Pentaksiran Tingkatan 3 Tahun 2014
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan masyarakat umum yang telah memberikan pelbagai respon mengenai keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan pada 22 Disember 2014.
Sehubungan itu, KPM ingin menjelaskan sekali lagi bahawa keputusan melaksanakan PT3 untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dibuat setelah mendapat pandangan rakyat daripada pelbagai peringkat yang pada ketika itu rata-rata mahukan sistem pendidikan negara tidak terlalu bertumpu dan mementingkan peperiksaan semata-mata yang mengekang percambahan berfikir.
Sebaliknya negara kita mesti melahirkan pelajar berkualiti yang mempunyai kemahiran berfikir yang lebih kritis, kreatif dan mendorong pelajar untuk berfikir di luar kotak.
Justeru itu, setelah meneliti dan membuat kajian terperinci, PT3 yang mengantikan PMR telah diperkenalkan pada tahun ini, ditambah baik dengan memberikan lebih penekanan kepada soalan-soalan yang memerlukan pemikiran aras tinggi.
Oleh itu, KPM ingin menekankan bahawa keputusan PT3 pada tahun ini tidak boleh dibandingkan dengan keputusan PMR yang dijalankan sebelum ini kerana format dan instrumen yang digunakan adalah berbeza.
Struktur soalan PT3 berbentuk subjektif (respon terbuka), berbeza dengan soalan PMR yang berbentuk objektif (aneka pilihan).
Kemahiran berfikir
Struktur soalan baharu ini memerlukan pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan benar-benar memahami sukatan pelajaran apabila menjawab soalan peperiksaan berbanding soalan objektif yang hanya memerlukan pelajar menghafal sukatan pelajaran untuk memperoleh keputusan cemerlang.
Nisbah aras kesukaran soalan juga adalah berbeza, iaitu PT3: 3:4:3 (rendah : sederhana : sukar), manakala PMR: 5:3:2 (rendah : sederhana : sukar). Kaedah pengredan juga berbeza iaitu pengredan PT3 ditetapkan berdasarka npenetapan standard (kriteria tertentu mengikut mata pelajaran) dan pengredan PMR adalah berdasarkan penentuan standard (gred ditetapkan mengikut prestasi keseluruhan calon).
Murid-murid Tingkatan 3 yang menduduki PT3 mulai tahun ini telah ditaksir melalui empat komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan PentaksiranTingkatan 3 (PT3).
PT3 merupakan pentaksiran sumatif yang setara di Tingkatan 3 bagi menilai pencapaian akademik calon dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh di peringkat menengah rendah.
Panduan penskoran
Melalui PT3, calon ditaksir untuk melihat penguasaan dan keupayaan intelek mereka di akhir sesuatu program pembelajaran. Pelaksanaan PT3 mengambil kira instrumen dan panduan penskoran setara yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) manakala pentadbiran dan penskoran oleh guru di sekolah masing-masing dibuat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh LP.
PT3 bukan menjadikan murid sebagai bahan uji kaji dan juga bukan disediakan dalam masa yang singkat. Soalan PT3 adalah berdasarkan kurikulum sedia ada yang telah diguna pakai untuk PMR. Format soalan PT3 juga adalah selari dengan format instrumen Pentaksiran Sekolah (PS).
PS yang dilaksanakan mulai Tingkatan Satu menggalakkan guru mentaksir murid dengan menggunakan pelbagai instrumen seperti lisan, ujian bertulis, kajian lapangan, kuiz, kajian di makmal sains dan senarai semak. Ini bermakna murid telah didedahkan dengan pelbagai format instrumen ujian sejak tahun 2012.
Keputusan PT3 juga tidak menjejaskan kemasukan murid ke Sekolah Berasrama Penuh dan ke aliran sains atau sastera. Pemilihan ke aliran tersebut dibuat bukan sahaja berdasarkan keputusan PT3, tetapi juga mengambil kira pelaporan keempat-empat komponen PBS.
