KUALA LUMPUR: Subsidi Malaysia dijangka mencecah RM80 bilion tahun ini, yang tertinggi dalam sejarah negara, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau yang memetik angka Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, tanpa subsidi inflasi negara boleh mencecah lebih daripada 12 peratus.
Berbanding negara-negara ASEAN lain seperti Indonesia dengan kadar inflasi pada (+4.9 peratus), Filipina (+6.4 peratus), Singapura (+7.0) dan Thailand (+7.6 peratus), kadar inflasi Malaysia dianggap rendah.
"Kadar inflasi Malaysia merupakan antara yang terendah di dunia, sebahagiannya disebabkan oleh pemberian subsidi kita yang tinggi," katanya menerusi ciapan di laman Twitter beliau, hari ini.
Tengku Zafrul berkata, kadar inflasi Malaysia ketika ini berada pada 2.8 peratus (Jan-Julai 2022), sejajar dengan sasaran Bank Negara Malaysia pada 2.2-3 2 peratus bagi 2022.
Banyak negara di seluruh dunia ketika ini mengalami tekanan inflasi disebabkan oleh kenaikan input pengeluaran dan harga tenaga.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 30 2022
Subsidi Malaysia dijangka mencecah RM80 bilion tahun ini, yang tertinggi dalam sejarah negara, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. - Gambar fail/BERNAMA
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Subsidi Malaysia dijangka cecah RM80 bilion tahun ini - Tengku Zafrul
Subsidi Malaysia dijangka mencecah RM80 bilion tahun ini, yang tertinggi dalam sejarah negara, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.