SERDANG: Kadar subsidi harga padi dan sistem pengairan di kawasan sawah padi merupakan antara isu yang akan diberikan keutamaan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam Belanjawan 2024.
Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata perkara itu merupakan antara input yang diperoleh melalui Sesi Dialog Belanjawan 2024 bagi sektor padi dan beras negara yang dihadiri lebih 100 pemain industri antaranya pengusaha tanaman padi, agensi kerajaan dan swasta, ahli akademik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Mereka (yang hadir) minta perkara ini diteliti untuk bantu mereka usahakan tanaman padi dengan baik dan tingkatkan pengeluaran beras putih pada masa akan datang," katanya pada sidang media selepas menghadiri Sesi Dialog Belanjawan 2024 bagi sektor padi dan beras negara di sini hari ini.
Mohamad berkata peserta dialog berkenaan turut meminta kerajaan memantau kemungkinan berlaku peningkatan harga baja dan racun susulan kenaikan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 per tan metrik kepada RM500 per tan metrik.
Kerajaan bersetuju menaikkan kadar SSHP berkuat kuasa 9 Ogos lepas, selepas kali terakhir dibuat kira-kira 25 tahun lalu yang bertujuan menggalakkan peningkatan produktiviti pengeluaran padi dalam kalangan pesawah.
Mohamad turut memberi jaminan bekalan beras putih tempatan adalah mencukupi sehingga Aidilfitri tahun depan susulan langkah intervensi kerajaan dengan melaksanakan Program Khas Beras Putih Tempatan bagi meningkatkan lebih 20 peratus kuota pengeluaran beras di pasaran.
Sementara itu mengenai dakwaan berlakunya kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran, Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras Datuk Azman Mahmood berkata pihaknya telah mengenal pasti punca iaitu pengguna membuat pembelian dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa.
"Sebab itu kerajaan tetapkan had maksimum 100 kilogram (kg) beras putih tempatan bermula hari ini bagi seorang pembeli, sehingga keadaan mereda," katanya.
Media hari ini melaporkan, kerajaan telah menetapkan had pembelian maksimum tersebut yang dibuat berdasarkan Peraturan 10(1)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Pemborong dan Peruncit) 1996.
Mengenai satu video tular, Azman berkata KPKM tidak menerima sebarang aduan berkaitan kegiatan menukar bungkusan beras putih tempatan kepada kampit beras import seperti dakwaan dalam video tular baru-baru ini.
Pada Selasa (5 Sept), sebuah video berdurasi 28 saat telah tular di media sosial, memaparkan beberapa kampit beras yang sedang dibungkus semula di sebuah kilang, dan individu yang merakam video berkenaan mendakwa ia merupakan beras tempatan yang dibungkus semula untuk dijual sebagai beras import.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023

Mohamad (dua, kiri) pada Sesi Dialog Belanjawan 2024 bagi sektor padi dan beras negara, Khamis 7 September 2023. -Bernama
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Enam bulan tempoh tambah baik sektor padi, beras secara menyeluruh - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangkakan usaha penambahbaikan industri beras dan padi dapat dilaksanakan secara menyeluruh dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

KPKM pastikan pindaan Akta 522 siap, dikuatkuasakan tahun ini
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan memastikan pindaan Akta Kawalan Padi dan Beras (Akta 522) dapat dipersiapkan dan seterusnya dikuatkuasakan pada tahun ini.

KPKM akan memuktamadkan penyasaran subsidi diesel kepada penyedia perkhidmatan industri padi, beras
KPKM kini dalam peringkat akhir perbincangan untuk memuktamadkan penyelesaian pemberian subsidi diesel kepada penyedia perkhidmatan dalam industri padi dan beras.

Negara mampu jimat RM300 juta jika projek penanaman bawang berjaya - Mohamad Sabu
Negara mampu menjimatkan kira-kira RM300 juta jika projek penanaman bawang di dalam negara berjaya direalisasikan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

KPKM nafi dakwaan harga belian padi diturunkan
KPKM menafikan terdapat sebarang arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi seperti didakwa Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Musim perayaan: KPKM jamin bekalan kelapa mencukupi
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan kelapa di negara ini mencukupi untuk menampung keperluan beberapa perayaan awal tahun depan.

KPKM diminta kaji mekanisme kawalan percampuran beras putih tempatan dan import
KPKM telah diminta untuk mengkaji mekanisme kawalan percampuran beras putih tempatan dan beras putih import beserta simulasi harga, kata Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu.

KPKM salur RM13.23 juta kepada pesawah terjejas banjir tahun ini
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menyalurkan bantuan sebanyak RM13.23 juta kepada 6,747 pesawah yang terjejas banjir pada tahun ini.

KPKM kaji pindaan beberapa akta berkaitan peladang, nelayan
KPKM sedang mengkaji semula pindaan terhadap Akta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 (Akta 110), Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) serta Akta Persatuan Nelayan 1971 (Akta 44).

PKPS lancar projek Bawang Rose Ehsan, catat tuaian tertinggi empat tan perekar
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah melancarkan Projek Bawang Rose Ehsan, sebuah inisiatif strategik yang menggabungkan teknologi moden Internet of Things (IoT).