Galak calon berfikir
Pihak KPM ingin menegaskan bahawa soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dinyatakan sebagai penyebab kemerosotan pencapaian murid adalah tidak benar, kerana soalan KBAT menggalakkan calon berfikir secara kreatif dan kritis.
Selain itu, LP amat mementingkan kesahan dan kebolehpercayaan skor. Untuk memastikan ketekalan pemeriksaan oleh guru, LP telah menyediakan panduan penskoran yang setara, melatih guru-guru untuk memeriksa skrip jawapan calon, serta melantik pentaksir luar yang berkecuali untuk menjalankan moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor calon.
KPM juga ingin menjelaskan makluman mengenai empat komponen PBS telah disampaikan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) dan pihak sekolah sejak tahun 2012 lagi. Manakala makluman mengenai PBS dan PT3 sekali lagi telah disampaikan kepada PIBG dan pihak sekolah melalui program turun padang Outreach PBS Public Engagement PIBG.
KPM juga telah membuat siri Program Outreach PBS dan Public Engagement PIBG untuk menerangkan tentang empat komponen PBS kepada ibu bapa dan pentadbir sekolah sejak bulan Februari tahun lepas lagi manakala Public Engagement PIBG yang menerangkan mengenai PentaksiranTingkatan 3 (Format instrumen, pentadbiran, penjaminan kualiti) dan empat bentuk pelaporan PBS yang akan diterima oleh calon telah dijalankan pada April hingga Jun 2014.
Hebahan dan kefahaman
Di samping itu, KPM juga telah melaksanakan hebahan dan memberi kefahaman tentang PT3 kepada pelbagai pihak melalui pelan komunikasi iaitu penerangantentang PBS kepada masyarakat umum melalui media elektronik seperti radio, televisyen dan portal LP.
Program bual bicara di radio dan televisyen utama telah membincangkan PBS dan PT3 dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil bagi memberi kefahaman kepada pelbagai pihak berkepentingan. Begitu juga dengan iklan PT3 dalam empat bahasa telah disiarkan dalam radio juga media massa lain.
Penerangan bagi memberi kefahaman tentang PT3 kepada masyarakat umum juga dibuat melalui media cetak. Artikel dan maklumat tentang PT3 telah disiarkan dalam akhbar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
KPM sentiasa menerima pandangan dan maklum balas daripada semua pihak untuk meningkatkan kualiti pendidikan secara amnya dan pentaksiran secara khususnya.
Sehubungan itu, KPM akan terus meneliti dan mengambil langkah-langkah wajar untuk memperbaiki sebarang kelemahan dengan mengambil kira pandangan dan input daripada semua pihak demi memastikan pelajar-pelajar mendapat pendidikan yang terbaik.
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
24 DISEMBER 2014
Media Statement
Wed Dec 24 2014
![Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia jelaskan isu PT3 Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia jelaskan isu PT3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/61413209337_295x200.jpg)
PT3 bukan menjadikan murid sebagai bahan uji kaji dan juga bukan disediakan dalam masa yang singkat. - Gambar fail
Elak lawat kawasan panas dadah di Narathiwat
Konsulat Malaysia di selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengelak daripada melawat Kampong Balik Hilir dan Kampong Pantai di Narathiwat yang dikenal pasti pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan panas narkotik.
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual' Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739489999_AhmedAboulGheit.jpg)
Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'
Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967.
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
![Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739489692_IsraelPalestinians.jpg)
Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata
Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
Keganasan terhadap kanak-kanak Palestin di Tebing Barat membimbangkan
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran mengenai peningkatan keganasan terhadap kanak-kanak di Tebing Barat, susulan operasi ketenteraan besar-besaran yang dilancarkan oleh rejim tersebut di wilayah berkenaan.
