PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kerajaan tidak meneruskan Program Subsidi Sementara bagi minyak masak botol susulan terdapat penyelewengan dikesan.
Jelasnya, program subsidi berkenaan yang sepatutnya tamat pada Ogos 2021, tetapi diteruskan sehingga akhir Jun disebabkan mengambil kira faktor pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada rakyat.
"Saya nak maklumkan sewaktu pandemik COVID-19, kerajaan memperkenalkan Program Subsidi Sementara untuk minyak masak berbotol bagi satu hingga lima kilogram pada Ogos 2021.
"Ini membantu rakyat ketika itu berada dalama kesusahan sewaktu pandemik. Program ini sementara untuk tiga bulan, dengan kos sebanyak RM55 juta sebulan dan bermula pada Ogos 2021," jelasnya lagi.
BACA: Subsidi minyak masak peket masih kekal, bantu ringankan beban rakyat - PM
Bagaimanapun kerajaan ujar Ismail Sabri mendapati bahawa minyak masak berbotol banyak diselewengkan dan diseludup oleh pihak tertentu.
Justeru itu katanya, kerajaan mengambil pendirian untuk memansuhkan program subsidi berkenaan.
"Kerajaan mendapati bahawa minyak masak berbotol bersubsidi banyak diselewengkan oleh pihak industri, komersial dan diseludup.
"Jadi melihat kepada penyelewengan yang berlaku maka kerajan telah membuat keputusan iaitu tiada keperluan untuk meneruskan subsidi minyak masak berbotol kerana tidak lagi menepati objektif untuk ktia perkenalkan.
"Kerana tujuan kita perkenalkan untuk membantu rakyat ketika pandemik COVID-19. Sekarang kita sudah fasa endemik, rakyat telah bebas keluar dan sebagainya jadi tiada keperluan lagi," ujarnya lagi.
Justeru beliau berharap agar Keluarga Malaysia tidak terkeliru dengan pengumuman kerajaan itu.
"Walau bagaimanapun subsidi minyak masak kampit berjumlah 60,000 tan metrik setelah dilaksanakan sejak dulu diteruskan seperti baisa.
"Saya harap Keluarga Malaysia faham tentang perkara ini dan tidak lagi terkeliru seolah-olah kerajaan menarik subsidi minyak masak, sebenarnya subsidi minyak masak dikekalkan," katanya lagi.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan bermula 1 Julai.
Fareez Azman
Wed Jun 22 2022

Kerajaan mendapati bahawa minyak masak berbotol banyak diselewengkan dan diseludup oleh pihak tertentu. - Gambar hiasan
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

870 peket minyak masak disita, simpan melebihi had ditetapkan
Serbuan dilakukan kira-kira pukul 1.30 petang setelah menerima aduan awam yang mendakwa terdapat aktiviti penjualan minyak masak peket secara borong.

Polis Johor rampas 27,200 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM78,880
Polis Johor menahan dua lelaki dan merampas 27,200 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM78,880 dalam pemeriksaan di kawasan Seelong, Senai.

KPDN Kelantan akui minyak masak paling banyak diseludup ke Thailand
Wujud permintaan tinggi daripada penduduk Thailand memandangkan ia dijual pada harga yang jauh lebih mahal berbanding di Malaysia.

PGA tumpaskan kegiatan seludup gula, minyak masak ke Thailand
Sebanyak 13,000 kilogram (kg) gula untuk diseludup ke Thailand dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara dalam Op Taring Wawasan Kelantan di Kampung Kulim Wakaf Bharu, Tumpat semalam.

Peniaga sorok minyak peket, enggan jual kepada pengguna
Puluhan kotak minyak masak peket disorokkan dalam stor penyimpanan sebuah kedai di Jalan Permaisuri, Bandar Sri Permaisuri.

Jual minyak masak lebih 20 sen, peniaga didenda RM10,000
Seorang peniaga barangan runcit didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan semalam atas pertuduhan menjual minyak masak melebihi harga kawalan.

Polis Marin rekod lebih 1,000 kes seludup barang kawalan di seluruh negara
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan 1,336 kes penyeludupan barang kawalan bagi tempoh 2022 hingga September lepas di seluruh negara.

KPDN Kelantan tahan lelaki cuba seludup keluar minyak masak, gula
Pemeriksaan terhadap sebuah kereta menemukan barangan bersubsidi berkenaan yang disyaki mahu diseludup ke Thailand.

KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.