Tatkala dunia baru sahaja memasuki milenia baru pada tahun 2000, saya dan rakan-rakan saya di bangku sekolah ketika itu sedang giat mengulang kaji pelajaran, kerana pada tahun itu saya berusia 15 tahun dan harus sedia untuk peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dijadualkan pada hujung tahun.
Seingat saya, guru-guru di sekolah giat menghabiskan silibus, bagi memastikan semuanya diajar mengikut sukatan yang ditentukan kerajaan, yang berpusat di Putrajaya, lebih 400 kilometer dari tempat saya bersekolah.
Sekiranya silibus ini dapat dihabiskan awal, maka ia memberi peluang kepada guru-guru saya mengadakan sesi bagi mengingat semula apa yang diajar sejak dari Tingkatan 1 hinggalah ke Tingkatan 3.
Ramai kawan-kawan saya ketika itu juga hadir ke kelas tuisyen. Maklumlah kelas tuisyen tersebut katanya diajar oleh guru-guru pakar. Ada juga yang dikatakan bukan sahaja guru yang menyemak kertas jawapan, malah guru yang buatkan soalan PMR.
Maka tidak hairanlah ada sesetengah ibu dan bapa dari kalangan rakan saya sanggup berhabis ratusan ringgit sebulan bagi melunaskan yuran tuisyen bulanan anak-anak mereka.
Tapi saya tidak begitu ambil berat mengenai "pelajaran" saya ketika itu walaupun saya diberitahu PMR itu penting. Tapi bukan pada saya. Mungkin pada pihak sekolah yang memandang kepentingan PMR dari segi KPI pencapaian murid. Ataupun pihak guru yang turut sama terkena tempias tekanan KPI yang ditetapkan pihak sekolah. Ataupun mungkin ibu bapa yang malu sekiranya anak-anak mereka tidak ada cukup "A" dalam salinan keputusan untuk dibanggakan kepada semua jiran tetangga dan sanak-saudara.
Bagi saya yang masih belia remaja ketika itu saya tidak nampak peri pentingnya untuk saya mendapat 8A dalam peperiksaan tersebut. Bagi saya, ia hanya menguji sejauh mana saya dapat menghafal atau mengaplikasi teori yang dihafal.
Apa yang saya tidak faham lagi kenapa kejayaan seseorang itu harus diukur menerusi bilangan "A" yang diperoleh peperiksaan, terutama sekali peperiksaan peringkat nasional di mana soalan dan jawapannya adalah seragam seluruh negara?
Sedangkan menurut Pengerusi Yayasan Guru Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam satu temubual bersama Astro AWANI menyebut tujuan utama PMR ialah bagi menilai kedudukan anak-anak kita pada usia 15 tahun (dalam pelajaran) dan bidang-bidang yang sesuai untuk dimasuki mereka apabila melangkah ke peringkat menengah atas.
"PMR memberi peluang untuk mereka memilih bidang yang mereka ada bakat dan mereka sukai untuk masa depan mereka", jelasnya yang juga pernah menjadi Pengetua Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Jadi persoalan yang saya mahu lemparkan ketika ini ialah; kenapa kita tidak boleh mengenalpasti dan memberi peluang kepada pelajar untuk mengenalpasti dan memilih bidang yang mereka minat sejak dari awal lagi?
Kalau pun mereka dibenar untuk memilih sejak awal, ekosistem yang bagaimanakah harus diwujudkan agar bidang yang mereka pilih sejak dari muda ini mampu memberikan kehidupan yang baik ketika mereka dewasa kelak?
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Terato Tech Reza Razali, anak-anak muda harus digalakkan bergaul dengan golongan yang mempunyai minat yang sama sejak dari kecil.
"Selalunya kita hanya berkawan dengan rakan-rakan disekitar tempat tinggal kita. Mereka mungkin mempunyai minat dan bakat yang berbeza. Tetapi sekiranya kita berkawan dengan orang yang mempunyai minat dan bakat yang sama, maka kita sudah boleh berusaha ke arah merealisasikan minat itu sejak dari awal lagi," jelas Reza.
Mungkin itulah yang menyebabkan kerajaan melaksanakan Penilaian Berasaskan Sekolah bagi mengantikan PMR yang akan dihentikan bermula tahun depan.
Menurut kenyataan yang dipetik dari Kementerian Pendidikan, PBS menilai murid berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain.
Cabaranya kini tentunya terarah kepada pelaksanaan PBS dan bagaimana mengenalpasti bakat dan minat anak-anak sejak dari kecil lagi supaya dapat digilap dari awal.
