotensi besar untuk berkembang dan berinovasi.
Jiwa SME: Kejayaan lebih 30 tahun dalam industri penternakan kambing
Osman Goat Farm, yang dimiliki oleh Osman Cheya Kutty dari Johor Bahru, telah bertahan lebih dari tiga dekad dalam industri penternakan. Dengan dedikasi dan inovasi, Osman Goat Farm telah membuktikan bahawa kesungguhan dan strategi yang tepat adalah kunci kejayaan dalam industri penternakan. Produk berkualiti tinggi dan teknologi terkini terus menjadi asas kepada kejayaan.
![Sup ikan Labuan jadi pilihan penduduk tempatan, pelancong Sup ikan Labuan jadi pilihan penduduk tempatan, pelancong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720688692_SupIkanLabuan.jpg)
Sup ikan Labuan jadi pilihan penduduk tempatan, pelancong
Hidangan itu mempunyai keenakan tersendiri dan menambat hati serta menjadi penambah selera kepada mereka yang menikmatinya.
![Thailand catat 17.5 juta ketibaan pelancong asing pada separuh pertama 2024 Thailand catat 17.5 juta ketibaan pelancong asing pada separuh pertama 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714172630_globalheatwave.jpg)
Thailand catat 17.5 juta ketibaan pelancong asing pada separuh pertama 2024
Pelancong China menduduki senarai teratas dengan 3.43 juta, diikuti Malaysia (2.43 juta) dan India (1.04 juta) dalam tempoh sama.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Indonesia catat ketibaan pelancong asing tertinggi sejak pandemik Indonesia catat ketibaan pelancong asing tertinggi sejak pandemik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719830020_TByogyakarta.jpg)
Indonesia catat ketibaan pelancong asing tertinggi sejak pandemik
Pelancong Malaysia mendominasi jumlah pelancong yang melawat Indonesia, iaitu sebanyak 17 peratus daripada jumlah keseluruhan pelancong asing yang direkodkan pada Mei 2024
![Hampir 700,000 pelancong lawat Kelantan enam bulan pertama 2024 - Exco Hampir 700,000 pelancong lawat Kelantan enam bulan pertama 2024 - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719715467_DatukKamarudinMd.jpg)
Hampir 700,000 pelancong lawat Kelantan enam bulan pertama 2024 - Exco
Kerajaan negeri menyasarkan dua juta pengunjung ke Kelantan dalam tempoh setahun.
![Tiga maut, puluhan cedera dalam kemalangan bas di Peru Tiga maut, puluhan cedera dalam kemalangan bas di Peru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719534770_buscrash.jpg)
Tiga maut, puluhan cedera dalam kemalangan bas di Peru
Dalam kejadian di sebatang jalan yang menghubungkan Juliaca dan Cusco itu, antara yang terkorban termasuk seorang kanak-kanak berusia 11 tahun.
![Pengalaman daki Gunung Huangshan, Tapak Warisan Dunia UNESCO Pengalaman daki Gunung Huangshan, Tapak Warisan Dunia UNESCO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719146898_TBUnesco.jpg)
Pengalaman daki Gunung Huangshan, Tapak Warisan Dunia UNESCO
Gunung Huangshan menerima empat juta pendaki setiap tahun, dengan 90 peratus daripadanya berasal dari China, manakala selebihnya pelancong Eropah.
![Dua warga Itali antara penumpang bas terbabas dalam gaung di Lahad Datu Dua warga Itali antara penumpang bas terbabas dalam gaung di Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718938104_BasKemalangan.jpg)
Dua warga Itali antara penumpang bas terbabas dalam gaung di Lahad Datu
Dua wanita warga Itali antara 19 individu yang berada di dalam sebuah bas ekspres yang terbabas ke dalam gaung di Lahad Datu malam tadi.
![Caj CPT dikenakan kepada pengunjung menginap di Perak mulai tahun depan Caj CPT dikenakan kepada pengunjung menginap di Perak mulai tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41709006205_NgShyChing.jpg)
Caj CPT dikenakan kepada pengunjung menginap di Perak mulai tahun depan
Kerajaan Negeri Perak bakal mengenakan bayaran tambahan berjumlah RM3 untuk Caj Perkhidmatan Tempatan (CPT) bagi pengunjung yang menginap di Perak bermula 1 Jan 2025.
![Karnival D'Bendang Sungai Rambai sasar kehadiran 20,000 pengunjung Karnival D'Bendang Sungai Rambai sasar kehadiran 20,000 pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718845842_KARNIVALDBENDANG.jpg)
Karnival D'Bendang Sungai Rambai sasar kehadiran 20,000 pengunjung
Karnival yang memasuki tahun kedua penganjuran dan diadakan sempena TMM 2024 itu menampilkan 40 acara termasuk sukan tradisional.