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
![4,000 murid beroleh manfaat daripada Program Sarapan Percuma 4,000 murid beroleh manfaat daripada Program Sarapan Percuma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/51579482348_DrHabibahAbdulRah.jpg)
4,000 murid beroleh manfaat daripada Program Sarapan Percuma
Program ini merupakan usaha menerapkan pengambilan sarapan pagi dan gaya hidup sihat agar murid-murid lebih fokus ketika sesi pembelajaran.
![Dr Habibah dilantik Ketua Pengarah Pelajaran baharu Dr Habibah dilantik Ketua Pengarah Pelajaran baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81579178915_DrHabibah.jpg)
Dr Habibah dilantik Ketua Pengarah Pelajaran baharu
Dr Habibah Abdul Rahim dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baharu, berkuat kuasa 10 Jan lepas, umum Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini.
![Pencapaian Malaysia dalam PISA 2018 hampiri skor OECD Pencapaian Malaysia dalam PISA 2018 hampiri skor OECD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81575389683_DrAminSenin.jpg)
Pencapaian Malaysia dalam PISA 2018 hampiri skor OECD
Pencapaian Malaysia dalam laporan PISA 2018 semakin menghampiri purata skor OECD sebanyak 500 mata dalam tiga literasi - bacaan, matematik dan saintifik.
![Sekolah diberi kuasa sediakan soalan PT3 mulai 2020 Sekolah diberi kuasa sediakan soalan PT3 mulai 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51552533163_DATUKDRAMINSENIN.jpg)
Sekolah diberi kuasa sediakan soalan PT3 mulai 2020
Mulai tahun hadapan, sekolah-sekolah menengah di seluruh negara diberikan kuasa sepenuhnya untuk mengendali dan menyediakan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
![PPSR, UPSR diumum 29 November PPSR, UPSR diumum 29 November](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81443429582_950x600.jpg)
PPSR, UPSR diumum 29 November
Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) termasuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 bagi murid tahun enam akan diumumkan pada 29 Nov ini.
![Risiko obesiti murid sekolah rendah membimbangkan Risiko obesiti murid sekolah rendah membimbangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/41511431469_ChildObesity.jpg)
Risiko obesiti murid sekolah rendah membimbangkan
Ketua Pengarah Pelajaran berkata seramai 56,584 murid dikategorikan sebagai berisiko berat badan berlebihan.
![Keputusan SPM 2016 diumum 16 Mac - KP Pelajaran Keputusan SPM 2016 diumum 16 Mac - KP Pelajaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41479227286_SPMsijilpelajaran.jpg)
Keputusan SPM 2016 diumum 16 Mac - KP Pelajaran
Tarikh pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 ditetapkan pada 16 Mac ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamed Yusof.
![TIMSS 2015: Pencapaian Malaysia dalam Sains dan Matematik makin meningkat TIMSS 2015: Pencapaian Malaysia dalam Sains dan Matematik makin meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41480426472_TIMSS.jpg)
TIMSS 2015: Pencapaian Malaysia dalam Sains dan Matematik makin meningkat
Pencapaian yang bertambah baik meletakkan kedudukan Malaysia pada kedudukan pertengahan dalam senarai kesemua 39 negara peserta.
![Khair dilantik semula KP Pelajaran secara kontrak Khair dilantik semula KP Pelajaran secara kontrak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81451793328_khairmohamadyusof.jpg)
Khair dilantik semula KP Pelajaran secara kontrak
Pelantikan semula itu berkuasa kuasa semalam selepas beliau menyandang jawatan itu sejak 8 Dis 2013 hingga bersara wajib 60 tahun pada 17 Okt lepas, kata kementerian itu dalam kenyataan.
![Calon peroleh A dalam semua mata pelajaran SPM 2015 menurun Calon peroleh A dalam semua mata pelajaran SPM 2015 menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/71456981444_TaklimatKeputusanSPM.jpg)
Calon peroleh A dalam semua mata pelajaran SPM 2015 menurun
Seramai 9,721 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperoleh keputusan yang cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diduduki pada tahun 2015.