Untuk itu, Sudut Pandang minggu ini akan membincangkan topik "Mengenal Pasti Aspirasi Anak-Anak" bersama tetamu yang terdiri daripada tokoh kaunseling dan tokoh-tokoh perniagaan muda.
Sudut Pandang bersiaran pada Jumaat, jam 9.00 malam hingga 10.00 malam.
Ahmad Khairol Shafizan Johari
Fri Oct 04 2013
![Sudut Pandang: Mengenal pasti aspirasi anak-anak Sudut Pandang: Mengenal pasti aspirasi anak-anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/61380882639_295x200.jpg)
Elak lawat kawasan panas dadah di Narathiwat
Konsulat Malaysia di selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengelak daripada melawat Kampong Balik Hilir dan Kampong Pantai di Narathiwat yang dikenal pasti pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan panas narkotik.
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual' Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739489999_AhmedAboulGheit.jpg)
Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'
Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967.
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
![Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739489692_IsraelPalestinians.jpg)
Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata
Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
Keganasan terhadap kanak-kanak Palestin di Tebing Barat membimbangkan
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran mengenai peningkatan keganasan terhadap kanak-kanak di Tebing Barat, susulan operasi ketenteraan besar-besaran yang dilancarkan oleh rejim tersebut di wilayah berkenaan.
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
!['Ambil syabu konon nak dapat 8A PMR' 'Ambil syabu konon nak dapat 8A PMR'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695343495_TBpelajarsyabu.jpg)
'Ambil syabu konon nak dapat 8A PMR'
Dia mula mencuba mengambil dadah itu ketika berada di asrama penuh demi mencapai cita-cita memperoleh keputusan cemerlang.
![Jangan bandingkan PT3 dengan PMR - Kamalanathan Jangan bandingkan PT3 dengan PMR - Kamalanathan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/81404817714_295x200.jpg)
Jangan bandingkan PT3 dengan PMR - Kamalanathan
Orang ramai harus berhati-hati apabila memberi maklum balas mengenai peperiksaan sulung Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan tidak membandingkannya dengan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
![Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia jelaskan isu PT3 Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia jelaskan isu PT3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/61413209337_295x200.jpg)
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia jelaskan isu PT3
Keputusan melaksanakan PT3 untuk menggantikan PMR dibuat setelah mendapat pandangan rakyat daripada pelbagai peringkat.
![Kumpulan pelajar pertama duduki PT3 kongsi pengalaman terima keputusan Kumpulan pelajar pertama duduki PT3 kongsi pengalaman terima keputusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/41419225179_295x200.jpg)
Kumpulan pelajar pertama duduki PT3 kongsi pengalaman terima keputusan
Kumpulan calon pertama ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) menerima keputusan mereka hari ini dengan pelbagai reaksi.
![Jihad dalam pendidikan perlu bagi angkat martabat negara - Najib Jihad dalam pendidikan perlu bagi angkat martabat negara - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/41389446392_295x200.jpg)
Jihad dalam pendidikan perlu bagi angkat martabat negara - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 'jihad' dalam bidang pendidikan dilihat amat penting untuk mengangkat martabat bangsa dan negara.
![Jangan terlepas pandang pelajar yang tidak mendapat 8A dalam PMR Jangan terlepas pandang pelajar yang tidak mendapat 8A dalam PMR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/41387422954_295x200.jpg)
Jangan terlepas pandang pelajar yang tidak mendapat 8A dalam PMR
Bidang vokasional dan teknikal itu penting untuk mencapai kemajuan dan bermanafaat kepada negara.
![Keputusan PMR diumum 19 Dis Keputusan PMR diumum 19 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/41386721471_295x200.jpg)
Keputusan PMR diumum 19 Dis
Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari yang sama.
![Parlimen: PMR bukan lagi peperiksaan pusat mulai tahun depan Parlimen: PMR bukan lagi peperiksaan pusat mulai tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/61379861244_295x200.jpg)
Parlimen: PMR bukan lagi peperiksaan pusat mulai tahun depan
Kementerian Pendidikan akan menambah baik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai tahun depan dan tidak akan memansuhkannya.
![Sudut Pandang: Mengenal pasti aspirasi anak-anak Sudut Pandang: Mengenal pasti aspirasi anak-anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/61380882639_295x200.jpg)
Sudut Pandang: Mengenal pasti aspirasi anak-anak
Syafizan Johari berkongsi pengalaman dan pandangan peribadinya tentang PMR.
Pencapaian calon PMR gred A menurun 0.85 peratus
Pencapaian calon cemerlang yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran peperiksaan PMR 2012 menurun 0.85 peratus berbanding tahun lalu.