Seramai 9,721 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperoleh keputusan yang cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diduduki pada tahun 2015.
Ia merupakan 2.38 peratus pelajar yang mendapat gred A+, A dan A-.
Keputusan itu bagaimanapun mencatatkan penurunan berbanding 11,289 calon, iaitu 2.63 peratus pada tahun 2014.
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof prestasi penurunan kali ini tidak dilihat sebagai penurunan yang ketara.
"Perubahan pada format soalan pada kali ini kepada aras yang lebih tinggi. Pelajar perlu memberi jawapan atau respon secara kreatif dan kritis.
"Kerajaan akan meneruskan usaha yang sedang dijalankan dan pastikan berlakunya peningkatan.
"Kami akan beri tumpuan yang melibatkan kaedah pengajaran dari guru-guru serta sejauh mana murid dapat menguasai pemahaman," kata Dr. Khair dalam satu sidang media di Putrajaya pada Khamis.
Sementara itu, indeks Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun 2015 adalah 5.15, berbanding 5.08 pada 2014 iaitu menurun sebanyak 0.07.
Indeks GPN yang digunakan adalah bagi menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara dimana jika semakin kecil nilai indeks ia menunjukkan pencapaian yang lebih baik.
Katanya, jurang pencapaian GPN calon di bandar dan di luar bandar tahun ini mengecil sebanyak 0.05 berbanding tahun sebelum.
Bagaimanapun pencapaian calon bandar menurun 0.09 iaitu 4.94 kali ini berbanding 4.85 pada 2014, manakala pencapaian calon luar bandar juga menurun 0.04 iaitu 5.44 berbanding 5.40 pada tahun lepas.
Prestasi mata pelajaran pula diukur menggunakan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) iaitu nilai yang lebih kecil menunjukkan prestasi mata pelajaran yang lebih baik.
"Bagi mata pelajaran teras, tiga daripada tujuh mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Moral.
"Mata pelajaran Pendidikan Moral menunjukkan peningkatan tertinggi sebanyak 0.30 iaitu 4.40 pada tahun 2015 berbanding 4.70 pada 2014.
"Mata pelajaran Pendidikan Islam menunjukkan penurunan tertinggi sebanyak 0.44, iaitu 4.72 pada tahun ini berbanding 4.18 pada tahun lepas." katanya.
Mengenai pensijilan SPM, Dr. Khair berkata 346,681 calon SPM 2015 yang pertama kali menduduki dan mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran teras layak dianugerahkan sijil.
Jelasnya, daripada jumlah itu, 316,596 adalah dari calon sekolah KPM manakala selebihnya 30,175 merupakan calon selain sekolah KPM.
Selain itu, jumlah calon berkeperluan khas untuk SPM 2015 meningkat kepada 1,165 calon berbanding 964 pada 2014.
Mengulas pengiktirafan SPM di peringkat antarabangsa, Dr. Khair memaklumkan pakar pentaksiran luar negara dari Cambridge International Examinations (CIE), United Kingdom, New Zealand Qualifications Authority (NZQA), New Zealand dan Pearson, United Kingdom telah dijemput hadir dalam Mesyuarat Penentuan Standard.
"Pakar pentaksiran yang hadir berpuas hati dengan proses pembinaan instrumen, pemeriksaan skrip jawapan peperiksaan dan Mesyuarat yang dilaksanakan dengan penuh profesionalisme dan kredibilti," kata Dr. Khair.
Seramai 440,682 calon menduduki SPM tahun 2015 yang diadakan dari 2 November hingga 8 Disember, berkurangan sebanyak 15,157 calon berbanding tahun sebelumnya.
Dania Zainuddin
Thu Mar 03 2016

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof selepas mengumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kementerian Pelajaran hari ini. - Foto Bernama

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

4,000 murid beroleh manfaat daripada Program Sarapan Percuma
Program ini merupakan usaha menerapkan pengambilan sarapan pagi dan gaya hidup sihat agar murid-murid lebih fokus ketika sesi pembelajaran.

Dr Habibah dilantik Ketua Pengarah Pelajaran baharu
Dr Habibah Abdul Rahim dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baharu, berkuat kuasa 10 Jan lepas, umum Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini.

Pencapaian Malaysia dalam PISA 2018 hampiri skor OECD
Pencapaian Malaysia dalam laporan PISA 2018 semakin menghampiri purata skor OECD sebanyak 500 mata dalam tiga literasi - bacaan, matematik dan saintifik.

Sekolah diberi kuasa sediakan soalan PT3 mulai 2020
Mulai tahun hadapan, sekolah-sekolah menengah di seluruh negara diberikan kuasa sepenuhnya untuk mengendali dan menyediakan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

PPSR, UPSR diumum 29 November
Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) termasuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 bagi murid tahun enam akan diumumkan pada 29 Nov ini.

Risiko obesiti murid sekolah rendah membimbangkan
Ketua Pengarah Pelajaran berkata seramai 56,584 murid dikategorikan sebagai berisiko berat badan berlebihan.

Keputusan SPM 2016 diumum 16 Mac - KP Pelajaran
Tarikh pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 ditetapkan pada 16 Mac ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamed Yusof.

TIMSS 2015: Pencapaian Malaysia dalam Sains dan Matematik makin meningkat
Pencapaian yang bertambah baik meletakkan kedudukan Malaysia pada kedudukan pertengahan dalam senarai kesemua 39 negara peserta.

Khair dilantik semula KP Pelajaran secara kontrak
Pelantikan semula itu berkuasa kuasa semalam selepas beliau menyandang jawatan itu sejak 8 Dis 2013 hingga bersara wajib 60 tahun pada 17 Okt lepas, kata kementerian itu dalam kenyataan.

Calon peroleh A dalam semua mata pelajaran SPM 2015 menurun
Seramai 9,721 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperoleh keputusan yang cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diduduki pada tahun 2015.