Pencapaian Malaysia dalam laporan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2018 semakin menghampiri purata skor Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) sebanyak 500 mata dalam tiga literasi - bacaan, matematik dan saintifik.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata berdasarkan laporan PISA 2018, Malaysia mencatat skor 415 mata bagi literasi bacaan dan masing-masing 440 dan 438 mata bagi literasi matematik dan literasi saintifik.
"Pencapaian ini menunjukkan Malaysia bukan lagi berada di satu pertiga ke bawah dalam kedudukan negara OECD, sebaliknya kita kini berada pada satu pertiga pertengahan," katanya pada sidang media mengumumkan pencapaian Malaysia dalam PISA 2018 di sini pada Selasa.
Menurutnya, pencapaian Malaysia dalam PISA 2018 itu lebih baik berbanding negara ASEAN lain kecuali Singapura.
Amin berkata pentaksiran PISA 2018, yang mewakili 388,638 murid 15 tahun di Malaysia, menunjukkan murid hanya membaca apabila terpaksa atau untuk tujuan tertentu sahaja dan bukannya sebagai suatu minat.
"Di sebalik pengurangan minat membaca sebagai hobi, buku fiksyen, buku bukan fiksyen dan komik menjadi bahan bacaan yang masih diminati," katanya.
Menurut Amin, OECD melaporkan bahawa pengurangan dalam penggunaan bahan bercetak boleh dikaitkan dengan era digital, iaitu akses kepada ruang bual, pembacaan rencana dalam laman berita atau laman web yang menyediakan bahan bacaan dengan mudah.
"Walaubagaimanapun, peratusan murid Malaysia yang membaca dan mencari maklumat dalam talian telah meningkat dengan signifikan, malah hampir menyamai peratusan purata OECD," katanya.
Amin berkata perbezaan sikap membaca antara murid lelaki dengan murid perempuan menunjukkan 77 peratus pelajar lelaki hanya membaca untuk mendapatkan maklumat diperlukan berbanding 58 peratus murid perempuan membaca bagi tujuan yang sama.
"Nisbah murid perempuan yang menyatakan membaca adalah hobi adalah lebih tinggi iaitu 73 peratus berbanding lelaki sebanyak 52 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 03 2019

Datuk Dr Amin Senin menunjukkan Buku Laporan PISA 2018 pada sidang media Sesi Taklimat Media dan Pengumuman berkenaan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2018 di Kementerian Pendidikan Kompleks E Putrajaya. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: One Cent Thief Kembali Dengan Isu Lebih Kompleks, Mendebarkan
Berikutan kejayaan pada tahun 2022 dan pujian meluas daripada penonton tempatan, Astro terus memperkasa industri hiburan Malaysia dengan tayangan perdana "One Cent Thief" Musim Kedua. Saksikan perkongsian lanjut dalam #AWANIPagi

PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Lima lelaki tempatan berumur 26 hingga 43 tahun yang dipercayai menjadi penghantar kelapa itu ke negara jiran, turut ditahan.
Jack Ma buat kemunculan semula, jadi pemacu China?
Jack Ma kembali ke pentas korporat selepas bertahun-tahun menjauhi perhatian umum, menandakan pemulihan hubungannya dengan Beijing. Kemunculannya dalam pertemuan bersama Presiden Xi Jinping memberi isyarat penting kepada sektor swasta China yang kini diharap membantu pemulihan ekonomi negara.
Belanjawan Singapura: Pelbagai bantuan atasi inflasi, pertumbuhan jadi tumpuan
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong hari ini membentangkan Penyata Belanjawan 2025 republik itu yang bertujuan untuk memajukan agenda Forward Singapore.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
-Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting
-MOF yakin usaha transformasi MAHB akan membuahkan hasil
-Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai
-Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting
-MOF yakin usaha transformasi MAHB akan membuahkan hasil
-Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai
![[KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam [KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739925967_TBgenerikdeejayrad.jpg)
[KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam
Juruhebah radio tidak lagi dipilih dalam kalangan individu yang berilmu pengetahuan, bakat celoteh yang bijak dan mutu kawalan suara yang terbaik.

Tiga yang maut pada konsert ambang tahun baharu disahkan akibat dadah - Polis
Ia berdasarkan laporan patologi diterima dan pihak polis masih menunggu laporan seorang lagi mangsa untuk melengkapkan siasatan.

ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!
Laungan nama 'TMJ' turut bergema di SSI selepas juara liga super 10 kali berturut-turut itu melakar kemenangan bergaya.

Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok
Pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan lanjut ke atas Onal dan beberapa saksi di lokasi kejadian.

Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir
Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan D'Sury, Jelebu pada 3 pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa terjejas akibat banjir kilat.

Jangan ubah, pinda lagu Negaraku dalam mana-mana acara rasmi sekolah - KP Pelajaran
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata, pihak sekolah perlu sentiasa menggunakan kebijaksanaan dalam melaksanakan perkara-perkara asas terhadap lambang-lambang negara.

Guru perlu bersedia tempuh cabaran Revolusi Industri - Maszlee
Guru perlu berani membuat perubahan dan mempunyai daya kreativiti serta inovasi yang tinggi mengikut perkembangan teknologi semasa.

Tiada kekurangan guru bahasa Inggeris - KP Pelajaran
Datuk Dr Amin Senin berkata, sebaliknya, jumlah guru opsyen bahasa Inggeris yang mengalami kekurangan.

Ketua Pengarah KPM nafi akaun palsu Facebook Messenger
Mesej palsu itu antara lain menyebut Datuk Amin Senin akan memberikan geran sebanyak AS$150,000 bagi membantu golongan yang memerlukan.